Rezeki Menang Pakej Umrah Bersama Gaviscon Malaysia

11:56 PG

Bismillah

Assalamua'alaikum semua! 

OMG! Numi memang tak sangka yang Numi terpilih sebagai PEMENANG UTAMA untuk contest Raya Gaviscon Malaysia. Siapa sangka, gambar yang Numi ambik pada raya tahun ini terpilih menjadi gambar menarik dan dapat menang Pakej Umrah tajaan Gaviscon. 

Sujud Syukur kepada Allah.. 

Dulu masa salah seorang rakan blogger Numi menang pakej umrah, Numi punyalah gembira.. itu kawan yang pergi tau. Ini, diri sendiri yang pergi. Mau tak meloncat kegembiraan Numi!!!
Hadiah ini merupakan hadiah kedua terbesar Numi dapat sepanjang hidup Numi, dan Numi nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Pihak Gaviscon Malaysia untuk hadiah yang tak ternilai ini. Semoga lepas ini, rezeki Numi dan suami akan terus berpanjangan. 


Impian Numi untuk sampai ke Tanah Suci dah menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Numi doakan, semoga impian rakan-rakan untuk pergi ke tanah suci pun jadi kenyataan. 

Amin.. 

Terakhir sekali, Numi nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua rakan-rakan facebook yang banyak memberi ucapan tahniah. Maaf andainya ada komen Numi tak sempat nak reply yer. ;)

Salam sayang
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe