Nikmati 18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee dari 26-28 Febuari

1:26 PTG


Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan
Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018 - satu inisiatif
yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji. Pengguna
Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat dan potongan harga sepanjang kempen ini,
termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi
setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih
ganjaran dan penjimatan.
“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah
transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran
ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang
membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,”
kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.
Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu
makan tengah hari dan selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00
tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari dan dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi
menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam
talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad
kredit dan debit dan seterusnya, pemindahan bank.
 


Shopee akan memulakan keraian sempena hari penerimaan gaji ini dengan jualan pra-kempen
bermula dari 21 Februari yang membariskan tawaran eksklusif daripada jenama terkemuka
seperti Elianto, Pro Shop, Reckitt Benckiser dan banyak lagi. Sepanjang 3 hari kemuncak
kempen (26 hingga 28 Februari) ini, pengguna boleh menikmati tawaran hebat atas lebih 5,000
produk dari kategori terpilih termasuklah Mobil & Gajet; Kesihatan & Kecantikan; Permainan,
Kanak-kanak & Bayi; Perabot & Perhiasan Rumah; Perkakas Rumah; Barang Runcit & Haiwan
Peliharaan; Fesyen Wanita dan Fesyen Lelaki. Shopee turut bekerjasama dengan jenama
seperti L’Oreal, Nestle, Big Pharmacy, Bagstation, XES Shoes dan Vivo untuk memberikan
penjimatan berganda untuk pengguna tegar Shopee di seluruh Malaysia. Pada masa yang
sama, Jualan Murah Shocking Sale akan digandakan hingga 5 kali sehari sepanjang tempoh
kempen yang menawarkan pelbagai produk kegemaran ramai pada harga yang amat rendah
bagi tempoh terhad, hingga kehabisan stok.

Sepanjang kempen ini, Shopee turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji
pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling
Shopee dan hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.
Bagi menambahkan lagi keriangan kali ini, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil
Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen dan berpeluang
memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5
dan sebuah Penyedut Hampagas Dyson.
Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara
PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe