Produk Review : Magic Jelly Lovera

10:40 PTG


Bismillah dan Assalamua'alaikum semua. 
harini Numi ada review istimewa untuk pembaca blog Numi. Tapi sebelum itu, Numi nak tanya, siapa sini suka Aloe Vera? Dan siapa tahu khasiat Aloe Vera ? hehe, Kalau tak tahu takpe, sebab harini Numi akan kongsikan beberapa khasiat Aloevera didalam botol kecik ni; Magic Jelly Lovera.
Tapi sedikit trowback, dulu ingat lagi masa kecik-kecik Numi melecur tangan kibat terpegang gagang cerek, lepas tu Mama cepat-cepat berlaci pergi patahkan daun Aloe Vera untuk hilangkan kesan panas selain memberi rasa sejuk dan dingin di tangan yang melecur tu... Haaa, itu baru satu kebaikkan Aloe Vera. Dan sekarang penggunaan Aloe Vera bukan sahaja untuk merawat kulit terbakar, malah sebagai makeup pun boleh tau. Magic Jelly daripada Lovera boleh dijadikan sebagai makeup based yang mampu membuat makeup tahan lebih lama.
Selain itu Magic Jelly juga boleh merawat masalah kulit kepala tau. Dan Numi sendiri akui, kulit kepala Numi yang sejak kebelakangan ini gatal dan kering sudah pun beransur pulih. Jarang dah nak garu-garu kulit kepala lagi. Tambahan pula, Numi baru baca satu testimoni daripada facebook Page Magic Jelly berkenaan penyakit buasir yang dah pun pulih dan tak de darah yang keluar lagi tau! Akann hilang lagi satu masalah kesihatan Numi alami ni.. Yeayyy! 
Untuk mereka yang mempunyai kesan-kesan jerawat yang degil, Magic Jelly mampu membuat kesan jerawat basah tu kering tau! Numi sendiri alami nya.. itu baru 3 hari penggunaan.. apa yang membuatkan Magic Jelly ini berkesan sebenarnya?? 

Bahan-bahan utama Magic Jelly:



Aloe Vera Jelly: bertindak sebagai agen menyejuk dan anti penuan. 
Jomica : atau nama kampung dia adalah sengkuang sebagai agen pencerahan. 
Chamomile : Sebagai agen pemulihan kepada luka serta ekzema.Ia juga boleh digunakan sebagai skin bleach bagi yang obses untuk pemutihkan kulit. 
Haaaa, ini adalah bahan utama rupanya. memang patutlah kesan-kesan parut di wajah cepat kering. dan gatal-gatal kepala hilang.. Oh chop, nak tahu lagi khasiat Magic Jelly, baca sini..

Khasiat Magic Jelly 

KHASIAT UNTUK KULIT

1. Merawat jerawat muka serta badan dengan berkesan
2. Menghilangkan kulit muka yang kusam
3. Parut pudar (lama / baru)
4. Pudar bintik gelap
5. Memulihkan Ekzema
6. Menghidratkan kulit kering
7. Rawat selaran matahari
8. Mengecilkan liang
9. Bantu meringankan ruam, kulit alergi dan sensitif
10. Anti penuaan



KHASIAT UNTUK RAMBUT

1. Membantu mengurangkan kelemumur
2. Melicinkan rambut yang tidak teratur
3. Boleh digunakan sebagai serum rambut
4. Menggalakkan pertumbuhan rambut


KHASIAT LAIN

1. Membantu merawat luka-luka kecil seperti kesan melecur.
2. Merawat bibir mengelupas & kering
3. Kegunaan luaran

MAGIC JELLY JUGA BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI :

1. Pelembap kulit
2. Base Make up
3. Serum muka
4. Serum rambut
5. Serum bulu mata (panjang dan pertumbuhan)
6. Pelembap bibir
7. Pelembap muka/krim malam


Tekstur Magic Jelly : 



Tekstur Magic Jelly sangat ringan. ia adalah sejenis gel yang mudah menyerap dan tidak meninggalkan sebarang kesan perubahan warna keatas kulit. Tidak mempunyai sebarang bau bauan yang tengit. Dan sejuk apabila dipakai. Dengan penggunaan yang menyeluruh, satu botol ini boleh tahan selama 3 bulan tau. dan cara penggunaan nya pun senang. cuma pam dan ratakan dikawasan yang bermasalah.



Info details Magic Jelly :



Berat : 60ml
Harga : RM70 sebotol

Dimana nak dapatkan Magic Jelly ini?

korang boleh dapatkan di website mereka secara online atau di agen-agen sah yang berdafar.

Sila lawati :-


Alamat :
DW Global Plt (LLP0007973-LGN)
Tingkat 10, Plaza Azalea,
Seksyen 14, 40000
Shah Alam, Selangor


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe