[OOTD] Perlumbaan F1 Malaysia 2016

2:05 PTG

Bismillah & Assalamua'alaikum semua. 


Minggu lepas, Numi bersama-sama hubby. dan Ayue ke Litar Sepang F1  untuk lihat Final F1 secara lansung. Ini adalah pengalaman pertama Numi tau lihat F1 secara lansung. Selalunya dapat lihat dekat TV jer. Tapi kali ini, dapat offer dari Ayue untuk lihat secara lansung F1, mahu tak nak bukan? hehe. 

Kami bertolak dari Shah Alam jam 1.30 petang dan sampai di Sepang jam 2.15 petang. Dengan cuaca yang panas terik dan keadaan orang yang sangat ramai, memang menuntuk Numi untuk bersabar. Dalam pemerhatian Numi, penonton ramai dalam kalangan Mat Salleh dan orang luar. Warga negara yang menonton hanya suku daripada grand stand dan kebanyakkan yang datang orang-orang Petronas. Yelah, Loise hamilton sekarang dah memandu dalam pasukan Petronas, mestilah ramai yang datang sokong Petronas, dan termasuklah Numi. hehe. 

Kami duduk di main Grand Stand yang membolehkan kami lihat aktiviti di Starting Point dan Turn terakhir sebelum finishing. Kalau korang nak tahu, satu seat di Main Grand Stand ini bernilai RM1800...fuh! kalau nak tunggu duit sendiri yang beli tiket ini, mhu 10 tahun akan datang agaknya. ahahah. 



Race F1 mula pada jam 3 petang dan tamat pada 5 petang. Setiap pemandu dikehendaki menghabiskan 56 pusingan litar bagi menamatkan perlumbaan. Setiap penonton yang datang, masing2 sudah mempunyai pasukan kegemaran sendiri. 

Permulaan perlumbaan merupakan antara saat-saat genting, selain daripada penamat perlumbaan. Nak tahu kenapa, disini kita dapat lihat pelumba mana yang tahu untuk mencari peluang memotong pelumba yang lain. Bukan itu sahaja, terdapat salah sebuah kereta F1 yang tidak bergerak pada permulaan perlumbaan. Haaaa, jangan main2, kalau salah tuning kereta F1, mahu tak bergerak tau. sia-sia berlatih bertahun-tahun. 

Selain itu, yang kami sangkakan akan menang race kali ini, rupanya tidak. Walaupun apa 40 pusingan pertama dikuasai oleh Louise Hamilton, tetapi nasib memang tidak menyebelahi beliau pada race F1 kali ini. Pada pusingan ke 40, kereta F1 beliau terbakar dan beliau tidak dapat meneruskan pertandingan sehingga tamat. 





Numi dan Ayue tidaklah terlalu meminati F1, seperti orang lain, tapi ini antara pengalaman Numi yang termanis bersama-sama insan yang Numi sayang. Walaupun Petronas tak menang, tapi kami tetap balik dengan senyuman. Bak kata Ayue, "asalkan kita pernah pergi babe, kalau lepasni orang tanya, boleh jawab dah" hehehe. geli hati Numi dengar Ayue cakap begitu. Apa2 pun, terima kasih babe, sebab ajak kami laki bini tengok F1. next event, Moto GP pleaseee.. 



Terakhir sekali adalah, OOTD semasa F1 haritu. 

Numi tampil dalam gaya Sporty. Menggayakan Blouse besar dari SG Shop, serta Jeans Hijau (Tanda sokongan padu terhadap Petronas). Turban moden daripada Basic Shawl, White Inner with White Shoe daripada SG shop. Handbag daripada Tiamo. 

Top & Shoe: SG Shop
Handbag: Tiamo Malaysia
Jeans & Shawl : DC
Pakaian ini tersangatlah selesa! Walaupun panas di Sepang, kain blouse ini sangat cepat serap peluh dan tidak menyekat laluan angin. Tidak jarang dan tidak mudah koyak. 
Turban ini Numi buat daripada basic Shawl yang tidak licin. mudah untuk digayakan. 

Tips kekal cantik sepanjang menonton F1 : 

-Bawa payung untuk lindung diri dari matahari
-Minum air secukupnya
-Elak daripada berkumpul ditempat yang padat dengan orang, takut nt pitam. 
-Pakai Lipstick yang melembapkan bibir, bukan yang matte.
-Jangan bersorak berlebihan, nt tak kekal ayu/cantik daaa. hihi


Akhir kata, Numi harap entry F1 dan ootd Numi kali ini akan memberi korang sedikit sebanyak info tentang F1, dan tips kekal cantik selepas menonton F1. 

Salam Sayang

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe