[EVENT] Pemilihan Berus Gigi yang sesuai. Start Right Brush Right Campaign by Systema

1:40 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua. 
Untuk senyuman yang menawan, pastinya kena ada barisa gigi yang cantik dan teratur. betul tak? Kalau tak ade gigi satu dekat depan tu, kalau senyum masih jugak membuat orang geli hati.. heheh. Tak ape, buat pahala bila boleh mengembirakan hati orang. 

Oleh itu, baru-baru ini Systema jenama berus gigi no.1 di Jepun telah melancarkan satu kempen terbaru mere " Start Right Brush Right. Healthy Teeth for Life". kempen ini menfokuskan cara pemilihan berus gigi dan cara yang betul untuk memberus gigi. 
 kempen ini bermula pada 22 sehingga 27 Mac di Pusat membeli belah One Utama.
tak ramai yang ambil kisah tentang pemilihan berus gigi yang betul untuk gigi. Sebab itulah, kena ada ilmu tentang gigi, apa ciri-ciri gigi kita, berus gigi apa yang sesuai untuk gigi dan juga gusi. Even Numi sendiri baru tahu tau, ciri-ciri gigi Numi, Sebab selama ini duk ingat berus gigi yang paling Ideal untuk gigi Numi yang lembut tu. Dan kadang-kadangkan, boleh je Numi tibai berus gigi yang lama tu. hahah..
But anyways, untuk mengetahui berus gigi mana yang sesuai untuk gigi ni, kenalah isi borang survey ni dulu. dah habis isi, pakar gigi Systema akan mengeshorkan pemilihan berus gigi yang betul. macam Numi, yang paling Ideal untuk Numi adalah Systema 3D Clean yang merupakan berus gigi baharu Systema.
Yang special nya berus gigi ini adalah, ia mempunyai berus yang mampu mencapai bahagian belakang gigi kita yang susah sangat nak capai tu. Selain itu, bristle yang halus di sisi nya adalah untuk menbersihkan sisi gigi yang kaya dengan plague tu. Tambahan pula, saiz kepala berus gigi juga mainkan peranan yang besar tau. mulut besau, kenelah kepala berus besau. hahah. Bristle yang halus itu adalah antara berus yang terhalus tau , 0.02 mm tapered bristles. Jangan main-main..
Antara VVIP yang turut hadir untuk melancarkan kempen tersebut adalah YB Senator Datin Paduka Chem Mei Fun, Deputy Minister of Woman, Family & Community Development, Puan Mazura bt Ngah Abdullah Manan, wakil Director General Department of Social Welface, Dr. Nedunchelian Vengu, Deputy Managing Director of Southern Lion Sdn Bhd dan banyak lagi. 
YB Senator sempat memberi ucapan semasa majlis tersebut dan beliau menyeru supaya setiap ibu-ibu mengambil kisah tentang penjagaan gigi anak-anak sejak dari kecil lagi bagi mengelakkan pelbagai penyakit gigi dan mengajar anak-anak untuk memberus gigi dengan betul dan teliti. 
Oleh itu, penjagaan gigi amatlah penting bagi kita agar kita mampu  senyum yang manis kepada masyarakat.. tak mo ada gigi rongak dekat depan tu yer.. hehe
Anda sekalian yang nak cuba berus gigi Systema? boleh dapatkan di setiap kedai runcit, dan pharmacy berdekatan anda. 
Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari www.startrightbrushright.com untuk mengetahui berus gigi ape yang sesuai untuk gigi anda.
Salam sayang,
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe