Idea untuk Ulangtahun Ke Dua Perkahwinan

9:42 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum 
Pejam celik pejam celik, dah masuk tahun ke dua, Numi dan Benn berkahwin. Oh, yer. Bagi yang tak tahu lagi Numi ni wife orang, Numi sebenarnya dah kahwin yer. Numi tak cerita sangat tentang personal life dalam blog dulu, sebab kekangan masa kan. 
Pada 1Jun nanti, genaplah 2 tahun perkahwinan kami. Bila recap balik anniversary 1st kami dulu, aku cuma hadiahkan Benn Minion Limited Edition dan dia hadiahkan seutas Jam tangan Casio biru. Kalau compare harga memang Numi kalah la kan. Tapi bagi Numi, murah atau mahal satu hadiah tu tak penting. Asalkan keihklasan memberi tu kena ada. 
Untuk anniversary ke dua kami tahun ini, Numi plan nak hadiahkan husband Numi sebuah kek. Tapi nak buat kek apa? hurmmm, pening jugak nak fikir ni. Takpe2, itu lain hari fikir. Sebabnya, sepanjang kami berkahwin, Numi boleh ingat 2 bijik kek je yang kami pernah makan. My birthday kek dan kek kawin adik dia. hahah. 
Benn bukanlah seorang yang fancy benda manis manis ni. Agak cerewet orang nya, tapi itu yang buat kita sayang dia tau. Sebab cerewet tu lah dia tak bagi Numi masak di rumah. tak nak wife dia susah2 katanya. hahah, tapi sebenarnya Numi masak tak sedap. huhuhu. 

Tapikan, ingat lagi masa time2 couple dulu, bukan main lagi makan ayam masak kicap yang Numi masak untuk dia buat bekal tau. hahaha, tapi sekarang, makan kena ugut dulu, baru nak makan. BTW, Numi pun susah nak bermasak kalau barang dapur tak cukup. Bukan maksudnya yang asas tu tak de, tapi segala sos yang buat satu masakan tu sedap tu tak de.. Sebab itu lah time couple dulu masak sedap, segala sos semuanya ada. Al-maklumlah duduk rumah sewa dengan member, jadi macam-macam sos ada. 
Tapi, bila dah duduk berdua, Numi satu sos, Benn, xda sos. sebab dia x makan sos, Numi pulak, tak makan kicap hidup. hahha.. Jadi,plan nak buat candle light dinner dengan dia 'CANCEL'!!!
Anyways, Numi ada plan nak ajak Benn pegi vacation. hurmmmm, still KIV plan ni, sebab benn tak pernah ada hari untuk dia cuti berehat. Ada, but still jawab call clients. huhuu. Kalau boleh rasa nak fly pergi Krabi ke, Hat Nyai ke, Jakarta ke, China ker. Phuket ker. baru puas hatiku.. huhuhu
So, disini Numi boleh katakan ada satu idea yang boleh Numi buat, iaitu buat kek, dan satu lagi idea, Kena arrange masa dan budget. Hurmmm, #dilemaseoranghousewifeyangnaksurprisekanhusbandnya.
Anyways, Numi harap korang doakan semoga hubungan antara Numi dan Suami akan berkekalan dan bahagia hingga akhir hayat.
Numi dah nak akhiri entry kali ni, esok Numi update lagi yer. 
Salam sayang. 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe