Wangian EDT Baharu Enchanteur, Magique yang memukau

2:04 PTG

Bismillah

Assalamua’alaikum semua!


Siapa peminat tegar ENCHANTEUR di sini? Mesti ramaikan. Numi juga merupakan salah seorang pengguna minyak wangi ENCHANTEUR tau. Bauan nya yang segar dan mempesonakan itu, boleh menambah konfiden level seseroang tau. Selain itu, kita juga akan mudah mengingati sesorang dengan hanya menghidu baunya sahaja. Menurut mirror.co.uk, manusia boleh mengingati dan mengenalpasti kembali sesuatu bau dengan 65% ketepatan walaupun selepas setahun manakala tahap memori visual mereka pula hanya sekitar 50% ketepatan selepas 3 bulan sahaja. Maka tak hairanlah, kalau wanita yang wangi akan mudah mendapat perhatian jejaka berbanding mereka yang tidak memakai apa-apa wangian.

Oleh itu, ENCHANTEUR baru-baru ini melancarkan wangian baharu Edisi terhad EDT Magique, yang merupakan gabungan bauan daripada tiga wangian sebelum ini iaitu : Belle Amour, Adore, dan  Mon Amie. Berinspirasikan dengan keindahan Kota Paris, wangian ini dicipta khas untuk setiap wanita muda, romantic dan elegan. Wangian baharu Magique adalah kombinasi sempurna pesona romantic flora dan buah-buahan manis yang membangkitkan semangat, mencetus keyakinan diri serta merealisasikan impian wanita. Maka tidak hairanlah, wangian Magique ini menjadi kegemaran Numi sejak perlancarannya tempoh hari.

Wangian yang memberikan sentuhan sofistikated Perancis ini, boleh didapati dalam:

·         ENCHANTEUR PARIS Magique Eau De Toilette (Edisi Terhad)




Nikmati pengalaman romantis kisah fantasi yang hanya dapat dicipta oleh ENCHANTEUR Paris Magique! Tidak kira untuk pergi bersiar-siar, temujanji di taman tema mahupun mencuba sesuatu yang baru dan menyeronokkan bersama-sama, wangian dengan campuran epal, magnolia dan praline yang istimewa ini dapat memikat si dia untuk sentiasa terpesona dengan personaliti anda. Wangian ini amat sesuai untuk si gadis dalam cinta yang mekar.

·         ENCHANTEUR PARIS Mon Amie Eau De Toilette

Mon Amie diinspirasikan daripada keakraban persahabatan wanita yang berkongsi isi hati dan detik istimewa bersama. Wangian ini dicipta dengan kombinasi Oren Lemon sitrus segar bersama Bergamot, epal merah, jambangan peony merah jambu, kuntuman segar bunga ros dan magnolia putih. Kombinasi haruman seleksi nota buah buahan ini pasti mengukir senyuman manis seranum rasanya dan menceriakan hari anda. Haruman ringan ini amat sesuai untuk aktiviti kasual bersama sahabat anda.

·         ENCHANTEUR PARIS Belle Amour Eau De Toilette

Menambah keindahan hubungan asmara yang membuat hati anda berdebar dan perasaan gementar. Haruman yang dicipta dengan penuh kelembutan daripada bauan epal tembikai, dilapisi bersama blackcurrant segar sebagai nota atas, disemarakkan dengan kelopak-kelopak mekar bunga ros Paris merah jambu yang menawan deria anda. Wangian ini mewakili kemekaran cinta dan asmara. Haruman menawan yang dipakai istimewa untuk cinta hati anda.

·         ENCHANTEUR PARIS Adore Eau De Toilette

Adore adalah wangian unik dengan seleksi nota haruman tersendiri yang pasti menyerlahkan aura penuh keyakinan umpama seorang selebiriti. Serlahkan pesona dengan seleksi nota jambangan segar bunga melati liar, semalu merah jambu serta kemewahan nota buah laici, mempelam, buah delima dan pir emas. Haruman yang menawan ini akan memberikan daya tarikan dan keyakinan kapada anda untuk memikat hati si dia sama seperti temujanji pertama anda dan pasangan. Haruman sensasi untuk temujanji malam yang romantis.

Wangian ENCHANTEUR PARIS Eau De Toilette dipasarkan pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) untuk botol 50ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper dan farmasi.

Semasa majlis perlancaran itu, pihak ENCHANTEUR turut mengadakan sesi perkongsian bersama Puan Josephine Lui yang merupakan President of the Association of Image Consultants International Malaysia. Beliau berkongsi mengenai pemakaian minyak wangi mengikut personaliti seseorang. Numi pun baru tahu tau, setiap wanita mempunyai lebih daripada 1 personaliti yang kita sendiri tidak tahu. Adakah kita seorang yang Berani , Menggoda, Keanak, atau seorang yang Kreatif. Jadi pemilihan minyak wangi mengikut personaliti amatlah penting tau. Sebagai contoh, kalau dirumah bersama suami, adakah korang akan menggunakan minyak wangi yang baunya teramatlah kuat ? sudah pasti tidak ! Minyak wangi yang sesuai untuk masa intimasi semestinya sesuatu yang mampu menggoda.


 Dalam rangkain ENCHANTEUR EDT pulak, pastilah Mon Amie. Korang boleh cuba yer,Belle Amour, Mon Amie dan yang terbaru, Magique. Pastikan sembur wangian 15 minit sebelum keluar dari rumah agar bau yang tinggal hanyalah bauan yang lembut di badan korang. 

Okey korang, rasanya itu je Numi kongsikan harini,
Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my dan
Facebook rasmi ENCHANTEUR www.facebook.com/EnchanteurMY 


post signature


You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe