Product Review : Lacelle Diamond Daily

8:00 PG

Bismillah, Assalamua'alaikum. Anda Penggemar Kanta Lekap? Pernah cuba Lacelle Jewel by Bausch & Lomb? Haaa, kalau belum, takpeee.. Numi nak kongsi dekat korang yang penggemar kanta lekap ni produk baru Bausch + Lomb : Lacelle Diamond Daily Lens. 


Numi baru-baru ini menghadiri perlancaran media Lacelle Diamond Daily Lens di Royale Hotel The Curve. Numi nak lihat sendiri ape yang menariknya Lens baru mereka ni. Kalau dulu, Lacelle mengeluarkan lens bulanan yang bernama Lacelle Jewel yang mampu bertahan selama 3 bulan. 


Untuk perlancaran kali ini, Numi diberi kesempatan untuk mencuba sendiri lens ini tau. takpe, kejap lagi Numi tunjuk ea. Oh, semasa perlancaran tersebut, kami turut mendengar pengalaman Insta Famous, Blogger dan Miss Universe Malaysia memakai lens Lacelle Diamond ni. Semua mereka amat sukakan Lens Lacelle ni tau, walaupun berlainan warna kegemaran. 

Bersama Miss Universe Mss Kiran Jassal, Blogger Terkenal Karen Kho, Beauty and Lifestyle blogger Naomie Licouz, PersonaliVenice Min, Fitness Diva, Nana Halik dan Blogger and Youtuber terkenal Jane Chuck.
\
Oh yer, lupa nak bagitahu Lacelle Diamond tampil dalam tiga warna mengikut personaliti dan style masing-masing. Nak tahu, baca sini : 

Dalam tiga warna ni kan, warna mana yang korang suka? Aqua Glaiser? Champagne Brown atau Pink Rose? Kalau Numi, Numi lebih sukakan Aqua Glaiser, kerana bila memakainya Numi akan tampil segar sepanjang hari. heheh. kan.. 

Lacelle Diamond Daily boleh didapati di semua kedai-kedai optik utama di seluruh negara. Ia dijual pada harga RM42 sekotak untuk 10 keping dan RM110 sekotak untuk 30 keping. 

Dan ini adalah wajah Numi selepas memakai Lacelle Diamond Daily ea.. :




 Amacam? Segak bergaya tak? hehehe..
Jangan jelouse yer.. Cepat dapatkan segera Lacelle Diamond Daily ni.
Jimat, Selamat, dan dijamin Halal.

Untuk Maklumat Lanjut, sila layari,
https://www.facebook.com/lacellemy/

Salam sayang.. 


post signature

You Might Also Like

2 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe