Rezeki dari Allah

1:52 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua!


Dalam tak sedar, dah sebulan Numi meninggalkan Tanah Haram, Mekah. Rasa rindu yang sangat mendalam dihati Numi ni hanya Tuhan je yang tahu. Betapa banyaknya dugaan yang Numi hadapi bersama suami, hanya Tuhan je yang tahu. Kalau dalam kalangan anda fikir, Numi ni memang loaded betullah dapat pergi Umrah tahun 2016 ni. mana taknya, dengan ekonomi meleset dan kerja tetap tak ada, tapi mampu pulak nak pergi Umrah tahun ni.

Haaa! itu antara kata-kata orang yang Numi kene hadap. Dan banyak lagi.. Tapi untuk menjelaskan semua keraguan tuan-tuan dan puan-puan, itu adalah rezeki Numi dan Suami pergi Umrah secara FREE OF CHARGE! Tinggal bawak duit poket dan pakaian sahaja.
Perginya kami ke Tanah Suci adalaha atas rezeki yang Allah bagi. Allah bagi Numi rezeki menjadi tetamunya. Dan bilamana seseorang menjadi tetamu Allah, Dia akan melayan sebaik mungkin kami sepanjang keberadaan kami disana.


Allah! kalau Numi cerita pengalaman yang paling Numi tak kan lupa sepanjang Numi berada di Tanah suci tu, memang Numi akan menangis. Kenapa? Sebab Numi dah kenal apa itu Intan Permata, Apa itu Kaca! Numi boleh kenal hati buti sedara Numi yang sebelum ini Numi anggap macam adik beradik Numi tapi rupanya bukan.

Seperti yang rakan-rakan Numi sedia maklum, Numi bukanlah dalam kalangan orang kaya, dan segala kelengkapan rumah Numi dan suami Usaha sendiri. Kami hidup sangatlah sederhana. Dan belum lagi mempunyai zuriat. Kalau nak diikutkan, kami memang tiada pekerjaan tetap. Numi hanya seorang Blogger Sepenuh Masa sambil jual beberapa barangan Online. Dan hb, dia buat kerja dia sendiri. Apa yang dia pandai dan expert, itulah yang dia buat. (Numi takkan cerita bab kerja hb)

Tapi, apa yang Numi nak katakan, apa yang Numi nak mintak dari hb, dia akan usahakan sehabis baik untuk dapatkan. Termasuklah perkara itu berat bagi dia nak. Numi tahu hb seorang yang sangat baik, sampaikan barangan sendiri sanggup dia korbankan. Kira dia antara permata dalam hidup Numi.

Baiklah, sepanjang Numi berada di Mekah, antara solat-solat yang diajar kepada para Jemaah adalah solat Sebelum Subuh , Solat Dhuha, Solat Jenazah, dan Solat Tahajjud. Ini antara 4 solat yang Numi sendiri buat dan Numi sendiri alami kehebatannya.

Antara kelebihan melakukan solat sunat ini adalah Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidah Aishah r.a., isteri Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda:

"Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya".


itu Sabda Rasulullah SAW. Orang yang solat 2 rakaat sebelum subuh adalah lagi baik daripada duni dan segala isi buminya.

Solat Dhuha pula, solat yang mencukupkan rezeki.

Nabi Muhammad SAW  bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali-kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.”  

Solat Jenazah. Mungkin ramai dalam kalangan kita yang tak ambik kisah pun tentang solat Jenazah. lagi-lagi dalam budaya Melayu. Tapi, apa yang Numi pelajari sepanjang berada di Mekah, Pahala solat Jenazah ini menyamai pahala sebesar Gunug Uhud. Bagi yang tak tahu besar mana gunung Uhud tu, nanti Numi akan tunjuk ya.

besarnya Gunung Uhud
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirad. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja. Hadis riwayat Bukhari.

Numi teringat lagi, salah satu pengalaman Numi di Madinah. 



Seperti biasa, Numi dan hb akan bejanji untuk pulang ke hotel untuk makan malam, seusai sahaja solat Maghrib. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan masa makan malam. Al-maklumlah, jemaaz dekatnak 1300 orang, dengan kapasiti dewan makan 500 orang, korang boleh imagine bertapa sesaknya dewan makan. Jadi, Numi akan tunggu di Gate 15 untuk sama-sama pulang. Tunggu punya tunggu, dah dekat 15 minit tunggu hb, tak muncul-muncul. Tapi Numi tetap jugak sabar. Aku bagi lagi 5 minit, tak ada, Numi balik ke hotel seorang dan makan dahulu. Dalam hatiku hanya Tuhan je tahu.Jauhkanlah segala musibah terhadap suamiku.. 

Seusai makan malam, Numi ke Masjid nabawi balik bersama para jemaah yang lain, dan habis je solat Isyak dan Solat sunat, Numi bergegas ke Gate 15 untuk tunggu suami ku lagi. Haaa! nasib baik, dari jauhdah dapat kulihat dia tersengih dengan Ustaz Junaidi. Bila ditanya, rupa-rupanya HB pergi menyusung Jenazah dan dapat masuk ke perkuburan Baki'. Ya Allah, bertuah betul budak ni. Numi dapat bayangkan besarnya pahala ke atas bahu kanannya itu tau! Seperti yang dijanjikan oleh Allah kepada hambanya. Sesiapa yang menguruskan Jenazah dan solat Jenazah dia akan mendapat 2 Qhiraad, Apa itu Qhiraad? ganjaran pahala sebesar gunung Uhud. 

Numi terus tak jadi nak marah.. Mujur semuanya selamat. 

Solat Tahajjud. 

Rasulullah SAW bersabda:  “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.”   (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

Dan, Mutawwif kami ada pesan, solat Tahajjud ini seperti Penembak Snipper yang Tepat. Apa sahaja yang kita mintak pada Allah didalam solat Tahajjud akan sampai tepat pada Maha Pencipta dan akan dimakbulkan. Itulah kehebatan solat sunat Tahajjud. 

Alhamdulillah, sepanjang keberadaan Numi disana, banyak memberi Numi kesedaran tentang perangai manusia, perangai diri sendiri, dan bertapa selama ini kita jauh dari Allah. 

Pernah dengar orang kata, semakin hanyut kita kepada dunia, semakin sempit hati kita? Sempit hati bermaksud bertapa hati kita ni sentiasa fikirkan masalah dunia tanpa memikirkan kehebatan dan mensyukuri nikmat yang Allah bagi. Dan bilamana kita dah tersepit dalam masalah besar tu, barulah kita cari pedoman dengan Tuhan kita. 

Dan bantuan Allah datang dengan segera tau! Betapa sayangnya Allah pada kita lagi-lagi sebagai tetamuNya. Oleh itu, Numi sangat-sangat bersyukur dengan apa yang terjadi dalam hidup Numi terutama sekali sepanjang tahun 2016 ini. Banyak perkara AJAIB yang Allah nak tunjuk, Banyak dugaan hidup yang Numi telan dan sabar, dan Banyak perangai manusia yang Numi dapat kenali dalam masa setahun ini.

Doaku di Raudah,

Seusai ke Raudah. Hanya dapat ambik gambar kubahnya sahaja
"Ya Allah, terima kasih aku ucapkan kepada-Mu kerana telah membuka mata aku dengan sesetengah perangai manusia yang tak kenang budi. Aku mohon padaMu Ya Allah, kembalikan mereka ke pangkal jalan dan bukalah mata hati mereka untuk kenang kembali pengorbanan orang yang menyayangi mereka. Limpahkan rezeki yang tidak disangka-sangka kepada kami suami isteri dan adakan kecukupan dihati kami, serta kau bahagiakan orang-orang yang aku sayangi. Dan permintaan aku yang terakhir adalah kau perkenankan segala hajat rakan-rakan dan sedara-sedara yang berkirimkan doa kepadaku. semoga apa yang dihajati mereka tercapai. Amiin"

Itu antara intipati Doa yang Numi selalu ucapkan. dan Numi tersangatkan bersyukur sebab Tuhan memperkenankan doa Numi dan rakan-rakan yang berkirim doa kepada Numi. Syukur Ya Allah. Sebab Numi sangat yakin takkan Allah tinggalkan hambanya menanggung dugaan yang tak tertanggung oleh hambanya. dan segala Musibah yang berlaku, pasti Allah gantikan dengan yang lebih baik.

Numi harap sangat, Allah dapat ubati luka dihati Numi seperti mana luka di jari, yang kering dan sembuh dengan pantas. Luka dengan perangai sesetengah orang yang tidak mengenang budi, yang penipu, yang bongkak dan yang sombong. Pasti!

Dan Terakhir sekali, Numi harap, jika ada orang-orang yang membaca entry kali ini, dan kau rasa kau perlukan mintak maaf dari kami, aku mohon kau lakukan dengan segera. sebelum Ujian besar datang kepada kau.  Sebab antara doa yang dimustajab / diterima oleh Allah adalah doa orang yang teraniaya.

Sekian sahaja entry kali ini, Numi dah luahkan serba sedikit. walaupun tidak terperinci.

Salam sayang. 
 photo a8e15593-b4be-4af0-9fb7-8e4b16ef230c_zpsg5faxsdy.png

post signature

You Might Also Like

2 Orang Positif

  1. Alhamdulillah...numi dah menjadi tetamu Allah.

    kisah kita sama tp akak buat haji thn 2011. Ya mmg dulu akak bkn dr kalangan yg mengikuti syariat agama tp dah rezeki akak dpt ke sana awal tp byk la ckp2 org yg x enak di dengar.

    Boleh ke dia tu bla...
    Nanti kat sana mcm mana la ya...Allah byr cash tau...bla...

    Mcm2 smpai akak risau dan takut nak p dan hampir2 mematikan smgt nk ke sana tp Alhamdulillah...Allah pelihara. Asal sakit demam sikit2 tu perkara biasa

    BalasPadam
  2. bestnya dapat pergi ke mekkah. moga dapat jugak rezeki jejak kesana

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe