Shampoo Safi Shayla ini dalam bentuk Pek Flexi

12:26 PTG


Bismillah dan assalamua’alaikum semua.

Rambut yang sihat adalah kebahagian seorang wanita. Rambut juga adalah mahkota wanita yang mampu member mereka keyakinan untuk berdepan dengan suami dikala berada dirumah. Bagi Numi, wanita yang berhijab wajib menjaga rambut dengan rapi agar bau sentiasa harum dan kepala selesa. Barulah suami sayang. Ye dak? Hehe



Pasti ramai yang dah tahu tentang Shampoo Shayla yang khas diformulasikan untuk wanita berhijab. Ya, sekarang mereka telahpun mengeluarkan pelbagai variasi shampoo dan perapi rambut agar wanita berhijab mampu menyelesaikan masalah rambut dan kepala.

Dan yang bestnya, sekarang terdapat juga dalam pek Flexi yang senang dibawa dan dalam jumlah yang banyak juga! Hehe. Pek flexi ini adalah untuk mengisi semula botol shampoo yang kosong. kira macam refill la. Tapi Numi bedal je bawak pek flexi ni dalam bilik mandi dan pakai. hehe


Antara sebab kenapa Numi sukakan Shampoo Shayla :

-          Shampoo Syala adalah shampoo yang khusus untuk wanita berhijab. Oleh itu, formula yang digunakan untuk mereka amat bertepatan dengan wanita yang memakai hijab lebih-lebih lagi dengan cuaca di Malaysia.
-          Bau yang harum dan nyaman.
-          Harga yang sangat berpatutan dan kualiti standing jenama mahal.
-Kuantiti shampoo yang banyak. Boleh pakai sampai sebulan mengikut penggunaan masing-masing.

Numi sekarang menggunakan shampoo flexi ini, sekali tuang boleh pakai untuk 2 kepala tau. Hehe. Tapi untuk rambut yang tebal macam Numi ni, shampoo rambut bukan hanya sekali. Tetapi dua kali bagi menghilangkan minyak di kulit kepala dan memastikan pori-pori kepala bersih.

Tips untuk memastikan korang shampoo rambut dengan betul adalah:-


  • Mulakan merenjis rambut dengan air sedikit. Pastikan rambut tidak terlalu basah untuk memulakan shampo. Letak shampoo di kepala dan mulakan urutan membulat di kepala. Renjis sedikit air untuk menghasilkan buih.
  • Ratakan shampoo di seluruh kepala dan urut dengan menggunakan ibu jari. Urut dibahagian belakang telinga dan leher. 
  • Bilas dengan menggunakan shower korang atau air gayung pun tak pe. Yang penting gunakan air sejuk agar rambut segar dan tidak merekah di hujung. kita tak nak ada split ends kan. 
  • Keringkan rambut dengan menggunakan tuala bersih. kering dengan usapan yang lembut tau. Barulah akar rambut terjaga. 
  • Seusai mengeringkan, sapu sedikit serum rambut untuk melembutkan rambut, sikat menggunakan sikat besar. Biarkan rambut kering secara semula jadi atau kalau nak cepat pakai hair dryer. 
  • Pastkan rambut sudah kering barulah memakai tudung ok. kalau tak, maka banyaklah biji buah dekat rambut korang tu. 
  • Setiap 2 bulan, potong hujung rambut untuk bagi rambut kita cepat panjang. hehe
Sekian sahaja tips dan perkongsian daripada Numi. pastikan korang dapatkan shampoo Safi Shayla di pasaran terdekat ok. 

Salam sayang, 

-
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe