Ikan Patin masak Tempoyak sedap kini Di KL dan Selangor

11:06 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua. 
Hurm, malam-malam nikan, ape topic yang menarik Numi nak share dengan korang? haaa! pastinya food review. Baru-baru ini, Numi telahpun di ajak untuk merasa keenakkan Ikan Patin masak Tempoyak di salah sebuah restoran yang terkenal dengan hidangan ikan patin masa tempoyaknya. Siapa tak pernah dengar Restoran Temerloh Catering yang popular di Temerloh dan Shah Alam tu.. 
Kepada yang tak kenal, meh sambung baca dan mohon terliur dengan semua gambar makanan nanti. heheh. Restoran Temerloh Catering merupakan restoran yang berasal dari Temerloh, Pahang. Negeri Pahan sinonim dengan hidangan ikan patin masak tempoyak mereka dan mereka cukup-cukup bangga dengan menu masakan tersebut. Oleh kerana permintaan yang banyak di sana, pihak Temerloh catering telahpun meluasan cawangan mereka di Selangor. 
Haaah! sekarang ikan patin masak tempoyak asli dah ada di kawasan Shah Alam, seksyen 15, Wangsa Maju, Belakang Wangsa Walk Mall, dan Bandar Baru Bangi. Jadi korang tak perlulah drive all the way from KL to Temerloh untuk makan ikan patin masak tempoyak sedap. ye dok?
heheh..
Jom, kita terokai ape menu istimewa yang terdapat di Temerloh Catering ini: 
Semestinya Ikan Sungai atau Ikan air tawar yang didatangi segar dari Temerloh. Terdapat banyak lagi ikan air sungai yang di tawarkan; seperti ikan Talapia, Ikan Seluang, Ikan Kerai, Baung dan banyak lagi. Semuanya datang dari Temerloh tau. Untuk signature Temerloh Catering, semestinya Ikan Patin dia. Tapi, itu sat lagi Numi cerita lebih lanjut yer. 
Konsep Temerloh Catering adalah konsep layan diri. Maksudnya, dari mencedok nasi sampai pemilihan lauk, semuanya layan diri. Air minuman je kena order dengan pelayan. Jadi, disini terdapat meja buffet dan korang kena bayar ikut ape yang korang makan jer. 



Antara menu lauk yang TOP disini adalah, Ikan Kerai masak lemak, kerai goreng, Tapia Goreng, Ayam kampung goreng, Ikan pari masak asam pedas, Kerai masak asam pedas dan banyak lagi lah.  Kalau nak sebut ni, mau 3 page tak habis ni.






Selain daripada itu, terdapat lauk rare yang Numi jarang jumpa orang buat tau, Telor masak lemak. haaaa! dekat sini je Numi first time jumpa. Tak lupa, ulam-ulam melayu, pucuk manis, daun gajus, timun dan banyak lagi. Di pekenakan dengan sambal ulam dan tempoyak yang boleh buat angau. walllah! memang balik hidu tangan je lah lepas tu. heheh



Haa! lauk sampingan pun ada tau, Ikan kembung masak cili padi, Kari  Ayam kampung dan Masak kicap, daging masak opor dan bawal masak sambal. urmmm, Numi teringin nak makan daging masak opor tu, tapi tak kesampaian dek leka dengan Ikan patin tu. haha






Baiklah, ape yang membuatkan Ikan Patin ni sedap sebenarnya? Jujur, Numi sebenarnya dilarang memakan ikan patin. menurut nenek Numi, keluarga kami pantang makan ikan patin. Tapi sejak Numi dah Hybrid ni, makan terlanjur suka pulak dengan Ikan Patin masak Tempoyak ni. Haah! yang membuatkan ikan ptin tu sedap adalah lemak bawah badan dia tu. Betul tak? Lemak ikan patin bukan main banyak lagi tau dibawah badan dia tu, lagi-lagi ikan patin yang dah berusia satu tahun keatas.

Terdapat tiga jenis Ikan patin yang dihidangkan oleh pihak Temerloh Catering :
  •   Ikan Patin Buah : RM29 seketul
  •   Ikan Patin Sangkar : RM12 seketul
  •   Ikan Patin Mas : RM22 seketul
Yang menjadi kegilaan Patiners adalah Ikan patin Buah, dan sangat mendapat permintaan yang banyak daripada pelanggan. Selain itu, harga ikan air sungai lain adalah : 
  •     Ikan Baung : RM18
  •     Ikan Kerai : RM12 / 100gm
  •     Ikan Jelawat : RM12 / 100gm
  •     Ikan Talapia : RM10 seekor
  •     Ikan Lampam : RM4 - RM8 seekor






Menu air special yang ditawarkan Temerloh Catering adalah ABC Special, ABC yang padat dengan Isi dan dilenkapi juga dengan ais krim dan biskut roll coklat. My kind of drink. heheh. Oh! hampir lupa dengan tapai pulut yang comel ni. Sungguh manis dan enak rasanya. Dibungkus didalam daun pokok getah, nampak comel je di tangan.



Ikan Kerang Goreng

Ikan Lampam Goreng

Ikan patin Masak Tempoyak
 Antara rakan blogger yang turut hadir untuk food review. :)
 

Jom makan, Bismillah
 Belanja normal untuk seorang makan hanya mencecah lima belas ke dua puluh ringgit sahaja. Dan tang terakhir sekali adalah pencuci mulut ala Kerabat Di Raja yer : Puding Raja. Manis sangat. Waktu operasi Normal Temerloh Catering adalah jam 10 pagi hingga 8 malam.  Untuk bulan puasa pula, waktu operasi akan bertukar ke : 3 petang hingga 9 malam.



Bersama Isteri branch  Manager. :) terima kasih sudi jemput kami 

Berikut adalah cawangan-cawangan Restoren Temerloh Catering sekitar Selangor dan Kuala Lumpur :
  • Wangsa Maju. Dibuka setiap hari kecuali Jumaat

03-4141 5044
35-G, Kedai D’Wangsa,
Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur
  • Bandar Baru Bangi (*Sebelah Bank Islam) :

Dibuka setiap hari kecuali Jumaat
4 & 6, Jalan 8 / 36, Seksyen 8,
Bandar Baru Bangi, Bandar, Selangor
010-206 9590 
  • Shah Alam: Dibuka setiap hari
Business Hour: 8.30 pagi sehingga 6 petang
2, Jalan Pahat J 15/J, Seksyen 15,
40000 Shah Alam, Selangor
03-5523 2972

Ikuti Facebook Temerloh Catering untuk info lanjut : 
FACEBOOK: Restoran Temerloh Wangsa Walk, KL
FACEBOOK:  Restoran Temerloh Catering, Bangi
post signature

You Might Also Like

3 Orang Positif

  1. sedapnya patin masak tempoyak, my feveret..nanti boleh cari dekat b. bangi..

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe