X-men Apocalyps Movie Review

4:34 PTG

Bismillah

Assalamua'alaikum


Movie Review time! Mesti ramai dah tertunggu-tunggu kemunculan sequel X-men: Apocalyps kan. Selepas 2 tahun menunggu, akhirnya X-men kini kembali dengan movie terbaru. Numi memang FANATIK dengan X-men series ye, sejak dari kecik lagi memang selalu tengok kartun X-men, dan bila diadaptasikan menjadi real life movie, keterujaan itu semakin berganda-ganda!!

Oleh itu, Numi dan suami berpeluang menonton X-men Apocalyps Premiere Screening di GSC Pavilion.. Jemputan ini adalah daripada Watsons Malaysia, (tqsm Watsons) dan ini adalah bagi meraikan VIP Watsons yang banyak menyokong mereka. Numi pun salah seorang VIP Watsons yang bertuah tau. heheheh.. 

Bukan itu sahaja, sebelum menonton wayang, para jemputan VIP juga berpeluang memenangi penerbangan ke Australia tau! Tapi dengan syaratlah, kena main game dahulu. hahah. Game ini memang mencabar tau, bukan 1 round ajer, ada banyak round. Dan setiap round mencabar peserta untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan Watsons dan X-men. Dan di round yang terakhir, peserta dikehendaki memakai topi Merchandise X-men dan membawa Berus gigi Watsons untuk dimasukkan kedalam botol. OMG!!!! Yang menang tu komfom MUTANS la kan. hehehehe

Baiklah, selesai game upacara cabutan bertuah pulak. heeee, pemenang kali ini dapat memenangi HELMET MAGNETO!! yang dibawa khas daripada LONDON okey! memang Watsons tahu cara untuk spoil kan VIP mereka.. hahahah

Dah habis pemberian hadiah semua, tibalah masa untuk menonton MOVIE. 
Nak Numi jadi Spoiler untuk korang?

haaaaaaaaa, takmo.. Tapi Numi boleh bagi ulasan sikit lah. 

ULASAN NUMI :

Apocalyps hidup semula  dan merekrut tenteranya, 3 orang. STORM, PSYLOCKE, ANGEL DAN MAGNETO. kebolehan Apocalyps adalah dia mampu memberi kuasa full ultimate kepada setiap MUTANS yang mahu bekerja dengannya. rancangan Apocalyps adalah untuk memusnahkan Bumi dan membuat kembali Bumi yang baru, jadi itu memang evil plan dia lah. sementara itum, Magneto pada awalnya memang dah berubah jadi orang yang baik, sebabnya dia mahu bersembunyi daripada buruan polis. Magneto dah hidup aman dah dengan family nya, tetapi rancangan untuk bersembunyi itu gagal, bila satu hari salah seorang dari rakan sekerjanya tahu dia adalah Magneto dan membuat report kepada pihak polis. Pihak polis cuba untuk menangkap Magneto, tetapi... ada sesuatu yang terjadi masa scene ni, korang kena tengok okey.. 

Raven aka Mystique cuba menyelamatkan rakan mutants dengan membebaskan mereka daripada penyalahgunaan. Dan dia bertemu dengan Nightcrawler. Dan Raven tahu apa yang terjadi dengan magneto dan cuba memberitahu Profesor X tentang ini. 

Dan disitulah bermulanya perjalan cerita ini.. Ada banyak lagi sebenarnya, tetapi kalau Numi cerita nanti tak syok untuk korang tengok. 

Rating :
5/5 star!!!

Serious BEST!!!!!!

Wajib tengok. 

Salam Sayang. 
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe