[REVIEW] IN2IT LIP GEL | STRAWBERRY

11:35 PTG

Bismillah

Assalamua'alaikum pretty girls.. :) 


 Bagi peminat tegar dengan lip  stain atau lip gel, korang mesti dah pernah nampak LIP GEL daripada In2It ini kan..? Bagi yang belum, meh sini Numi nak introduced dekat korang Lip Gel baharu daripada In2It ini...


As usual, Numi seperti biasa akan membeli satu lip color, tak kisah lah jenis ape dan warna ape kalau ada kelapangan wang saku dalam poket ni. Jadi kebetulan hari Numi jalan-jalan dengan hubby di Klang Center Point haritu ada sale di Guardian dan Lip Gel ini merupakan antara item yang ada sale 7 hari sempena tahun baru cina tu.. Jadi ape lagi, calit lah warna pink atau code Strawberry (warna kegemaran) ini di bibir. 

Walahweiii. comel pulak nampak nya bila dah di pakai. hehehe, (puji bibir sendiri pulak kan.. ) Ok, dekat bawah ni ada gambar sebelum dan selepas apply lip gel. 


Texture lip gel In2it memang tidak mengecewakan, sangat light dan mudah meresap ke bibir. Selain itu, boleh jugak di gunakan di pipi plum kita ni, sebagai blusher. Ala-ala Korean girls gitu.. kalau nak nampak blusher original, boleh applykan lip gel ini ke pipi yer.. heheh..

 My review :

Bagi Numi, dengan harga yang sangat murah, dalam lingkungan RM8.00++ ni memang sangat berbaloi. Lagipun lip gel ini boleh jugak di gunakan sebagai blusher dan di bibir jugak. Kalau nak jadi eye shadow pun boleh.. heheheh.. Kualiti gel yang tidak terlalu pekat dan mudah meresap tambahan warna pink terang tu memang sangat menawan hati suami Numi bila terpandang. heheh ewah-ewah...


My Rate : 

4.9/5 bintang

Dimana nak membelinya?

Boleh di dapati di semua Guardian, Watson Caring dan kedai sewaktu dengannya. 

Okey, itu sahaja untuk beauty review kali ini, Numi tinggalkan korang dengan video review In2It Lip Gel ini okey. :) 


First attempt video shooting using my new camera... Huhahah... Just bare with me guys... 󾍔󾌪Kalau nak tahu Numi membebel ape dalam video ini, jom layan...
Posted by naomielicouz.com on Friday, February 12, 2016
Salam.
LOVE
post signature

You Might Also Like

4 Orang Positif

  1. Balasan
    1. Boleh sangat cube.. Harga pun murah.. :)

      Padam
  2. Balasan
    1. Cantik kak Hani.. banyak jugak color available.. nt blh check dkt guardian.. :)

      Padam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe