Sebab kenapa Carousell Pilihan saya shopping Pakaian Muslimah

1:13 PTG


Bismillah dan assalamua'alaikum semua. 
hari raya aidilfitri akan tiba tak lama lagi kan. Sangat teruja tau untuk perayaan tahun ni. hehe. Nak tahu sebab apa? Sebab, Numi dan suami akan beraya di Kuching tahun ni. Yeaay! Biasanya kalau Numi beraya di Kuching, pakaian raya Numi akan beli terlebih dahulu pakaian seperti Baju Muslimah untuk dibawa ke Kuching. bukan apa, baju yang dah siap di Kuching tak berapa banyak pilihan berbanding di KL. 
Tapi kali ini, Numi lebih selesa untuk membeli melalui online. Bukan apa, segalanya lebih murah tau kalau kita beli secara online ni. Jadi harini Numi akan kongsikan cara untuk berbelanja lebih jimat untuk Pakaian Muslimah di musim perayaan ini. 
 Laman web yang Numi maksudkan adalah Carousell. Mungkin sesetengah daripada anda yang tak berapa kenal website Carousell ini, jadi jom baca lebih lanjut ya tentang Carousell ini. Sebab korang bukan sahaja boleh berbelanja dengan JIMAT, dan korang mungkin boleh mendapatkan WANG juga. 
okey, kalau korang depan PC sekarang ni cuba buka link ini : www.carousell.com . Di website ini, terdapat banyak pilihan pakaian muslimah yang cantik-cantik belaka dengan harga jauh lebih murah dari pasaran. 
Type je 'PAKAIAN MUSLIMAH' di Search coloum, sebanyak 10 muka surat senarai pakaian muslimah tersenarai. Memang rambang mata tau nak pilih., Tak percaya? haaa, tengok dekat bawah ni.  




Untuk tahun ni, Numi baget dalam RM300 untuk pakaian. Yang bestnya di website Carousell ni, pembeli boleh membuat offer dengan penjual. Sebagai contoh ye, baju kurung Issabella ini berharga RM109 kan, pembeli boleh buat offer RM100 untuk baju kurung ini. Apabila offer sudah dibuat, maka penjual hendaklah respon samada menerima offer atau menolak. Kebanyakkan penjual akan menerima tawaran yang berbaloi daripada pembeli, jika tawaran itu masih lagi masuk akal. Jangan lah buat tawaran RM10 untuk pakaian berharga RM100+  ya. Menangis penjual nanti. haha

Jadi,untuk baju kurung Issabella ini Numi buat tawaran RM100 untuk seller,dan apabila tawaran diterima, process jual beli akan dilansungkan dibahagian chat.

 Bukan itu sahaja, pilihan baju kurung sekarng lebih banyak variasi. Banyak pilihan dari segi warna, size dan rekaan terdapat di Carousell. Korang cuma perlu cari dengan bijak dan tapis. Sebagai contoh, Numi punya tema baju raya tahun ini adalah warna Maroon dan Biru, jadi mari kita tapiskan baju kurung mengikut warna dan baget kita.



haaa, amacam? cantik bukan design-design dari Carousell ini. Numi sangat-sangat tertarik dengan baju kurung yang mempunyai corak bunga 3D ni. Nampak sangat mewah dan elegen gitu. Untuk design baju kurung Muslimah biasa, Numi lebih suka baju kurung yang selesa dipakai dan longgar. Sesuai untuk hari raya pertama nanti. hehe. Korang punya pilihan macam mana?
Mungkin ada yang berminat untuk mencuba baju Kebaya atau lebih trend sekarang ni , Kebarung; Kebaya + Kurung. hehe. jom lihat design Kebarung dekat bawah ni. Hadir dalam warna-warna lembut, sesuai untuk mereka yang berkulit cerah. Harga pun kurang dari RM150 tau! Murah tu!

Bagi yang mencari Baju Kurung tradisional yang mempunyai sentuhan trendy sedikit, Numi sarankan baju kurung Haifaa ini. ribon Rapol yang menambahkan lagi keunikan baju kurung ini. Si pemakai nampak sangat comel bila memakainya. Pilihan warna pun banyak.
Selain daripada membeli, kita juga boleh menjual barangan-barangan terpakai kita tau. Numi sendiri adalah Penjual di Carousell. Dan Numi tidak nafikan, berniaga di Carousell ini sangat mudah dan efficient. Prospek sangat banyak dan  untuk menjual barangan terpakai kita semudah ABC. Mari Numi tunjukkan cara yang mudah untuk menjadi Penjual di Carousell.
Untuk memudahkan kerja, Numi lebih suka mengupload gambar jualan dari Telefon. Cuma snap gambar untuk dijual, pastikan gambar menunjukkan detail yang penting. Snap , pilih dan upload. Kemudian, isi perkara-perkara penting seperti Nama produk, jenama, harga, warna dan jenis. Selesai mengisi, upload dan selesai! 
Haaa! Mudah bukan..? Selain daripada baju Kurung tradisional, baju melayu, baju kurung kanak-kanak, tudung dan aksesori wanita juga banyak dijual di Carousell. 
Ayat paling mudah untuk Numi katakan tentang Carousell adalah: MUDAH! 
Jadi, apa tunggu lagi Numi seru semua pembaca Blog ini, pergi ke Apps Carousell/laman web Carousell dan csri pakaian mislimah mana yang sesuai untuk korang. Sebab kalau lambat, size korang akan habis. Nanti menangislah dibucu katil sorang-sorang sebab baju raya tak ada. Hehe
Lawati: www.carousell.com
Atau
Install ; CAROUSELL dari Google apps /Playstore sekarang. 
Salam sayang,
Love, Naomie
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe