Program CSR Asianic bersama Reen Rahim

2:54 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua!

Mungkin ramai anak-anak kita atau adik-adik kita bersekolah dengan mewahnya sekarang. Syukur Alhamdulillah. Tetapi ramai yang tak tahu, sebenarnya di KL ni, masih ramai lagi kanak-kanak yang tak mampu ke sekolah biasa. Oleh itu, tertubuhnyalah Sekolah Jalinan Bimbingan Kasih yang menyediakan pembelajaran PERCUMA kepada adik-asik yang kurang berkemampuan ini. 
Oleh hal yang demikian, banyak agency-agency NGO dan syarikat-syarikat Bumiputra yang mahu menyumbang kembali pendapatan mereka kepada sekolah ini, termasuklah Syarikat WONDERLAND PRIMARY SDN BHD. Numi baru-baru ini turut berpeluang bersama-sama dengan rakan blogger lain meraikan adik-adik Sekolah Jalinan Bimbingan Kasih. 
Seramai 164 orang adik-adik yang kurang berkemampuan ini mendapat bantuan daripada Asianic dan mereka juga mendapat duit raya daripada Pengarah Urusan Asianic; Puan Leny Adam. Didalam majlis tersebut, Duta Asianic; Reen Rahim juga turun padang bagi meraikan adik-adik kita ni. Untung dorang ni, kecik-kecik dah jumpa artis. 


Jom tengok video ini : 


Numi sangat tersentuh dengan keupayaan adik-adik ini menyanyi, mengaji dan memberanikan diri untuk tampil kehadapan. Tak semua tau yang berani kedepan. Bukan itu sahaja, mereka turut diraikan oleh badut /clown bagi memeriahkan lagi majlis ini.  



Program CSR Asianic bersama Reen Rahim ini sangat memberi impak positif kepada adik-adik dan keinsafan buat diri Numi. Kita sebagai orang biasa ni pun banyak merungutkan, kerana hal-hal kecik masa dekat sekolah dulu. Kasut nak kasut baru setiap tahun, baju sekolah lagi. Tetapi adik-adik ini sekolah menggunakan pakaian bebas je tau! Semuanya mereka pakai dengan Ala-Kadar. 

Nilai-nila murni yang harus kita pelajari daripada adik-adik ini adalah:

Kesabaran
Redha
Usaha
Kurangkan sikap merungut
Bersyukur


Terima Kasih Asianic atas anjuran program ini, Semoga banyak lagi program-program amal dilakukan di Malaysia dan harapan Numi agar adik-adik kita kekal berjaya dunia akhirat.

Sedikit sebanyak tentang Wonderland Primary Sdn Bhd : 

Wonderland Primary Sdn Bhd mengetengahkan jenama Halal dibawah jenama Asianic yang
telah dikilangkan oleh kumpulan syarikat yang berstatus ISO, disahkan memiliki sijil Halal
dan Good manufacturing Practice - GMP (Praktis Penghasilan Produk Berstandard).
Matlamat syarikat adalah untuk menjadi syarikat yang bersaing maju dalam mengeluarkan
produk yang bermutu tinggi dan standing dengan produk antarabangsa selain menjadi
syarikat yang kompetitif dan inovatif di Malaysia.

Untuk info lebih lanjut tentang Asianic, sila layari : 
www.wonderlandprimary.com

Salam sayang.


post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe