[PRODUK REVIEW] Physiogel Hypoallergenic | Untuk kulit kering dan sensitif

10:45 PG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua. 

Kulit yang cantik adalah kulit yang tiada cacat celanya. Flawless bak kain sutera dan licin macam porcelin. Banyak cara dan kaedah sebenarnya untuk mendapatkan kulit yangt cantik. Okey, dalam banyak-banyak method tu, penggunaan produk yang tanpa kimia @ natural merupakan salah satu daripada caranya. 

Oleh itu, Numi buat pertama kalinya mencuba produk Physiogel dalam rangkaian Calming Relief. Dan Numi sendiri akan membuat 14 hari challenge untuk produk ini. Physiogel merupakan produk yang baru di Malaysia dan kami merupakan antara yang pertama mencubanya. 

Mengikut kajian yang telah dibuat oleh pakar Dermatologist, Physiogel amat disukai oleh wanita di Asia kerana ia melembapkan kulit kering, dan kulit sensitif. Biomimic Technology membebaskan masalah kulit sensitef di wajah dan mengembalikan rasa konfiden dalam diri wanita tersebut. 

Dalam rangkain ini, terdapat 3 produk dikeluarkan. Physiogel® Calming Relief Gentle Cream Cleanser, Physiogel® Calming Face Cream dan Physiogel® Calming Face Cream Rich. 

Cara Penggunaan Produk : 


1. Physiogel Calming Relief Gentle Cream Cleanser. 
Cream Cleanser yang amat lembut di kulit untuk mengelakkan iritasi. 

Cara penggunaan : 
  • Pump 1-2 produk di atas tangan. 
  • Bersihkan wajah emnggunakan cream cleanser dengan pergerakkan membulat selama 20 saat. 
  • Gunakan cotton pad untuk membuang sisa-sisa cleanser. Tidak perlu bilas.

2. Physiogel Calming Face Cream / Face Cream Rich
Digunakan untuk melembapkan kulit kering dan sensitive.

Cara penggunaan : 
  • Ratakan krim di serata wajah, lebih-lebih lagi di kawasan yang kering dan bermasalah. 
  • Untuk menganjalkan kulit, applikasikan krim dengan  urutan keatas.
  • Akhir sekali, panaskan tapak tangan dengan menggeselkan antara satu dengan lain dan lekapkan ke wajah bagi penyerapan sempurna. 
  • Ulang langkah tersebut untuk kesan yang positif. 

Okey, Numi dah tahu cara penggunaan produk inikan, jadi bermula pada 5hb lepas, Numi dah pun memulakan 14 hari challenge ini. Harini merupakan hari ke-6 penggunaanya dan so far memang nampak perbezaan kulit Numi yer. Tapi Numi akan buat full result di satu lagi entry yer. Tak nak lah bagi spoiler kat korang. 
Tunggu... tak sabar nak tengk result seterusnya.. 

Salam Sayang...



post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. I guess the good products always be the best companion, even if you're having the sensitiveness, you still can empowered your full potential and confidence level with a healthy skin.

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe