Makeup Trends 2016-2017 & Contest

12:03 PTG

Bismillah & Assalamuaalaikum semua!
Pagi ni Numi browse Pinterest, dan jumpa beberapa Makeup Trends bagi penghujung 2016 dan awal 2017. Haaa, Jom lihat apa makeup trends 2016-2017 kali ini. Mungkin ada yang berkenan untuk mempergayakan makeup ini di Malaysia. 

Warna Bibir Gelap

Lipstick yang bewarna gelap akan menjadi pilihan ramai wanita sekarang, untuk tampil berani dan bold, Disertakan makeup mata yang ringan, bibir akan nampak lebih menonjol daripada parts yang lain. Warna-warna gelap seperti : Merah Maroon Gelap, Hitam, Purple Gelap, Chocolate Gelap . Jom lihat beberapa gambar contoh yang kebanyakkan daripada Fashion Week di New York. 







Eyeliner Mengancam!

Bagi eyeliner, Trends sekarang adalah lukisan eyeliner yang MENGANCAM!! Lukisan Eyeliner yang Unik ini dipadankan dengan makeup muka yang simple dan ringan. Ini adalah untuk menfokuskan bahagian mata daripada bahagian lain. 





Lukisan Mata Hitam

Ada yang berani mempergayakan  gaya mata sebegini? Lukisan eyeliner yang mengamcam boleh lagi, bukan, tetapi Eyeshadow hitam yang mengancam mungkin akan menjadi sesuatu yang baru untuk dicuba. Lukisan Mata hitam membolehkan seseorang tampak sangat Gothic dan Misteri. 
Dengan menggunakan warna eyeshadow hitam dan Eyeliner pekat, gaya ini dapat dihasilkan dengan mudah. 



Mata Smokey Menawan

Eyeshadow Smokey Eyes menjadi pilihan untuk trends 2016-2017. Sama ada warna biru, hitam ataupun coklat, ia mampu menjadikan wanita tampil seksi dan mengoda. Numi secara peribadinya memang meminati rona mata smokey eyes. Korang pula bagaimana? Minat smokey eyes ke Natural eyes?


Bibir Pink, Auw!

Bibir Warna Pink antara warna yang Paling Top sepanjang abad. Even, Numi sendiri banyak menggunakan Lipstick berwarna pink untuk kemajlis-majlis rasmi. Warna Pink akan menampaklan keremajaan seseorang dengan memberi imej ceria dan gembira.

Mata Glitter

Eyeshadow yang disertakan dengan Glitter akan menangkap perhatian orang ramai. Ia sesuai diragakan di majlis makan malam atau vogue. Samaada diletak di seluruh eyelid, atau di pangkal mata, glitter akan tetap berkilat dan menyinari mata anda. 

Bibir Asli

Untuk menggayakan imej natural, warna bibir Asli sangat diutamakan. 
Dengan hanya calitan lipbalm atau lipglose yang mampu membuat warna bibir asli nampak lebih mengancam, sigadis akan tetap menarik perhatian orang dengan solekan muka yang flawless. 
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Contest time!

Dalam banyak-banyak trend makeup sekarang, trend mana yang korang suka dan ikuti. Kalau ada, jom share gambar korang di Instagram. Numi nak lihat trends makeup mana yang tengah HOT di Malaysia. Kot-kot boleh dikongsi di blog Numi. Upload gambar korang mengikut trend sekarang dan sertakan Hashtag #MakeupTrendsForNaomie

Peluang memenangi Lipstick KAT VON D tau. 

Jom Follow Instagram @NaomieLicouz
Salam sayang. 
post signature

You Might Also Like

3 Orang Positif

  1. kalau tak pandai makeup boleh join ker

    BalasPadam
  2. Nor Nazliana,

    Boleh jer, cuma ambik gambar ikut trend yang mana Nor nazliana Ikut. COntoh, pakai lipstick warna Hitam/Pink ker. ;)

    BalasPadam
  3. hehe syima pernah try lipstik warna gelap. tapi kawan cakap mcm mak tiri hahaha. terus tukar warna pink atau merah

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe