[EVENT] Hot Wheels lancarkan Track Builder System untuk menbina track mencabar!

2:10 PG

Bismillah
Assalamua’alaikum semua!


Korang! Ade tak peminat tegar HotWheels dekat sini? Haaaaaaaa! Bagi yang minat dengan mainan kereta kecil ini, mesti korang minat jugak dengan Track dia kan? Baru-baru ini, Hot Wheels telah melancarkan Hot Wheels Track Builder System , yang merupakan track terbaru dan beberapa accessories  yang baru untuk mereka yang suka berexperimentasi dengan jenis2 track.




Dengan adanya aksesori-aksesori ini,  peminat kereta Hot Wheels boleh membuat beberapa jenis track yang jauh lebih mencabar. Numi sendiri pun teruja melihat transformasi track yang biasa-biasa itu menjadi track yang luar biasa. Ye lah kan, semasaperlancaran tersebut, pihak Hot Wheels telah pun membina track yang luar biasa menggunakan perabot-perabot Ikea. Mereka memberi gambaran kepada ibu bapa dan kanak-kanak untuk membuat track –track yang mencabar seperti yang ditunjukkan itu.


Numi bukanlah penggemar kereta Hot Wheels, tapi, Numi sendiri sangat seronok melihat adik-adik yang hadir semasa perlancaran tersebut bermain dengan kereta mainan dengan track yang mencabar tersebut.




Antara Track yang boleh di gubah adalah ; Long Jump Challenge, The Criss-cross Challenge, The Vertical Challenge dan the Drop-Dwn Challenge. Ohoooi! Lidah pun berbelit nak sebut nama-nama track tu, tapi korang tak tengok lagi track-track tu. Hehe
Oh  yer! Itu membuat track-track hebat itu, Korang mesti mendapatkan Essential Asst tau. Terdapat lima jenis essential Assist ; “Spin Launch”, “Loop Launcher”, “Lift & Launch™”, “Turn Kicker” and the “2-Lane Launcher”.

Harga yang di tawarkan untuk membuat track-track ini bermula dari : RM 52. 90 untuk Essential Asst, RM 104.90 untuk Starter Kit Playset, dan RM 14.90 untuk aksesories
.
Best kan? Kalau best, dapatkan dengan segera dekat mana2 Toy's R Us, Aeon dan mana-mana gedung membeli belah di Selangor / Klang Valley tau!

sampai sini sahaja. 

Last pic! 


post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe