Spageti 3 minit dari Master Pasto

10:20 PG

Bismillah & Assalamua'laikum semua. 


Harini Numi akan bercakap tentang spaghetti. Siapa sini jenis yang suka spaghetti dan tak makan nasi mesti akan suka bila Numi cakap ada satu jenama spaghetti yang boleh dimakan segera. Haa! kenalkan Master Pasto Spageti Segera, hanya perlu dipanaskan selama tiga minit sahaja dan boleh terus dimakan. haaaa, syok kan! produk ini keluaran Lioco Food Industries Sdn Bhd dan dibuat dari Malaysia tau!

Bagi Numi, spageti segera ini adalah penyelamat tau. Ye lah tak delah borong sangat kan asyik makan me segera je. So sekarang, dah ade variati makanan segera yang boleh dimakan seisi keluarga.



Master Pasto mengeluarkan beberapa jenis spageti dan Numi berpeluang untuk mencuba 3 jenis: Spageti Sos Cendawan Berkrim,  Spageti Bologness Ayam, dan Spageti Aglio Olio Ayam. Ini antara spagetti yang selalu menjadi kegemaran rakyat Malaysia.


Antara kebaikkan spageti keluar Master Pasto ini adalah, tidak ada campuran bahan pengawet, tiada MSG dan tak perlu nak letak dalam peti sejuk untuk penyimpanan. Selain itu, didalam satu kotak tu terdapat 2 Flexy Packy. Flexy Packy ialah pek mudah yang selamat dan boleh dipercayai di mana ia telah melalui pengendalian suhu tinggiuntuk tujuan penstrillan dan dibuat khas untuk produk Lioco.
Disamping itu, produk ini telahpun dijamin Halal, so jangan risau ye.



Terdapat dua cara untuk pemanasan spagetti :

pertama adalah dengan Air Panas yang Mendidih. Sediahkan periuk yang berisi air dan panaskan air tersebut sehingga 100 degree Celcius. Kemudian masukkan Flexy Packy kedalam periuk dan biarkan ia terendam selama 3 minit didalam air mendidih. Selesai 3 minit, keluarkan spagetti dari Flexy Packy ddan tuangkan kedalam pinggan untuk dihidangkan. Senang!





Cara kedua bagi mereka yang ada Microwave. Cara ini sangat mudah kerana anda perlu tuangkan spagatti dahulu didalam pinggan serta kuah sekali dan terus masukkan spagetti didalam microwave selama 1 minit. Lebih ringkas dan mudah bukan. Selesai 1 minit, spagetti sedia dimakan dengan panas-panas.



Selepas mencuba ketia-tiga spagetti ini, Numi secara peribadi lebih sukakan Spagetti Aglio Olio. Yelah, tekak orang Malaysia tak lari dari rasa tropikal kan.hehe. ada rasa pedas cili, dan ada banyak daging ayam dalam kuah dia. yum!

 Tapi ketiga-tiga spagetti ni pun sedap jugak sebenarnya. My mother in law suka Spageti bologness ni, cuma komen dia adalah kalau sos dan isi sos ni lebih banyak barulah umph!!! heheh. Spageti sos cendawan berkrim pula mempunya rasa krim yang kuat. Selain isi cendawan yang banyak jugak tau.

Numi ni kalau dah dapat satu pinggan spagetti memang tak toleh kiri kanan dah terus baca bismillah dan makan. heheh.


Jadi bagi korang yang nak tahu lebih lanjut tentang Master Pasto Spageti ini sila layari Facebook Master Pasto. Oh ya! korang boleh beli spageti ini sebagai Malaysian souvenir untuk dibawa ke luar negara nanti. hehe atau bawa untuk stock makanan halal untuk musafir. Jimat!


Untuk pembelian sila layari :


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe