Fiesta NBOS Sayang Malaysia Meriah Di Bagan Datuk

1:44 PTG


Bismillah
Assalamua'alaikum semua. 
Wah dah dekat nak setengah tahun tak update blog ni, jadi rasanya baik Numi share sesuatu yang bermanfaat bagi comeback kali ini. ye dak? hehe. 
Baiklah, kepada yang follow Numi di Facebook dan Instagram, pasti korang tengok beberapa posting Numi pada minggu lepas. Ianya berkenaan dengan Fiesta NBOS Sayang Malaysia. Kepada yang tak perasan, tak pe. Numi akan kongsikan pengalaman Numi sepanjang berada di Teluk Intan untuk Fiesta NBOS Sayang Malaysia tu ye.



Fiesta NBOS Sayang Malaysia ini dianjurkan oleh Unit Strategi Nasional dengan kerjasama Kementerian Kewangan, Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) yang berlansung di SMK Hutan Melintang Bagan Datuk. Dalam pemerhatian Numi, ribuan pengunjung datang untuk memeriahkan fiesta ini.  
Antara aktiviti -aktiviti menarik yang diadakan di pentas utama NBOS :
-Cabutan Bertuah untuk para pengunjung
- Perlancaran Pusat Transformasi Bergerak (Mobile CTC)
- Penyampaian sumbangan TEKUN kepada Agropreneur Muda
- Perlancaran Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia 
dan banyak lagi.Selain itu, ucapan daripada Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut memberi inspirasi kepada rakyat di Bagan Datuk agar terus berkembang dan berfikir keluar kotak untuk membangunkan diri, keluarga dan masyarakat. Tambahan pula, terdapat pelbagai aktiviti yang berlansung juga di Pavilion Sayang Malaysia dimana terdapat booth-booth menarik antaranya : 
- Booth Homestay Sabah, 
- Booth Perlancongan daripada Syarikat Rayhar
- Booth Spa daripada Amspa
- Booth Makanan tradisional 

dan banyak lagi. Oh ya! Numi hampir lupa tentang pertandingan-pertandingan yang diadakan. Pada belah pagi Fiesta NBOS Sayang Malaysia, berlansungnya pertandingan bermasak  Ala Masterchef yang diadakan dan pada belah petangnya pulak diadakan pertandingan kareoke. Pertandingan yang sangat menarik kerana memberi peluang penduduk Bagan Datuk untuk bersosial antara satu dengan yang lain, selain daripada beramah mesra dengan pemimpin dan artis Malaysia.
Antara artist yang turut hadir pada Fiesta NBOS Sayang Malaysia adalah Arja Lee , Adeline, Jay Jay, dan Dafi. Yang paling sporting sepanjang Fiesta semestinya Arja Lee. Peramah dan hensem pulak tu. hehe. Ramai yang mengambil peluang untuk bergambar dengan artis Malaysia disamping berpeluang menang peralatan elektrik daripada Gaya Travel. 
Kepada belia dia Bagan Datuk, aktiviti yang diadakan untuk mereka adalah Senam Robik Perdana, pertandingan Mewarna, Pertandingan menyusun puzzle dan permainan  lembuk di pintu utama.  Pameran Gasing, Doodle dan Vespa turut memeriahkan lagi Fiesta NBOS Sayang Malaysia ni. Memang seronok! 
Kepada warga emas pula, terdapat pemeriksaan kesihatan percuma untuk memeriksa tekanan darah, BMI, kadar gula dan keadaan jantung. Ini adalah usaha kerajaan bagi mendekatkan rakyat dan kemudahan yang pihak kerajaan telah sediakan. Tambahan pula, Celcom turut memberi Sim Kad percuma kepada pengunjung yang terawal. TQ Celcom. 
Bagi peminat makanan kampung, mereka boleh ke Pavilion Citrarasa Sayang Malaysia untuk merasa makanan tradisi orang Perak  seperti Rendang Itik bersama ketupat palas, Kuih Peneram Bukit Gantang, Bubur Anak Lebah, Telur Dadar Ikan Loma, Kebebe dan Jeli Kelapa. Yang Numi paling suka adalah Rendang Itik bersama ketupat palas tu.. Terkenang-kenang sampai sekarang. 




Untuk melihat setiap momen menarik sepanjang Fiesta NBOS Sayang Malaysia, korang boleh layari laman Instagram dan cari #SayangMalaysia. Selain itu, setiap aktiviti yang menarik sepanjang tahun ini boleh disertakan #SayangMalaysia sempena perlancaran kempen Social Media #SayangMalaysia.
Antara gambar yang menarik Numi sempat tangkap sekitar Teluk Intan adalah bergambar di Menara Condong, Durian, dan makanan yang sedap-sedap. 

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe