[MOVIE REVIEW] Deadpool - Bahasa Melayu review

10:54 PTG

Bismillah

Assalamua'alaikum

Semalam, Numi baru je menonton movie "Deadpool". Numi dengar, ramai yang cakap cerita ni best..! Jadi untuk menilai sendiri samada movie Deadpool ni best ke idok, Numi layan lah movie ni semalam. Kebetulan tak de buat ape jugak semalam di Aeon Padang Jawa semalam. 

Sinopsis:

Movie ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang ingin mencari jalan penyelesaian untuk penyakit Cancer yang di alaminya. Jadi, dia mendapat tawaran untuk memulihkan penyakit cancer nya, tetapi dengan cara yang amat menyakit serta menyiksakan diri. Dia dipaksa menjadi MUTANTS. Untuk menjadi MUTANTS, dia terpaksa menjalani pelbagai seksaan bagi mengaktifkan sel Mutants di dalam badan. 

Sebelum dia menjadi DEADPOOL, lelaki tersebut merupakan seorang samseng yang membantu orang untuk membuat kerja2 merbahaya, seperti : memberi warning kepada Stalker dan so on, (korang akn jumpa klip ini dalam movie tersebut nanti)

Dalam pada itu, dia turut bercinta dengan seorang pelacur(tapi yang baik hati & seksi) dan mereka pun berjanji ingin berkahwin. Tetapi hasrat hati untuk berkahwin tidak kesampaian, apabila lelaki terebut disahkan mengidap Cancer tahap kritikal. Oleh itu, jalan penyelesaian nya, lelaki tersebut membuat keputusan untuk meninggalkan GF dia dan pergi berubat (cerita aku yang dekat atas tu tadi)

Jadi, korang mesti nak tau kenapa Kulit Deadpool ni sangat hodoh kan? Ini kerana, dia telah diseksa untuk mengaktifkan sel mutant dengan menyekat sumber oksigen dan menyebabkan kulit mereput dan berkedut. Tetapi, dengan procedure tersebut, sel mutant terhasil dan Deadpool kini peroleh SUPERPOWER nya sendiri. 

Korang boleh agak ape akan jadi lepas ni kan..? Deadpool hunt doctor yang menyebabkan kulitnya rosak itu satu persatu supaya doctor AJAX tu boleh menyebuhkan kulit yang rosak tersebut. 

ini dah sampai ke KLIMAX dah ni, rasanya korang memang kene tengok sendiri lah movie Deadpool ni,..Numi tak nak spoilkan ending dia..  Memang sangat kelakar dan agak kotor lah. Numi nasihatkan, jangan bawak budak2 sekolah menonton Deadpool ni tau.. ! Amaran keras.. 

Rating : 

4.8/5

Best!

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe