Fernleaf UHT 100% Susu dari New Zealand

8:26 PTG


Bismillah dan assalamuaalaikum semua. 


Bagi wanita, perkara yang paling digeruni adalah kehilangan gigi dan juga rambut. Ini adalah dua benda yang jika hilang akan menyebabkan seseorang itu hilang konfiden terhadap diri sendiri bila berhadapan dengan pasangan. Oleh itu, pengambilan susu yang konsisten setiap hari amat penting untuk membila tulang yang kuat, gigi serta rambut yang juga kuat. Susu yang Numi sarankan untuk kalian semua adalah susu Fernleaf UHT. Ia bukan sahaja untuk para wanita, tapi boleh dinikmati seisi keluarga.



Numi sejak dari kecil memang minum susu tepung Fernleaf. Mama memang titikberatkan kesihatan kiteorg berdua. Jadi setiap kali balik rumah je memang susu Fernleaf yang dia bancuh sebelum tidur. Itu zaman kanak-kanak la. Hehe. Dewasa ini, Fernleaf telahpun mengeluarkan susu kotak UHT yang didatangkan dalam tiga perisa, Full Cream , Low Fat dan Chocolate.


Info menarik yang Numi nak kongsikan kepada you alls semua adalah:
Sumber susu Fernleaf adalah daripada lembu-lembu ternakan daripada Switzeland. Mereka ini bebas berkeliaran di lading yang luas serta meragut rumput dipadang rumput yang subur. Hasilnya, susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semula jadi yang kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan. Ia juga mengandungi banyak nutrien penting lain seperti protein yang berkualiti tinggi serta vitamin A dan vitamin D. 



Apa yang menariknya, tidak semua lembu diberi makan rumput tau. Tapi bukan di New Zealand, mereka kaya dengan tanah yang subur, kadar hujan yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikan ia salah satu tepat pembiakan dan ternakan lembu terbaik didunia. Dengan adanya iklim yang selesa ini, maka tak hairanlah susu Fernleaf adalah susu yang berkualiti tinggi  serta sedap tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.



Untuk pengetahuan semua, Fernleaf merupakan pakar tenusu yang telah mempunyai lebih dari 140 tahun pengalaman alam perladangan. Maka tak hairanlah susu keluaran Fernleaf antara susu kegemaran rakyat Malaysia.


Dimana nak dapatkan susu Fernleaf ni?

Okey, you alls boleh dapatkan susu kotak Fernleaf UHT di seluruh Malaysia dimana-mana pasaraya dan kedai runcit  berhampiran. Boleh didapati dalam kotak 1 liter dan 200 ml pack. 


Lepas dah beli susu tu, ape kata snap pic korang bersama-sama susu Fernleaf UHT di laman media sosial dengan disertakan #fernleafuht #100mmmmm (5 M tau). Macam yang Numi buat ni tau. heheh. 

Untuk info lebih lanjut sila ke laman Facebook Fernleaf Malaysia untuk promosi baharu. Itu sahaja dari Numi kali ni. Ingat! Susu penting untuk seisi keluarga.

Salam sayang.



post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe