Konvoi Kembara Felcra bersama Media

11:42 PG

Konvoi Kembara Felcra bersama Media  


Bismillah & Assalamua’alaikum



Kepada pengikut Numi di akaun Instagram, mesti korang dah perasan beberapa post Instagram Numi di Lumut, Perak pada minggu lepas. Haa, untuk yang tak follow Numi tu, meh Numi cerita sedikit aktiviti Numi sepanjang berada di Lumut, Perak haritu ea..



Numi dan beberapa rakan blogger yang lain telah dijemput untuk menyertai Konvoi Kembara Felcra bersama Media bersempena Ulangtahun Felcra ke 50 Tahun Jubli Emas. Konvoi ini bermula di Kuala Lumpur dan terus ke Lumut Perak bagi meraikan Perlancaran 50 tahun Felcra di Perkampungan Felcra Lekir, Perak. Konvoi ini disertai oleh lima puluh buah kereta yang yang terdiri daripada rakan-rakan media dan bloggers terkenal di Malaysia. Antara yang turut serta dalam konvoi ini adalah, TV3, TV Al-Hijrah, dan Sinar Harian. Rakan-rakan blogger terkenal yang turut serta adalah; Halim Brothers, Ayue Idris, Misz Ella, Neyra dan banyak lagi. Kepada yang tak tahu, ini adalah konvoi pertama Numi tau. Agak teruja dengan Konvoi kali ini dan ditemani oleh my bff, Ayue Idris. Kiranya ini adalah Mini Gateaway ke-2 Numi dan Ayue la! hehe


Perjalanan ke Felcra Lekir, Lumut ini mengambil masa lima jam. Almaklumlah, berkonvoikan. Tapi yang bestnya, kami diiringi marshal Motosikal berkuasa tinggi yang amat cekap. Kalau ikutkan kami, Waze sahajalah penemannya. Kami tiba di Felcra Lekir pada pukul tiga petang, dan disambut dengan sangat meriah oleh orang-orang Felcra. Siap ada Khemah yang dihias cantik tau! Hebat orang Felcra ini. Kami dijamu dengan pelbagai buah-buahan tempatan dan dihidangkan dengan makanan ala-ala kampong yang sangat menyelerakan. Bukan itu sahaja, setiah ahli media diberi Ole-ole tiga kilo ikan bilis! Banyak gilaa..!


Di Felcra Lekir, kami diberi pengenalan serba sedikit bagaimana Felcra membangunkan kawasan Felcra Lekir ini. Sepanjang 50 tahun penduduk bersama-sama Felcra, banyak pembaharuan yang telahpun dicapai. Antaranya pembinaan rumah yang teratur, Masjid yang besar, Pam Minyak, kedai-kedai serbaneka, dan Sekolah. Bukan itu sahaja, terdapat pembangunan perumahan untuk Generasi kedua pun ada. Ini Numi akan kupas lagi nanti yer.

Apa yang boleh Numi rangkumkan adalah, Felcra banyak membantu penduduk kampong Felcra Lekir untuk terus berjaya dan berwawasan. Misi utama mereka adalah untuk mempunyai anak-anak yang graduasi dari Universiti dan memperoleh pekerjaan yang membanggakan ibu bapa.
Habis sahaja ucapan dari wakil penduduk, para media dijemput untuk menjelajahi kampong Felcra Lekir dengan Trektor Berhias. Pengalaman menaikki trektor ini hanya dapat dirasai kalau kita berada di kampong yer. Kalau dekat KL takdenya nak naik trektor bagai. Kawasan kampong ini sungguh aman, teratur dan cantik. Tambahan dengan adanya kemudahan asa seperti stesen minyak, koperasi, perpustakaan dan Pusat IT ini menambahkan lagi nilai-nilai keharmonian dalam sesebuah kampong.
Usai menjelajah kampong, pastinya ada gambar kenangan bersama-sama warga kampong Felcra.

Seterusnya, kami ke Swiss Garden Damai Laut Resort untuk check-in dan berehat. Tapi Numi dan Ayue tak mahu lepaskan peluang untuk berjalan di pantai sambil melihat matahari terbenam. Ya Allah, cantik sungguh suasana di pantai Damai Laut ini. Kalau datang dengan pasangan mesti romantic gila weh! Jom lihat beberapa gambar comel Numi dan Ayue disini.







Selepas puas berjalan dipersisir pantai, kami terus balik kebilik untuk mandi dan berehat sebelum ke Makan Malam Bersama Dato Bung Mohtar di Grand Ball Room. Majlis makan malam ini adalah bagi meraikan para media yang datang ke Lumut sambil-sambil bernetworking antara satu dengan lain. Kami duduk di meja hadapan dan bersama dengan dua orang ahli media dari Karangkraf. Encik hafiz dan Encik Fauzi. Ramah betul orangnya.


Majlis ini tersangatlah sempoinya tau. Pakaian rasmi pada malam itu adalah baju t-shirt merah. Tapi Numi dengan Ayue bantai pakai baju dress cantik. Ahahahha. Kiranya, kami antara yang paling menyerlah la malam tu. Haha. Aktiviti makan malam itu diserikan dengan pertandingan Kareoke dan cabutan bertuah. Dan Lucky Charm Numi & Ayue ini sentiasa menjadi . Di meja kami sahaja, 2 orang telah menang hadiah cabutan bertuah! Nak tahu siapa pemenangnya?


Numi dan Hafiz! Hahahah. Syukur2. Numi menang Coffee maker, Hafiz menang Slow Cooker.

Tapi yang paling bertuah menang cabutan bertuah pada malam itu adalah akak dari Media Prima yang Menang TV LCD 42 inc dan Blogger terkenal, Rafzan Tomomi yang menang Juara Kareoke & Cabutan Bertuah! Memang bertuah lah budak ni.


Diakhir majlis makan malam itu, kami diberi lagi saguhati kami kain sutera daripada Jakel. Tidur malam tu memang senyum je lah sampai pagi. Heheh


Pada jam 6.30 pagi, para media telahpun memulankan perjalanan ke Persimpangan Perak untuk lawatan ke Felcra Plantation Service dan bendang padi. Ini pertama kali Numi ke kilang padi dan rasa ingin tahu itu kuat. Kalau sebelum ini, masa belajar di Universiti dulu Numi banyak masuk ke kilang Kelapa Sawit dan Petronas sahaja. Tapi kali ini, para media diajak untuk masuk ke bendang dan lihat bagaimana racun serangga ditabur menggunakan ELA COPTER.
Apa ELA Copter ni?


Ia merupakan sejenis helicopter kecil yang mampu untuk terbang sekitar empat jam. Fungsi utama ELA copter adalah menyembur racun serangga di kawasan bendang dengan sekali semburan. Ia mampu terbang minima serendah 2 meter dari tanah dan semburan tepat pada sawah padi. Agak mengkagumkan juga tau. Kiranya Felcra menggunakan peralatan yang canggih bagi penanaman padi ini sehinggalah pemprocessan padi ke beras. Semuanya menggunakan mesin yang berkualiti tinggi.
Selesai demo Ela Copter itu, Numi terpaksa balik ke kereta untuk temankan Ayue. Dia demam haritu, dan memang dah tak larat dah nak jalan masuk bendang. Tapi, dari jauh Numi lihat rakan-rakan blogger yang lain sudahpun masuk ke bendang. Walawey, bermain dengan lumpur tuuu. Tapi mereka menaiki jentera padi yang mampu untuk menanam padi dengan cepatnya. Numi dengan Ayue hanya mampu lihat dari jauh jer.

Usai ke bendang, kami terus gerak ke lokasi seterusnya iaitu lawatan ke Dataran Koperasi Peserta-peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd. Disini, kami disambut meriah oleh ahli-ahli Felcra dan staff-staff koperasi. Sedikit sebanyak tentang Koperasi Rancangan Felcra Seberang Perak Bhd ini, objektif utama adalah untuk Menyatukan dan Menggabungkan Elemen-elemen Social dan Ekonomi yang dimiliki oleh peserta-peserta Felcra untuk mencapai matlamat pembangunan secara global dari segi fizikal dan spiritual.

Catatan 30 tahun Koperasi ini bermula dengan anggota seramai 315 orang dan mempunyai sham sebanyak RM35,000.00. mereka bermula dengan perniagaan kedai runcit, dan terus berkembangkan perniagaan dalam bidang kontraktor secara kecil-kecilan dan membangunkan Mini Filing Station Jenama Esso. Pada tahun 2002, keahlian bertambah dan kini anggota sebanyak 1832 orang dan Saham terkumpul adalah sebanyak RM4 juta.

Selesai taklimat, kami dijamu lagi dengan makanan traditional orang Perak. 


Untuk pengetahuan, koperasi ini telahpun banyak memenangi anugerah dan yang terbaru adalah Anugerah Koperasi Terbaik KKLW 2014 & 2015 yang dianugerahkan pada 16 Mei 2016 oleh YBHG. Dato’ Azizan Bin Mohamad Sidin, Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah.

Dari pemerhatian Numi, Koperasi Seberang Perak Bdh ini menag sangat membangun dan terancang. Memang wajar jika mereka dipilih sebagai pemenang anugerah koperasi pada setiap tahun.
Seterusnya, kami ke Perumahan Generasi Kedua, dimana kami dibawa ke kawasan pembinaan rumah untuk anak-anak Felcra. Untuk pengetahuan semua, rumah yang dibina untuk Generasi kedua ini sangat luas dan harga jauh lebih rendah daripada kawasan lain. Harga rumah adalah sekita RM60 ribu ke RM100 ribu dan pembeli boleh memilih jenis-jenis rumah yang disukai. Fasa satu sudahpun siap dan dibuka untuk jualan, dan Fasa 2 bakal siap pada awal 2017. Syarat pembelian rumah ini adalah mereka harusnya anak kepada peserta Felcra, memiliki gaji bulanan tidak melebihi RM4 ribu, dan ini adalah rumah pertama mereka.




Kami sangat teruja melihat setiap satu rumah contoh ini, kerana keluasan rumah ini sangat besar! Kalau di KL tak dapat rumah sebesar ini dengan harga RM100 ribu tau. Tapi, orang KL yang ingin membeli rumah disini boleh. Dengan syarat kena berkahwin dengan anak peserta Felcra dan duduk menetap disitu. Heheh.. Selamat mencuba! 

Selesai melawat rumah-rumah contoh, kami pekena Ais Krim Malaysia sebatang. Heheh


Lokasi terakhir kami sebelum bersurai adalah di Dataran Dewan Seberang Perak untuk majlis makan tengahhari. Kami disambut sangat meriah bagaikan raja! Siap ada kompang lagi tau.. Sangat terharu dengan layanan orang-orang Felcra ini. Makan pun di meja VVIP dan makanan memang first Class! Kami dijamu dengan pelbagai lauk yang menyelerakan, antaranya Ikan Patin Masak Tempoyak, Udang Masak Lemak, Ayam Panggang Percik, Ikan bakar, Ulam-ulaman, Ikan Masin goreng, dan banyak lagi. Numi dah lupa sebab tak ambik semua lauk tu kan.. Kami juga diserikan dengan persembahan tarian daripada anak-anak peserta Felcra yang belajar di Kolej Awam dan persembahan badut.

Sebelum bertolak balik ke Kuala Lumpur, kami diberi lagi cenderahati berupa hamper makanan daripada CEO Felcra sebagai tanda penghargaan kepada pihak media.

Rangkuman keseluruhan pengalaman Numi sepanjang Kembara Felcra bersama media ini adalah;
Felcra sangat membantu ekonomi peserta-peserta kampong ini dengan member mereka peluang bekerja dan juga mengembangkan socio-ekonomi mereka. Dengan adanya bantuan daripada Felcra, para peserta yang dahulunya tidak mempunyai apa-apa, sekarang sudahpun mampu bangga dengan hasil usaha mereka bercucuk tanam bersama Felcra dahulu. Oleh itu, tanah dan kawasan di Perak haruslah dikekalkan sebagai kawasan pertanian agar penduduk boleh maju terus kehadapan dan sentiasa mendapat hasil dari tanaman mereka. Numi harap kerajaan akan kekalkan tapak pertanian di Perak dan dapat menyokong mereka untuk sentiasa maju.

Sampai disini sahaja perkongsian pengalaman sepanjang berada di Perak.Banyak kenangan manis Numi dan Ayue sepanjang kembara ini.  Numi harap dimasa akan datang, Numi berpeluang lagi menyertai Kembara Media ke negeri lain. Amiin..



Numi sampai di KL sekitar jam 6 petang dan balik dengan tangan penuh. Senyum lebar sepanjang jalan. Terima kasih HaiBlogger! dan Felcra untuk anjuran Kembara kali ini,. 

Assalamua’laikum  

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe