Product Review : Produk Baru daripada Kate Tokyo | Sharp Lock Pencil, Eyeshadow, Eyebrow & Mousse BB

1:29 PTG

Bismillah & Assalamua'alaikum semua. Eyeliner memainkan peranan untuk menampakkan mata galak atau kuyu pada seseorang wanita. Numi akui, kalau Numi tak pakai eyeliner, mata nampak sangat layu dan tak bermaya. Oleh itu, kalau Numi tak memakai eyeliner, Numi akan buat bayangan eyeshadow yang seakan-akan eyeliner bagi menampakkan mata tu hidup dan bermaya. 
Baru-baru, berlansungnya perlancarang Sharp Lock Slim Gel Pencil Baharu daripada Kate Tokyo. Korang mesti kenalkan Brand Kate Tokyo ni.. Mereka merupakan jenama kosmetik no. 1 di Jepun tau! dan telah pun berada dalam pasaran Malaysia semenjak 1998. Lama dah okey.. sejak Numi sekolah tadika lagi. heheh. 
Baiklah, Sharp Lock Slim Gel Pencil ini merupakan antara produk baru daripad Kate Tokya dimana pencil eyeliner yang sangat nipis : 1.5mm ! Dengan warna eyeliner yang lebih pekat dan gelap dan  waterproof nya itu menjadikan eyeliner ini sangat AWESOME!! Numi sendiri dah pun mencuba dan sangat-sangat impress dengan kehebatan eyeliner ini.. 

Dengan hujung pensil yang nipis, Numi mampu melukis didalam tightline tau.. Selalunya payah nak lukis eyeliner dekat situ.. tetapi sekarang tak lagi.. heheh
Pada perlancaran itu, bukan sahaja eyeliner tau. Terdapat banyak lagi produk baru yang turut dikeluarkan, antaranya :
 
Lasting Eyebrow Pencil with Powder


Forming Edge Eyeshadow Palatte




Mousse BB by Kate Tokyo

Ini merupakan antara produk baru daripada Kate Tokyo dan telah pun berada dalam pasaran sekarang. Numi dah pun mencuba kesemua produk ini dan inilah hasilnyaaaa.. 


Review Naomie :


Untuk eyebrow pensil dan powder tu, Numi sangat gemar memakainya bilamana Numi perlu cepat untuk bersiap. Dengan adanya pensil tajam tu, Numi boleh senang melukis line eyebrow dan isikan eyebrow menggunakan powder disebalahnya pula. Sangat effekif dan cepat. 

 Eyeshadow Palette pula, warna yang sangat pekat, dan terang. 3 warna yang berbeza membolehkan Numi menghasilkan bentuk mata hazel. 

Dan Mousse BB yang sangat nipis tetapi mampu untuk menutup cela-cela di wajah. Ingatan! Korang kena pakai jari tau untuk ambik BB Mousse tu, sebab BB mousse ni memang sangat pekat. Hanya sapuan nipis sahaja diperlukan. Jimat dan effektif. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari :

 
 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe