Azizan Osman tetap Pakar Motivasi Usahawan no. 1 Di Malaysia.

11:03 PG

Bismillah & Assalamualaikum!
Mungkin ada ramai orang bercakap tentang Dr Azizan Osman seorang penipu. sekarang memang tengah viral satu Malaysia tentang kesahihan sijil kedoktoran yang dimilikinya. Dan telah banyak kenyataan rasmi daripada pihak Universiti telah keluar mengatakan tiada sijil atau apa-apa anugerah telah dikeluarkan kepada orang bernama Azizan Osman. 
Artikal ini bukan untuk mengutuk beliau atau apa, tetapi Numi sendiri sebagai orang biasa yang kagum dengan penulisan, penyampain seminar dan menjadikan beliau sebagai satu idola memang rasa kecewa. Kecewa dengan kepalsuan yang ditabur oleh beliau. Ya! Numi memang sangat meminati beliau daripada jauh. Buku, CD, Video Youtube, semuanya Numi baca dan lihat. Bahkan, selepas kes ini, Numi masih lagi baca dan ikuti video motivasi beliau. 
Nak tahu tak kenapa? Walaupun hati Numi kecewa, tetapi apa yang disampaikan oleh beliau kepada pengusaha adalah suntikan semangat untuk terus berjaya. Walaupun sekarang tengah HOT tentang kepalsuan sijil beliau, tetapi setiap motivasi yang beliau sampaikan mampu untuk mengubah seseorang menjadi lebih baik. Daripada seseorang yang LOST tentang kehidupan, sekarang sudahpun menjumpai jalan yang LURUS. 
Orang yang menghentam beliau, mungkin tidak pernah baca atau ikuti seminar-seminar online yang pernah beliau adakan, itulah sebabnya BANYAK lagi cerita tak elok keluar berbanding cerita elok. Numi sekarang nak ubahkan hati daripada terus kecewa tentang kesahihan sijil beliau kepada keyakinan. Walaupun dengan tidak ada title Dr dipakngkal nama beliau, bagi Numi Azizan Osman tetap akan menjadi Speaker Usahawan No. 1 di Malaysia
Bukti kejayaan dah pun terbukti, jadi kenapa perlu sangkal lagi. Biarkan mereka dengan drama sijil mereka, kita cedok ilmu yang berguna, dan aplikasikan dalam kehidupan. Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang jauh-jauh. 
Tolong jangan judge seseorang yang minat Azizan Osman sebagai Konco-konco / Balaci yang menjilat bontot dia, sebab Numi bukan! Walaupun hati kecewa, ilmu yang baik tetap kita ambik...
Salam sayang, 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe