[FASHION] Mara In Fashion (MiF) Runway 2016

6:24 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum love.
Baru-baru ini, Numi dan beberapa rakan blogger telah menghadiri Mara In Fashion (MiF) runway yang diadalkan  di The Grand Ballroom, Premiere Hotel, Jalan TAR, KL. 
Untuk maklumat korang MiF di adakan bagi mengetengahkan bakat-bakat pengiat seni fashion muda untuk berkarya serta menzahirkan rekaan atau produk yang mempunyai identiti tersendiri di pasaran tempatan dan antarabangsa,
Seramai 20 peserta pereka muda yang telah di pilih, tetapi hanya 17 pereka sahaja yang berjaya ke peringkat akhir dan memperagakan fesyen rekaan mereka sempena program yang dianjurkan. 
Mari Numi kongsikan antara koleksi yang menarik di MiF: 




Bagi Numi, fesyen yand diketengahkan oleh para perserta kebanyakkannya berkonsepkan Moden Kontemperori dan ianya sesuai dengan gaya para wanita sekarang yang nak nampak caktik dan anggun. Gabungan warna yang menarik juga memainkan peranan bagi menaikkan lagi busana yang dikenakan.

Ini adalahan contoh pakaian Office Wear.  Wanita kini lebih selesa mengenakan seluar slack atau palazzo di pejabat. Tak kurang juga dengan warna merah mampu menarik perhatian sesiapa yang memandang. 

Seterusnya adalah koleksi dari orang Sabah. Bertemakan mutiara dan batu Sworwaski, Mardhiyah Hijab memang antara koleksi yang cantik. Walaupun rekaannya ringkas, tetapi busana dam shawl yang digayakan menampakkan seseorang itu anggun dan elegen.




Terdapat banyak lagi rekaan pada belah petangnya, tetapi Numi tak sempat nak menghadiri sesi petang. Jadi, sebelum Numi menutup tirai entry kali ini, Numi nak ucapkan tahniah kepada semua peserta dan harap MiF ini akan terus ada bagi menyokong pengiat seni fesyen untuk terus maju ke hadapan.

Numi sendiri pun baru sahaja memulakan langkah dalam bidang fesyen ini, Untuk melihat koleksi tudung Numi sila ke : http://naomieclumsy8.wix.com/nurmikamy

Salam sayang .

  
post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe