Jom Bawa kucing untuk Pemeriksaan Percuma!

11:38 PG

Bismillah
Assalamualaikum semua.


Baru balik dari Umrah terus ke Vet untuk bawak Stich jumpa doctor. Memandangkan sekarang Royal Canin sedang mengadakan kempen MyCat2Vet, Numi pun tak lepaskan peluang ini untuk bawak kucing kesayangan Numi ke Vet untuk FREE Physical Checkup.



Kalau korang tak tahu, Stich adalah kucing gendelangan yang Numi dan suami kutip bawak balik rumah. Sebelum ini, dia tinggal di luar kawasan perumahan kami ni aje. Tapi Numi tak sampai hati lihat jiran aniaya dia dengan menyimbah air cili kat lantai tempat dia buang air (berak dan kencing) , jadi Numi decide nak bawak Stich balik rumah. Kesian tau, seminggu pertama tinggal dekat rumah, berbuih je air mulut dia tahan pedas sebab nak jilat kaki yang kena cili.. Huh! Numi tak kan maafkan orang yang buat tu.. Lepas tu, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan, sekarang Stich dah 3 bulan menetap dengan kami.  Bila da 3 bulan tak keluar bersiar-siar, Stich decide nak ESCAPE dari RUMAH. So dia memang dah ada ESCAPE PLAN dah sebelum kami berangkat pergi Umrah haritu. Bila dah escape tu, kami tak dapat nak bawak dia balik ke kampong dengan kucing-kucing yang lain. So, tinggallah Stich dekat KL selama dua minggu.


Di pendekkan cerita, Numi balik Umrah terus keluar carik Stich dekat kedai-kedai makan. Mujur jumpa dia.  Tapi dalam keadaan kotor, dan sakit. Bulu bukan main kesat lagi dan bau masam ya ampuun.. kutu tak usah cakap lah. Balik je rumah, bagi makan sebungkus dan dia terus bersin berkali-kali nak keluarkan hingus kuning dia tu.. kesiann Stich.. Mama tahu kalau bersin dekat kedai makan tu orang takkan bagi dia makan..

Next morning, Numi mandikan dia sebelum bawak jumpa doctor pada hari Sabtu lepas. Dah bersih, sesi mencari kutu kuning pulak.. Fuh! Khayal okey bila cari kutu dia ni, sampai habis! Satu pun tak tinggal.. ! hahaah. Dan esoknya kami ke Vet untuk buat Physical Check Up. Ini adalah kali pertama Stich ke klinik haiwan dan Stich memang jenis kucing rilex je.

Masa check-up tu, Doc bagitahu yang Stich hanya ada selsema je. Itupun masih dalam keadaan terkawal. Kutu telinga tak ada, masalah kencing tak ada dan masalah-masalah kronik pun tak ada. Cuma gigi Stich je ada sedikit plaque. Mungkin sebab banyak makan sisa-sisa ikan dan ayam dulu.



Doctor kata Stich ini baik, tak nakal dan tak bising. Duduk diam ja dalam pelukan papa. Manja betul. Numi tahu dia rindukan kami, dan sebab tu lah bila Numi panggil balik rumah dia ikut. Numi takut sangat bila Stich duduk lama dekat luar rumah, nanti dia boleh kena penyakit FIV. Penyakit FIV ini adalah penyakit yang membunuh kucing. Numi dah 2 ekor Kucing mati akibat FIV. Ini semua gara-gara lambat bertindak hantar kucing ke Vet. Untuk elak FIV atau apa-apa penyakit yang merbahaya untuk simanja kita, baiklah bawak mereka(kucing) ke Vet untuk medical check-up.


Numi tak nak nanti kita menyesal sama macam Numi menyesal masa bawak CJ ke klinik dulu. Sedih sangat bila teringat CJ mati akibat 3 penyakit : Jaundice, Leukemia dan FIV. Doc cakap CJ hanya nak lihat Papanya (Benn) sebelum mati . Memang CJ amat rapat dengan Benn masa hayatnya. Dengan Numi tak sangat, dan bila dah sampai ke hujung nyawanya, dia duduk diriba Benn minta diusap kepala. Macam tanda syukur dan redha untuk dia pergi selamanya.. huhu. Sedih pulak Numi bila cerita pasal Cj ni.

Oleh itu, bersempena kempen Mycat2Vet anjuran Royal Canin ini, Numi sangat menggalakkan pemilik Kucing untuk sama-sama mendaftar untuk Pemeriksaan Fizikal Percuma untuk Kucing-kucing anda. Royal Canin nak sponsor anda consulation fee untuk kucing anda. Bagaimana nak mendaftar? Caranya Mudah:

1.       Daftar di link ini : http://www.mycat2vet.my/get-a-free-checkup
2.       Isi borang itu dan hantar.
3.       Anda akan terima email untuk kod penyertaan.
4.       Telefon mana-mana Vet yang ada dalam senarai untuk buat appointment.


Selesai! Mudah bukan? Oleh itu, kalau anda sayangi kucing anda, pastikan bawa mereka berjumpa dengan Vet ye. Kita tak tahu penyakit apa yang terdapat dekat kucing kita.

Stich Berselfie

Dan akhir kata, sayangi kucing sepertimana kita sayangi anak kita sendiri. In Sya Allah rezeki akan luas dan kita sentiasa bahagia..

Salam sayang. 


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe