Nine Chefs Malaysia | Restoran Masakan Melayu yang Sedap

4:03 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum

Hai kawan-kawan, siapa tak pernah rasa lagi makanan di Nine Chefs Malaysia yang terletak di IOI Mall? Kalau tak pernah, jom follow Numi beFood Review di Nine Chefs Malaysia. ini



Terletak di salah sebuah shopping mall mewah di Malaysia, Nine Chefs merupakan sebuah restoran bertemakan masakan Melayu dan sangat sesuai untuk mereka yang nakkan masakan Melayu tulen. Numi sendiri tak sangka, masakan Melayu yang dihidangkan memang sangat rare daripada yang Numi pernah rasa sebelum ini.

Tapi sebelum itu, baiklah Numi kongsikan dekorasi interior Nine Chefs ini yang sangat cozy ini okey.

Lokasi : GE11, Ground Floor 



Kalau tak jumpa, sila rujuk gambar ini. Meja makan luar memang sesuai untuk mereka yang nak makan sambil ambil angin siang dan malam yer.


 Masuk pintu entrance tu, tersergam indah dekorasi ini. Simple jer, dekorasi yang simple menjadikan interior restoran tampil cozy.

Ruangan makan yang luas dan terbahagi kepada 5 bahagian. Kiri, Kanan, luar , private dan bar style. Ini adalah ruangan makan di bahagian kiri.


 Ruang makan bahagian Kanan.

 Ruang Makan bar style.


Dekorasi dinding yang mengiurkan.

Cukup untuk interior, mari Numi perkenalkan antara makanan yang Numi cuba di Nine Chefs ini.

Appetizers : 

Untuk membuka selera, Numi dan rakan blogger memilih 3 menu yang memang boleh buat anda rasa macam nak pergi terjah je Nine Chefs lepas ni okey. Rojak Buah, Ayam Goreng bersalad dan Salad Roll Udang yang Numi sendiri tak pernah try. Nak tahu rasa? Jom baca lagi..  

Fruits Rojak | Rojak Buah | RM 12.90
 Rojak buah ni agak berbeza dengan rojak buah di luar sana, sebab pitis yang digunakan tidak terlalu pekat. Cair jer, Tetapi taburan kacang tu yang membuatkan rasa rojak tu terangkat..
Deep Fried Chicken Wings Serve with House Dip | RM 14.90
 Salad bersama ayam goreng, sesuai untuk mereka yang diet. hahah. makan ni je pun dah boleh kenyang sebenarnya..
Prawn Rol Salad | 15.90
Ini memang lain dari yang lain. Sedap yang amat! Udang roll bersama salad. agak berbeza dan antara menjadi rebutan kami. hehe

Minuman : 

Apabila 5 blogger buat food review, masing2 nak try air lain2. Nah.. 5 air minuman terlajak sedap.. 

Dari kiri : Coconut Blend, 3 layered tea, Soda Herbs, Ribena Lychee,Signature Coffee Nine Chefs

 Main Course : 

Menu untuk Main Course ini semuanya berasaskan masakan Melayu. Antara yang menjadi sebutan ramai adalah : Set Nasi putih bersama Daging Salai masak lemak, dan Laksa Goreng. Perghhh, Seriously sedap siotttttttttt..
Set Nasi Putih bersama Butter  Cream Prawn | RM17.90
 Peminat Udang Butter tu, ini memang sesuai untuk korang okey. Kak Eyzamiel sampai licin makan set ini. Butter Prawn di masak sempurna dan rasa butter sampai kedalam isi.
Kerabu Fried Rice served with Deep Fried Chicken Wing and Percik Sauce | RM16.90
 Nasi goreng kerabu, siapa pernah makan? Numi tak pernah. Dan surprisely, memang sedap siot! Dengan ayam percik pulak tu.. sampai habis la I makan kan. heheh. Rasa nasi kerabu goreng tu, memang rare, Susah nak explain rasanya, korang kena try sendiri okey.
Nasi Kerabu with Ayam Percik | RM19.90
 Nasi Kerabu dengan Ayam Percik Giant! Hidangan yang lengkap untuk mereka yang sukakan masakan Kelantan/ Terengganu ni. Budu dalam mangkuk tu menambah lagi rasa masin lemak pedas nya..

Set Nasi putih bersama Daging Salai masak lemak | RM18.90

Set Nasi putih bersama daging salai masak lemak yang sangat pekat! Ayue, BBL, Sally dan Numi berebut nak habiskan daging salai masak lemak tu. fuhh! most recommended.. !! 
Nasi Lemak Combo | RM23.90
Nasi Lemak combo ini bukan nasi lemak biasa okey, terdapat 3 jenis sambal yang disediakan untuk korang dan ayam goreng GIANT (serious besar). Sambal Daging, Sambal Sotong, dan sambal Nasi Lemak tu sendiri. Dihidangkan dengan telur, keropok ikan, dan nasi lemak wangi.

Friend Laksa | Laksa Goreng  | RM 15.90
Satu ayat je Numi boleh explain menu ini. SUPERBB!! Rasa mee laksa tetapi version goreng. tanpa kuah, dengan Udang sebesar gajah tepi tuu (Ayat bombastik sangat! :P)  

Pencuci Mulut / Desserts 

Bagi melengkapkan food review kami kali ini, pencuci mulut yang mengiurkan menjadi pilihan kami berlima. Antara yang sedap adalah : Pisang Goreng Cheese + Oreo , Banana split dan Pisang Goreng bersama aiskrim. Tak lupa cendol. :p 

Cendol | RM5.90

Pisang Goreng Besama Vanilla Aiskrim | RM 12.90

Pisang goreng Cheese

Review Numi  

Bagi Numi, pengalaman makan di Nine Chefs ini memang satu pengalaman manis. Bukan sebab ini sponsor food review, tetapi rasa makanan yang susah Numi nak lupakan. Banyak menu yang mengugat iman okey bila tengok balik gambarnya. Seriously, memang sangat sedap. Untuk mereka yang nak makan bersama keluarga dan mengingkan hidangan makanan Melayu, Nine Chefs lah tempatnya. 

Infomasi tambahan : 

Untuk maklumat lanjut sila ke : 

Untuk tempahan sila hubungi : 

Masa operasi : 

Isnin -Khamis : 10am - 10pm
Jumaat - Sabtui: 10am - 11pm
Ahad : 10am - 10pm

Salam sayang,


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe