5 Sebab Kenapa Mesti beli Tudung Royale Orchid

11:55 PG

Bismillah

Assalamua'alaikum

Tudung! Ramai dah sekarang ni orang jual tudung. Banyak sangat jenama dan label. Tapi apa yang membedakan tudung A dan tudung B. Haaaaa, pastilah bukan hanya kualitinya, ada banyak jugak aspek yang kita kene telitikan dalam membeli tudung. Macam nak beli kereta jugakla kan. hehe

Baiklah, harini Numi nak share sebab-sebab kenapa korang kena beli tudung Royale Orchid ini. 
.
Sedikit background story tentang Royale Orchid : Royale Orchid, jenama tudung premium terbaharu kini muncul di pasaran dengan menawarkan keunikan tersendiri berbanding pelbagai tudung dan skaf yang sedia ada.Diinspirasikan oleh pengasasnya Encik Rosix Omar yang berpengalaman selama enam tahun dalam lapangan fesyen tanah air menerusi jenama Wanpa dan Naelofar Abaya sebelum ini, Royale Orchid adalah tudung yang lahir daripada idea dan impian untuk menghidangkan kelainan buat para muslimah. Encik Rosix yang kini menetap di Sydney, Australia kembali ke tanah air dengan Royale Orchid yang menjanjikan pilihan dan kelainan kepada para pemakai tudung.
Keistimewaan Tudung Royale Orchid : 
  1. Diinspirasikan dengan bunga orchid, dan menghasilkan warna-warna yang cantik. Sekilas mengenai jenama Royale Orchid, ia menjadi pilihan sebagai perlambangan kepada bunga orkid yang mempunyai kelopak berbeza daripada bunga-bunga yang lain, sekaligus membuatkan orkid menonjol, unik dan jarang ditemui. Orkid juga sejenis bunga yang sensitif, lembut, cantik dan simbol kemewahan ketika era Victoria kerana ia sukar ditemui dan mempunyai ciri-ciri eksotik. Keagungan dan kehebatan orkid terus kekal sehingga kini dan diperakui sebagai simbolik pada kecantikan, keindahan, kekuatan, kepintaran dan kasih sayang seorang wanita. Justeru itu, ciri-ciri berkenaan berpadanan dan setara dengan konsep Royale Orchid yang menampilkan tudung yang menyerlahkan lagi kecantikan dan nilai eksklusif si pemakai.
  2. Royale Orchid dihasilkan daripada fabrik jenis sutera satin kerana ketahanan dan bersesuaian dengan iklim di Malaysia. Malah, fabrik jenis ini juga mudah untuk digayakan mengikut cara dan pilihan si pemakai. Bagi yang tidak bertudung pula, Royale Orchid juga boleh digayakan sebagai skaf, headband atau apa saja gaya mengikut selera masing-masing
  3. Size tudung yang besar : 1.8m X 0.7m, boleh menutup dada sipemakai. 
  4. Tudung Pertama yang didatangkan dengan CHARM. Sangat UNIK!Identiti tersendiri Royale Orchid yang julung kalinya menampilkan rekaan tudung berserta loket menawan dan berkilau digantungkan pada penjuru tudung menjadikan ia tampak sofistikated dan elegan. Loket itu juga mudah dicabut dan ditukar ganti mengikut pilihan pemakai.
  5. Didatangkan dalam empat koleksi yang berlainan iaitu Laelia (dua ton), Cattleya (dua warna), Miltonia (tiga warna) dan Alcra (bercetak), tudung Royale Orchid ini terserlah pada gabungan warna yang unik dan menarik, sesuai untuk pemakaian pada siang hari, majlis rasmi atau berlibur pada waktu malam.

Mari lihat antara koleksi dari Royale Orchid. 





Dah rambang mata tengok koleksi Royale Orchid? Dan dah aim nak beli yang mana? heheh
kalau dah, jom beli di laman web rasmi mereka : www.starporium.com.

Dah beli tu, jangan lupa ootd sikit ye. Sebelum Numi mengakhiri post ini, Numi pun nak share ootd dengan Shawl RO ni :


Salam sayang,



post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe