Makan Cheese Naan Terbaik Di RSMY

12:36 PG


Bismillah dan Assalamua'laikum semua!

Jom ikut Numi dan rakan-rakan makan Cheese Naan Terbaik dan paling sedap di KL. Nak tahu dekat mana? Semestinya RSMY House of Real Briyani Jalan Medan Tuanku. 


Kepada orang -orang utara, Sabah dan Sarawak, korang kalau nak rasa Cheese Naan dari RSMY ni tau. Bukan hanya Briyani dia sedap, tapi paling TOP dekat sini ialah Cheese Naan dia lah! Melelehhhhh. 

Nak tau leleh dia banyak mana? haaaaaaaaa. tengok gambar bawah ni ea..  


Tarik Panjangggggggg tuuu

Food Review kali ni merupakan food review besar-besar pertama yang Numi anjurkan bersama RSMY. Bersyukur sangat ramai rakan blogger yang sporting dan mahu turut sama bersama Numi untuk food review ini.. Dulu, Numi pernah jugak makan RSMY ni, kebetulan I dengan Ayue memang lalu ke Jalan Medan Tuanku tu, terus singgah sekejap ke sini. Masa tu, dapat merasa Yummy Naan Cheese dan Garlic Naan Cheese je.. itupun kami dah macam ape dah.. Memang excited giler!

Dan kebetulan semasa weeding Yaya & Shawn bulan lepas,  kami duduk semeja dengan ONWER RSMY ni, dan beliau pun ajak lah blogger2 datang untuk food review.. wah! Numi apa lagilah.. seronok..!Jom tengok bawah ni apa yang rakan-rakan blogger ni order. 




Penuh meja bila dekat nak lima belas rakan blogger datang dengan keluarga mereka sekali.. haaa!  tengok, bukan hanya Cheese Naan je tau, Nasi Briyani, Kari daging, Ganesh, Air Jus Oren Jumbo pun ada!!!


 Ini yang special punya.. Nasi Briyani Udang.. Serious udang ni pedas yang amat.. Set ini lengkap macam nasi briyani biasa tu,cuma yang berbeza lauk utamanya.

 Nasi Briyani kambing. Daging kambing yang besar giler.. Nasi pun sedap!
 Ini Kari Sapi. Kuah kari yang pekat dan bahagian daging sapi ni serious besar! Isinya pula lembut. Kalau makan ni gerenti puas hati..

 Inilah Ganesh. Boleh dimakan bersama Cheese Naan tau. Isi ayam dihancur dan diletak dalam satu kuah ni. Numi x pasti lah kuah ape, tapi kan, SERIOUS SEDAP! Kami order sampai tiga kali kot,

Ayam Tandoori. Kalau tak tahu ni, kena cuba tau. Ayam dibakar dalam bekas macam pasu besar tu. Isi ayam yang lembut, dan bila cecah dengan sos hijau tu rasanya pasti boleh teringat dalam mimpi tau!!


Sekali sekala makan Cheese Naan memang boleh lah, kalau hari-hari nak makan, mau tinggi kolestrol nanti.. haha.. Tapi takpe, lengkapkan menu dengan air jus oren jumbo tu kalau korang datang berdua tau.. Serious besar giler!! Jus tu RM10, Harga Yummy Cheese Naan (extra cheese) hanya RM12+  je tau.. 
So budget untuk makan berdua di RSMY ni RM35+ jer.. 


Numi amat berpuas hati dengan portion makanan dan harga di RSMY. Dengan portion makanan yang banyak dan harga pun berpatutan, tiada apa yang nak Numi komplenkan sangat. Tambahan pula, servis layanan pun cepat. Yang paling puas hati semestinya CHEESEEEEEEEEEE... Banyak giler!

******

PROMOSI


Raikan Birthday anda di RSMY dan dapatkan 50% DISKAUN didalam satu resit. 

*****

Akhir sekali, selfie bersama rakan blogger.. Terima kasih korang hadir untuk food review ini.. Harap korang puas hati ea,, :)

Untuk maklumat lanjut, korang boleh follow @RSMYOFFICIAL tau. 
\Kite dah follow dah.. ;)



Salam sayang,

post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe