Tunaikan Zakat Akhir tahun di PPZ Maiwp

10:06 PTG


Bismillah dan Assalamualaikum semua. 
Penghujung 2018 dah nak tiba ni, kepada yang beragama Islam, sudahkah korang jalankan tanggungjawab korang membayar zakat?  Kalau sudah, Alhamdulillah.. 
Kalau belum, tak pe. Masih ada masa lagi sebelum tibanya tahun 2019. 
Disini Numi nak kongsikan kepada korang cara pembayaran zakat yang mudah melalui PPZ Maiwp. Ta[i sebelum tu marilah kita tonton video ringkas daripada abang Norman Hakim kita ni dulu. Katanya ada perkara penting nak share kepada korang semua. 

ok dah tonton video daripada Abang Norman? Numi rumuskan ape yang beliau cakap tu ye . 
1. Tunaikan zakat sebelum 31 Disember bagi mendapatkan rebat cukai pendapatan bagi e-filing tahun 2019.
2. Pembayaran boleh dilakukan di kaunter PPZ seluruh Malaysia yang dibuka 7 hari seminggu sepanjang bulan Disember dari jam 8.15 pagi sehingga 4.45 ptg. 
3. Mulai 26-31 Disember waktu operasi akan dipanjangkan sehingga 9 malam.
4. Bayaran zakat juga boleh dibuat melalui portal PPZ iaitu : 🌐www.zakat.com.my\
5. Setiap pembayaran di kaunter akan mendapat cemderahati. 
6. Info lanjut sila hubungi : 1300885757


" Tidak akan berkurang harta yang diinfaqkan / sedekah ikhlas kerana Allah melainkan Allah akan ,menggantikannya dengan berlipat kali ganda." 

Salam sayang, 


Naomie 
#ppzmaiwp #yearendzakat #zakatakhirtahun




post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe