Nude Glam Makeup by Physician Formula

12:33 PTG

Bismillah & Assalamua'alaikum. Nude Makeup memang antara trend makeup yang paling top sekarang. Lagi-lagi kita ni orang Asia kan. Memandangkan cuaca di Malaysia ni yang panas dan terik, pemakaian makeup tebal dan colorful sangat tidak digalakkan. Even, Numi sendiri pun lebih selesa memakai foundation nipis dan eyeshadow earth tone untuk sekarang ni. Itu pendapat Numi lah kan.. 
Baiklah, baru-baru ni Numi telahpun menghadiri Physician Formula Pre-Launch Makeup Workshop by Watson. Kepada yang tak kenal jenama Physician Formula; Ini merupakan Syarikat Kosmetik daripada Amerika. Mereka telahpun berada di pasaran Malaysia semenjak awal tahun 2016 dan semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna kerana keberkesanan formula didalam setiap kosmetik mereka. Numi pun sangat teruja tau bila dapat menghadiri Makeup Workshop dorang ni. Dapat main makeup.. heheheh
Dalam Makeup Workshop ini, kami diperkenalkan dengan produk baharu daripada Physician Formula : Nude Glam Range


Shimmer Strips Custom Eye Enhancing Makeup Shadow & Liner Nude Collection | RM63.50


Pallete yang menjadi tumpuan kami adalah Shimmer Strip untuk Wajah dan Mata. Ini adalah pallete yang Wajib ada untuk  setiap wanita. Inovasi yang unggul ini dilengkapi dengan dua belas warna Nude yang sesuai untuk dipakai oleh setiap wanita.

Ciri-ciri utama Shimmer Strip All-in-1 Custom Nude Palette ini adalah :
  •           Warna yang ditawarkan adalah warna Multi-tasking, dimana warna itu sesuai untuk mata dan wajah.
  •           Ia juga boleh digunakan secara blending atau satu-satu warna sahaja.
  •           Warna yang tahan lama.
  •           Boleh digunakan secara kering atau basah.
  •           Setiap Palette mengandungi arahan yang jelas untuk mendapatkan Nude Makeup yang diinginkan.
  •           Boleh digunakan sebagai Eye Shadow, Highlighter, Blusher, atau Eyeliner.


Semasa Makeup Workshop  tersebut, kami diajar menggunakan Nude Makeup Palette ini bagi menghasilakan Makeup Asia dan Makeup Amerika.  Bagi Numi, dua-dua jenis makeup ini menghasilkan effect yang berbeza. Pada pengamatan Numi, Makeup Asia lebih Natural dan nipis berbanding dengan Makeup Amerika. Foundation yang dipakai juga lebih nipis berbanding makeup Amerika yang lebih mementingkan full coverage.  Dengan hanya menggunakan Nude Makeup Palette ini, hasil untuk kedua-dua jenis makeup ini sangat sempurna!


Shimmer Strips Custom Eye Enhancing Makeup Shadow & Liner Nude Collection | RM63.50

Seperti yang kita sedia maklum, makeup Amerika lebih menggemarkan highlighter yang terang, dan nyata. Tetapi bagi menghasilkan makeup mata Nude, warna yang digunakan lebih kepada rona coklat. Oleh itu, palette  Classic Natural sangat sesuai untuk menghasilkan makeup Amerika. Bagi makeup Asia, Palette Warm Classic amat sesuai untuk kulit Asia, rona warna pink dan biru lebih serasi untuk kulit gadis asia. Tambahan Palette Natural Classic boleh digunakan sebagai blusher, highlighter dan juga contour muka yang effektif.



Numi sendiri dah pun cuba Glam Nude Palette daripada Physician Formula ni, dan Numi sangat-sangat menggemarinya.. jep nak show off sikit skill makeup kite eh.. 

So amacam? berbaloi masuk Makeup Workshop Physician Formula kalau dapat Makeup cantik macam ni.. Ahakz.. Puji diri sendiri pulak.. hehehe. ape-ape pun, kalau korang nak dapatkan kosmetik Physician Formula, boleh dapatkan di Watsons sekarang.. 

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Watsons & Physician Formula, Sila Layari : 


Oh yer, yang tak join Giveaway Yankee Candle tu, cepat2 la join ye.. Sila ke link ini : 

Salam Sayang.. 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe