My experience during Cooking Right Looking Good in 2019 competition.

10:06 PTG


Bismillah dan Assalamua'alaikum semua

Hari Ahad yang suram. I'm so moody today. Maybe my woman hormones is in the top of my head. huhuh. Anyways I'm writing today is to share with you guys about one exciting story. heheh. As you all know, yesterday I went to a cooking challenge held at Berjaya Time Square culinary school by 100 comments.com. Ini adalah kali ketiga Numi join cooking challenge ni, 1st dkt sini jugak, 2nd time di Bangsar and this was my third time.
Cathcing up with the girls
Untuk kali ini, cooking challenge ini lain macam tau. Kami dimasukkan kedalam kumpulan dan ikut cara masakkan demo by chef Athira. wohh! memang nervous jugaklah, sebab I olls ni tak delah terer sangat masak, tapi kalau bab rasa tu , my taste bud is great!
I arrived at BTS Culinary school around 10.30 am. ramai dah bloggers yang sampai, ada yang I kenal, ada yang baru kenal. heheh. Untuk cooking challenge tu, I teammate with Syafiera and Cindy. I kenal this girls and both of them were quite energetic. heheh. 

Masuk je kedalam area cooking station tu, Numi tengok ada beberapa bahan asas untuk buat masakan kiteorang. Ada pasta, speghetti, udang , kupang dan beberapa sayur sayuran. ermmm pastinya masakan kali ni sedap tau. Sebab kami menggunakan produk daripada Alce Nero yang diperbuat daripada 100% bahan semulajadi Itali. 
Khusyuk dengar penerangan dari Chef Athira

Sebelum memulakan masakan, kami diminta untuk melihat cooking demo daripa chef Athira yang comel. Kecik je orangnya tapi suara besau tau. heheh.  So untuk 1st lesson is how to make your dough for biscuits. Menggunakan lima bahan, Tepung, susu, tepung kastard, kuning telur dan mentega. Dah boleh buat gough biskut yang sedap. hehe. yang penting kene uli dengan penuh kasih sayang lah kan. hihi. Lepas uli, kami wrap balik dalam cooking wrapper dan bagi dia rest dahulu dalam 20-25 minit sebelum kami uli lagi untuk masukkan kedalam acuan.
 
Bila dah selsai menguli dan masukkan kedalam acuan, pastikan untuk tebuk dulu bawah biskut tu untuk elakkan ia mengembung macam pizza. Lepas tu masak dalam oven pada suhu 160 degree celsius selama 5 minit je. 
Mendengar arahan daripada Cindy
Selesai je demo tu, kami ke station masing-masing untuk memulakan acara uli ulian. CIndy semangat betul bila menguli tu. hehe. adunan tepung dia pun nampak rata je. dan dia boleh tahu bahagian masa yang kena uli lebih lagi. heheh. pandai team mates I kalini. Lepas selesai process tu, kami teruskan demo buat Laksa Spegheti pulak. Kali ni, Chef menerangkan kepada kami bahan-bahan utama untuk buat pes laksa tanpa menggunakan pes laksa segera. Serius padu beb!! 
bahan utama dalam pes laksa tu, Halia, Lengkuas, Kunyit hidup, Bawang merah , Belacan  dan Serai. Dah potong semua ni, kita bleng menggunakan air sikit. Jangan lupa untuk bakar dulu belacan tu bagi hilangkan segala bakteria dan hanyir dia kan. Lepas tu baru blend sampai halus. Lagi halus lagi bagus. Then tumis bahan tersebut sampai pecah minyak sebelum masukkan kacang halus, santan dan air rebusan kepala udang.


For me as Sarawakian kan, untuk buat laksa Sarawak kiteorang memang pakai Air Blender Udang tu tau. Untuk pekatkan lagi rasa kuah laksa tu. ooooo sedapnyaaa. But I think Syafiera tak tengok sampai habis demo tu, so dia decide untuk rebus kepala udang tu sekejap dengan air yang sedikit dan masukkan air tu kedalam kuah yang pecah minyak tu tadi. haaaa, gitu.. so I follow jer. Untuk udang dan kupang, pula Cindy yang rebuskan. Dia dah buang semua yang chef suruh tu kecuali kulit udang je. heheh, katanya ala-ala Fine DIning gitu. 
So kuah dah siap, speghetti dah rebus dan udang dan kupang pun dah masak. So i gave the platting to Cindy and Syafiera. Sebab I kene buat Salad Pasta. OMG! resepi ini I follow dengan sama maca chef tu  buat. Dia nak pasta tu Aldante, kenyal-kenyal gitu... Potong semua bahan-bahan dia sehalus yang mungkin dan i cube ikut cara potongan bawang yang halussssss tu. hahaha. mencabar gile weh! dah siap potong semua bahan-bahan tu, iaitu, capsicum kuning, merah, tomato, lobak merah dan bawang merah semua then baru I olls start menggoreng.. Fuh! dengan rush daripada pihak penganjur lagi, memang buat I olls berpeluh lah jugak. nasib baik la pasta tu dorang rebus dengan baik sekali. lepas rebus drg rendam dalam air ais untuk bagi crunchyness dia. 


Then I gaul semua bahan dalam mangkuk besar sekali dengan Mayonis, Tuna, dan pasta. Dan buat Plating yang sesimple yang mungkin. hahah. Done!Serious stress gila bila masak dalam tension. Tapi akhirnya kami manage untuk siapkan hidangan mengikut temph waktu yang diberi. Berdiri selama 4 jam pakai highheel betul-betul buat kaki I olls sakit tau. tapi dalam pada sakit pun, still maintain untuk judging. 
Bab judging pulak, setiap wakil peserta dikehendaki untuk bercerita yang specialnya hidangan masing-masing. haaaa, bab ni I olls memang fail sikit. Gagap gila bila nak cakap omputih ni. Almaklum la lama tak speaking ni kan.. So nervous gila weh! 
Seusai judging tiba pula sesi makan dan sambil  tu merasa lah hidangan peserta lain. heheh, bab ni memang best. sebab perut i olls dah lapar, ape je rasa masakan dari kumpulan lain I makan je. Tapi Laksa dari group D-Boy serious sedap. heheh. 
Then masa yang dinanti-nantikan adalah menerimaan hadiah. Untuk hidangan Salad , Alhamdulillah kumpulan kami yang menang! hahahah. Tak sangka gila kot! I masak sendiri lauk tu, dan bagi plating yang paling ringkas. Untuk Laksa pula, kumpulan D-boy and the geng. Laksa dari group dorang memang ternyata sedap. Dan untuk biskut pula, kumpulan 1 yang menang. hehe. Tahniah kepada semua pemenenang.

The Best Laksa Speghetti won by D-Boy's team

The Best Strawberry Jem Cookies winner

 Kesimpulannya, pertandingan bermasak ni bukan semuanya tentang rasa dan masakan tu, tapi kerjesama dan komunikasi yang bagus juga penting. If not, maka takkan terhasilnya satu-satu hidangan tu. Team-work and comunication. 2 things that can brought a group together. So I am so happy to join this competition with 100comments.com and hoping to be invite again next year! Wait for my next post guys, because I akan buat sate review and I akan share the resepi for the food that we made. 
Group Photo
Sebelum Numi menamatkan blogpost harini, Numi nak share jugak beberapa beauty product yang sudi sponsor hadiah untuk para pemenang. Pertama adalah Nutriva MoriHeal Plus Rejuvenating Botanical Beverage dan Nutriva Nutritional Yeast. Kedua-dua produk ini amat baik untuk supliment yang diperlukan untuk tubuh badan. Disini terdapat sample untuk para peserta untuk mencuba produk ini. Numi sempat cuba Yeast mereka tu, bagi Numi ia seperti penambah perasa dalam makanan seharian, tetapi yeast ini kaya dengan protein dan fiber selain mengandungi vitamin dan minerals yang baik untuk tubuh badan.


Seterusnya, terdapat juga booth daripada Oilum. Untuk pengetahuan, Oilum adalah satu syarikat yang mengeluarkan produk untuk kesihatan kulit. Fokus utama mereka adalah untuk menghidrasi kulit yang kering, produk keluara Oilum telah banyak memenangi anugerah sebagai produk terbaik dalam pasaran. Numi sempat berjumpa dengan pengasas produk Oilum, Mr  Andrew Tan, beliau mengesyorkan kepada Numi untuk mencuba produk beliau untuk menjadi semakin cantik dan muda. 


Terakhir sekali adalah produk kulit daripada Germany. Mungkin ramai dah kenal EUBOS Skin Care, dimana produk ini telah terbukti secara dermatologi baik untuk kesihatan kutil. Kali ini, EUBOS memberi peluang kepada para blogger untuk mencuba EUBOS Sensetive range yang khusus untuk kulit kering.  Haa, nak tahu review yang penuh kena  lah baca blog entry review produk EUBOS ni nanti ye. Sampai disini sahaje blog post Numi kali ini.  
Thank you for your time reading. 
Salam. 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe