Bloggers Baking Challenge | Twinster Raisins Cookies

12:54 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum ladies. 
Harini Numi nak share dengan korang, my experience at a Blogger Baking Challange. Haaaa, mungkin ada yang dah tengok video Baking Challange tu di Youtube, tetapi kepada yang belum, korang boleh tengok di sidebar blog ni yer. 
Baiklah, ini merupakan kali pertama tau Numi masuk pertandingan memasak ni. Terima kasih kepada my babe, Ayue Idiris kerana menjemput Numi jadi partner dia, dan juga California Raisins kerana menganjurkan Pertandingan ini. Tahun lepas pun mereka ada buat juga pertandingan memasak tau, tetapi tahun ini lebih kepada BAKING CHALLENGE. Jadi tak de lah bermain dengan ayam atau daging. heheh.
Sedikit sebanyak tentang California Raisins ini. Jenama California Raisins memang cukup terkenal dengan kismis mereka. Terdapat pelbagai jenis kismis yang telah dikeluarkan, antara yang fames adalah : Sun-Maid Raisins. Seperti yang kita sedia maklum, banyak khasiat yang terdapat didalam kismis. antaranya : 

1. menguatkan daya ingatan
2. mengubati penyakit lupa
3. mencerdaskan minda
4. memutuskan balgham
5. membersihkan hati
6. mencerahkan mata






Itu antara khasiat yang di perolehi dalam kismis. Dan menjelang hari raya ni, banyaklah mak mak buat kuih muih yang mengunakan kismis sebagai bahan utama, sebagai contoh, kek kismis, biskut kismis, roti berasaskan kismis dan nasi minyak berkismis. Wah! cukup banyak kegunaan kismis ni rupanya. Jadi, jom ikut Numi dan Ayue masuk bertanding masak dengan California Raisins: 


So, me and  Ayue have to think, what do we want to bake for this challenge. The first think that came to our mind was cookies. hahahah. It's a simple raisins biscuits. And my babe really did a great job on it. wanna know the recipe, let's check it out. 
Twinster Raisin Cookies : 
1. Tepung gandum
2. California raisins
3. Gula kastard
4. Kacang Badam dibakar dan dikisar
5. White and Dark Chocolate (for decorations and layering)
6. Butter
Cara membuat :
  • Pukul butter dan gula kastard, sehingga rata dan halus.
  • masukkan tepung sedikit demi sedikit.
  • Masukkan kacang dan kismis.
  • Adun adunan sehingga rata dan pastikan boleh dibentuk. Pilih corak yang anda suka dan petakkan. 
  • Sudah selesai memetak, masukkan dalam oven : 150 darjah selama 15 minit. 
  • Dalam pada itu, cairkan white chocolate dan dark chocolate dengan teknik double boiling
  • masukkan dalam plastik bag untuk layering. 
  • sesudah biskut masak, layerkan dengan white chocolate antara dua biskut. 
  • susun diatas pinggan yang sudahpun berdekorasi dengan dark chocolate.
  • Siap!!
Masa yang diberi untuk menyiapkan satu jam. haa! memang cukup-cukup je tau nak buat adunan dan bakar dan dekorasi lagi. heheh, kalau nak tengok kiteorang di dapur, jom tengok v-log ini : 



Seusai buat bsikut di dapur, tibalah masa untuk para juri memberi markah. masa ni, memang paling manakutkan tau! Yelah, juri yang dihadapan kami bukan calang-calang orang. semuanya FOOD TESTER dan CHEFS terhebat di KL. mahu tak cuak. Okey, kalau korang pernah tengok Master Chefs tu kan, masa juri makan hidangan dan bagi komen, macam tu lah kami di soal dan diberi markah. heheh.

Tapiiiiii, masa prize giving ceremony, kiteroang macam tak sangka boleh menang. haahahaha. Syukur Alhamdulillah. Lepas ni, boleh sangatlah join pertandingan memasak lagi dan semestinya bersama my Babe Ayue Idris yang POWER memasak. heheh. Kami menang Lima Ratus Cash dan goodie bag California Raisins.

Thank you California Raisins, dan kepada korang, INGAT KISMIS INGAT CALIFORNIA RAISINS.



Salam sayang, 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe