Ibadah Zakat Pelengkap Ramadan

7:57 PG


Bismillah dan assalamua'alaikum semua.
Setiap umat Islam diwajibkan menunaikan Zakat dan zakat yang dikhususkan dibulan Ramadan ialah Zakat Fitrah. Dengan tagline "Ibadan Zakat Pelengkap Ramadan" , PPZ- MAIWP menyediakan kemudahan pungutan zakat untuk umat Islam seluruh Malaysia,sepanjang bulan puasa ini. 

Perkhidmatan PPZ_MAIWP 

Operasi kaunter PPZ_MAIWP : 
  • 10 kaunter akan dibuka setiap hari termasuk hari cuti umum sepanjang Ramadan dari jam 8.15 pagi sehingga 4.30 petang
  • 10 kaunter tersebut adalah 7 di Kuala Lumpur, 2 di Putrajaya dan 1 di Labuan. 
  • Bayaran boleh dibuat secara, Tunai, cek, Kad debit atau kad kredit perbankan Islam.
  • Selain itu ada khidmat lain juga turut ditawarkan, antaranya mengira zakat, membayar semua jenis zakat termasuk fitrah, mendapatkan salinan resit zakat, menyeka rekod bayaran zakat terdahulu dan mendapatkan borang kebenaran potongan gaji zakat. 
Selain itu, bayaran juga boleh dibuat di portal rasmi PPZ_MAIWP iaitu menerusi www.zakat.com.my. yang bestnya, bayaran boleh dibuat pada bila-bila masa dan dimana sahaja selama 24 jam. Semua jenis zakat boleh dibuat termasuklah zakat fitra  dan resit pembayaran zakat akan diperoleh terus selepas zakat ditunaikan dan semakan rekod bayaran zakat terdahulu juga boleh dibuat melalui website itu. Senang dan mudah sangat. 

Sempena bulan Ramadan ini, PPZ_MAIWP turut menyediakan kaunter zakat bergerak (KZB) di 4  lokasi terpilih. Senarai lokasi bakal diberitahu di Facebook rasmi PPZ_MAIWP atau hubungi Pusat panggilan PPZ_MAIWP. Bagi syarikat agensi yang besar, boleh buat tempahan untuk hadirkan KZB ke premis syarikat dengan hanya membuat panggilan. Lebih mudah dan jimat tenaga. 

Kelebihan dan keistimewaan bayaran zakat melalui PPZ-MAIWP


  • Antara keistimewaan membayar zakat di PPZ_MAIWP adalah korang akan dapat sampul raya bermula 1 Ramadan. Tambahan pula, Kit Ramadan dan Syawal juga turut diberi. Kit ini sangat eksklusif kerana ia membicarakan berkenaan persediaan ramadan adan amalan sepanjang bulan puasa. Bagus untuk bacaan kanak-kanak. Yang minat dengan makanan, korang bakal terima produk keluaran asnaf iaitu Serunding bermula minggu ke 3 Ramadan. Pengagihan ini sementara stock masih ada. Oleh itu cepat buat bayaran zakat untuk dapatkan cenderahati khas ini tau. 

  • Kelebihan yang kedua adalah perlindungan menerusi Skim Kafalan Muzakki (Skim Khairat Kematian) . Ini penting kerana waris pembayar zakat akan mendapat RM3000 sekiranya pembayar zakat menbuat bayaran zakat di PPZ_MAIWP dengan minimum RM50 setahun. Setakat ini seramai 7 waris telah memohon dan 2 daripanya telah pun menerima sumbangan. 

  • Terakhir sekali adalah 4 slot santai @ Ramadan di LIVE FB PPZ_MAIWP. slot ini akan berlansung selama 30 minit setiap hari Jumat. Ia membincangkan persoalan seperti kutipan dan agihan zakat serta pengisian rohani bersama-sama ustaz-ustaz jemputan. Ini adalah inisiatif terbaik bagi menambah ilmu tentang zakat danilmu tentang Islam juga.


Bagi memudahkan pembayar zakat faham tentang skim Thohir, PPZ-MAIWP telahpun melancarkan  penjenamaan  semula Skin Thohir atau Skin Potongan Gaji Zakat. Skim ini akan diperkenalkan sebagai Skim Potongan Zakat Bulanan (PZB) bagi memudahkan pembayar zakat faham maksud skim Thohir tersebut.


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan PPZ-MAIWP di talian : 1-300-88-5757 atau pergi ke laman web rasmi www.zakat.com.my atau di FB PPZ_MAIWP di Pusat Pungutan Zakat. 


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe