Pengalaman Royale Cleopatra Facial

2:01 PTG

Bismillah
Assalamua’alaikum semua!

Wajah yang cantik memang idaman setiap wanita. Ianya merupakan asset yang amat penting bagi wanita kerana wajah yang anggun dan menawan mampu membuat wanita tampil berkeyakinan dan berani. Bagi sesetengah wanita, masalah kulit wajah yang kusam, gemuk dan berjerawat adalah satu masalah BESAR yang mampu menggugat kredibiliti wanita tersebut. Termasuklah juga Numi. Apabila kulit wajah Numi Nampak kusam dan dagu Numi nampak sangat tebal, mulalah Numi risau. Mana taknya, selepas Hari Raya haritu, makan tak berhenti. Maka mulalah muka nampak gemuk, bulat dan tak glowing. Oleh itu, Numi mengambil keputusan untuk mencari alternative lain untuk memperbaikki sturktur kulit wajah, agar kembali cantik. Maka bermulalah pencarian Facial Numi di Google…. Dalam jutaan facial yang Numi jumpa, Numi tertarik dengan Royale Cleopatra Facial daripada Slimming Sanctuary. Nak tahu pengalaman Numi sepanjang menjalani Royale Cleopatra Facial, jom baca lagi.


Hari appointment Numi di Slimming Sanctuary ialah hari Isnin. Excited punya pasal, Numi datang awal ye. Jam 10.30 pagi dan terpacak depan kedai dorang. Hahah. Numi book slot belah  pagi di Slimming Sanctuary The Gardens. Sesampai je di sana, Numi disambut dengan mesranya oleh Penyambut Tetamu mereka, dan dihidangkan teh halia. Selesai minum dan sesi register, Numi dibawa ke bilik  menunggu sementara bilik treatment disediakan. Selepas itu, Numi dibawa ke bilik VIP untuk salin pakaian. Almaklumlah, Numi pakai baju kurung haritu. Eh! Walaupun hanya buat facial, tetap juga kena salin pakaian tau. Taknaklah baju ronyok nantikannn!! Oh! Bercakap tentang bilik VIP tu, BESAR, SELESA DAN RASA MACAM RATU SEHARI tau… heheh. Siap ada bathtub lagi.. Kalau nak mandi berendam pun boleh.

Minum Teh Halia Dulu.

Bilik VIP yang sangat besar dan luas. 
Okey, cukuplah bercakap tentang bilik VIP, Numi sambung tentang Royale Cleopatra Facial pulak. Mesti Korang dah boleh imaginekan bagaimana rupanya. Tapi imaginasi korang tu salah! Sebab apa, facial treatment ini bukan hanya menggunakan Gold Mask, tetapi banyak lagi step sebelum meletak Gold Mask tu ke wajah tau.. Nak tahu, sila sambung baca lagi….


Sebelum Numi memulakan cerita tentang langkah-langkah facial treatment Royale Cleopatra Facial, Senior Trainer yang bertanggungjawab untuk menjalanakan treatment ini ialah si cantik Miss Jessy. Miss Jessy sangat ramah dan beliau bercerita setiap langkah didalam facial treatment ini dengan sangat detail. Kalau tak, memang tak delah Numi nak cerita ni kan.. Untuk Royale Cleopatra Facial, terdapat DUA PULUH (20) Langkah tau! Tempoh facial adalah selama satu jam lima puluh minit.

Treatment dimulakan dengan


1. Anti Stress Scalp Massage.


Sebagai permulaan, anti stress Scalp Massage ini adalah untuk menghilangkan segala beban yang ada di bahu, kepala dan badan. Urutan ringan disertakan dengan minyak aromatheraphy menenangkan Numi. Bila hati dah tenang, baru boleh mulakan facial!


2. Remove makeup


Bagi mereka yang datang dengan Makeup tebal macam Numi ni, langkah ini sangat penting. Ini adalah untuk membuang makeup bagi memudahkan sesi facial.

3. Double Cleanse


Langkah ini adalah untuk memastikan kulit wajah betul-betul bersih sebelum sesi facial dimulakan. Bila kulit wajah dan bersih, barulah Miss Jessy tahu apa masalah kulit Numi yang sebenarnya.

4. Skin Analysis


Haaa, bila kulit wajah bebas daripada makeup, maka nampkalah segala cela-cela, jerawat, lemak tepu dan segalanyalah. Bila wajah sudahpun di analisa, beautician akan tahu dimana yang patut diutamakan..

5.Exfoliation


Exfoliation bermaksud pengelupasan. Untuk step ini, Miss Jessy akan membuang segala sel-sel kulit mati diwajah dengan menggunakan krim gel yang mampu membuang segala sel-sel kulit mati. Gel yang sejuk ini sangat baik untuk kulit. Haaa!, jangan ingat bila pengelupasan je kulit akan rasa panas dan terbakar.


6.Cold or Hot Steam


Selepas membuang segala sel-sel kulit mati, wap sejuk/panas digunakan untuk membesarkan pores wajah bagi memudahkan pengeluaran black and white heads.

7. Light Extraction / Brow Trimming


Bila pores wajah dah pun terbuka, maka sesi membuang black and white heads pun senang. Bagi korang yang tak ada masalah ini, korang boleh tukar kepada brow trimming/ atur bulu kening. Boleh pilih okey girls.


8. Optional : High Frequency (On Pimple Area)


Langkah seterusnya adalah optional ye. Bagi korang yang ada masalah jerawat batu, kaedah High Frequency ini akan membantu mematikan jerawat dengan laser. Bagi yang tiada masalah jerawat, langkah ini boleh diskip.


9.Lymphatic Drainage Face Massage  

Miss Jessy membuat urutan Lymphatic Drainage Massage. 

Langkah seterusnya adalah SWISS Lymphatic Drainage Face Technique, dimana teknok ini hanya terdapat di Slimming Sanctuary sahaja. Teknik ini digunakan untuk mengeluarkan sega;a toksin dan lebihan air didalam badan. Menggunakan Essence Khas untuk urutan ini, ianya lebih menfokuskan node-node lymphatic di wajah bagi menaikkan wajah agar nampak V-shape dan memutihkan kulit. Numi sangat teruja bila Miss Jessy membuat urutan ini diwajah, kerana wajah Numi seakan ditarik-tarik keatas dan membuatkan double chin Numi kurang!

10. Pure Oxygen Infusion machine with HA Serum+

HA Serum + dan O2 Machine

Selepas itu, bagi memastikan kulit anjal , HA Serum + (non-invasive medical grade serum) disapu di kulit wajah dengan bantuan Pure Oxygen yang dimasukkan terus di wajah Numi. Miss Jessy menggunakan Mesin Khas untuk langkah ini bagi memasukkan Oxygen terus kedasar kulit wajah.

11. Relaxing Shoulder Massage


Selepas memasukkan HA Serum + kedasar kulit, Numi diberi Urutan bahu sementara menunggu HA Serum itu larut masuk. Ahhh! Urutan yang sedap membuai-buai minda yang tengah kacau..

12. Sapuan HA Serum+kali ke-2


HA Serum+ disapu untuk kali kedua sebelum Royale Cleopatra Mask diletakkan diwajah.

13. Apply Royale Cleopatra Mask

Sapuan Royale Cleopatra Facial Mask keatas kulit wajah. 

HA Serum+, Miss Jessy terus menyapu Royal Cleopatra Mask ke wajah Numi. Dimulakan di belah mata, dahi, hidung dan diikuti pipi dan dagu. Sapuan Royal Cleopatra Mask ini sangat sejuk dan tebal. Masa ni, Numi tak boleh bercakap, ataupun senyum tau. Memang betul-betul buat wajah static. Heheh.. Kalau rasa nak bersin tu, bersabarlah ye..

14. Point Massage on mask


Pada 10 minit pertama, Miss Jessie membuat point Massage keatas mask. Miss Jessy menekan point-point diwajah bagi memastikan nutrient serap terus kedalam kulit.

15. Lymphatic Drainage Scalp Massage


Seterusnya, urutan Lymphatic Drainage keatas kulit kepala. Miss Jessy mencari node-node Lymphatic di kulit kepala dan buat urutan secara membulat. Lega sangat! 3 hari tanpa migrane.

16,17,18,19 (Skin Care, Apply HA Serum+, Moisturizing & Sun Block)



Selepas 15 minit, Miss Jessy membuka Royale Cleopatra Mask dari kulit wajah Numi. Buka je mask, Kulit rasa sangat lembap dan anjal. Numi boleh rasa Kulit Numi lain selepas applikasi Royale Cleopatra Mask tu tau! Sebelum balik, Miss Jessy sempat menyapu Skin Care, HA Serum+, Krim Pelembap dan Sun Block keatas kulit wajah. Barulah nampak kulit wajah bersinar!

20. Good Bye Touch


Tak lengkap rasanya kalau tak diakhiri dengan urutan bahu yang sedap.. Tangan Miss Jessy memang TERBAIK!  Overall Numi rasa sangat  sangat  berpuas hati dengan Royale Cleopatra Facial daripada Slimming Sanctuary. Sesi yang mengambil masa selama 2 jam ini sangat memberi kesan yang BAGUS keatas kulit wajah Numi.


Haaa! Nak tahu kesan nya selepas tiga hari? Baca entri seterusnya.. 

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe