Dominos Pizza Memperkenalkan The Fabulous Four

4:37 PTG

 Bismillah & Assalamua’alaikum Semua..

Kepada peminat pizza, pasti semuanya pernah makan di Dominos Pizza kan? 

Dominos Pizza merupakan pizza kegemaran Numi dan akan menjadi pilihan pertama bila en somi kita nak tawar makan Pizza. Hehehe.. Baru-baru ini, Dominos Pizza telahpun mengeluarkan produk makanan baharu mereka yang diberi nama Fabulous Four. Wah! Dengar nama pun dah teruja. Belum lagi korang rasa apa dalamnya tau! Haaaaaaaaaa, dah tak sabar nak tahu apa Fabulous Four tu? Jom baca entry ini sampai habis okey ;)


Fabulous Four adalah gabungan empat menu hidangan side order yang digabungkan didalam satu kotak. Selepas menikmati pizza, maka tak lengkap rasanya dengan hidangan side order. Didalam Fabulous Four, terdapat empat menu hidangan side order iaitu : The Roasted Chicken Drummets,  Best-selling bread; Domino’s Mozzarella Stix, Hidangan kegemaran ramai; Garlic Onion Rings, dan hidangan yang meningkat naik; Domino’s Mini Cinnadots. Menggabungkan keistimewaan didalam setiap hidangan menjadikan Faboulous Four.



Pada hari food review di Domino Pizza minggu lepas, Numi dan hubby datang bersama-sama beberapa lagi rakan blogger yang lain, dan juga Food Blogger terkenal : MahaMahu. Rasa teruja nak makan pizza disamping bersama orang yang tersayang ni lain macam tau. Numi nak sangat Benn rasa makan Domino Pizza ini beramai-ramai. Selalunya Numi je yang makan  pizza, hubby tak minat sangat. Tapi bila dapat peluang makan beramai-ramai ni rasa terujanya melebihi paras kepala. Hahah. Walaupun lokasi food review kami ni agak jauh. Demi pizza, aku sanggup datang tau.


 

Antara pizza yang dihidangkan kepada kami adalah Sambal Spicy ; kegemaran semua orang , Classified Chicken ; My favourite!, Tropical Sambal Prawn, Flaming Tuna dan banyak lagi. Size pizza pun besar-besar semuanya… Kaki-kaki pizza memang akan puaslah makan pizza bila mana hamper kesemua hidangan pizza dibagi. Fabulous Four juga dihidangkan kepada kami, sebagai pelengkap hidangan.




Didalam empat pilihan Fabulos Four tu, yang menjadi kegemaran Numi adalah The Roasted Chicken Drummets dan Domino’s Mozzarella Sticx. Rasa ayam roasted yang juicy dan empuk dan Mozzarella Stickx yang padat dengan cheese. Dua-dua ni kena makan time panas-panas tau. Kalau dah sejuk, nanti lemau. Fabulous Four ini sesuai dimakan selapas menikmati pizza atau semasa menikmati pizza kerama didalamnya lengkap dengan hidangan sebagai pemanis mulut dan hidangan antara menikmati pizza.


Okey, cuba korang teka harga untuk satu kotak Fabulous Four ni? Rm40? Rm30? Haaaaa, untuk masa yang terhad ini, harga Fabulous Four ini hanya RM19.90 sahaja. Korang boleh dapatkan di semua cawangan Domino Pizza seluruh Malaysia.


Numi balik dengan hati yang riang dan perut yang kenyang. Terima kasih Domino Pizza atas jemputan kali ini. Numi harap lepas ini akan dapat jemputan dari Domino Pizza lagi yer.



Untuk maklumat lanjut, sila layari : www.dominos.com.my

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe