[EVENT] Romantic Dinner with SeetiesXO'briens for Valentine's Day

7:21 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum
Happy Valentine' day to all my friends who are celebrating it on 14th February and to my beloved cousin Deknor and An, happy 3rd anniversary on their wedding.. weehoooo.. Bulan February ni memang penuh lah dengan orang berkasih sayang ni. Selamat ye korang.. Memang love is in the air lah sekarang ni.. hehehe. 

Oh yer, Numi teringat balik dengan dinner Valentine's day dengan my partner in crime, Ayue Idris last month with SeetiesXObriens at The Curve. It suppose to be with her fiancee but unfortunately he couldn't make it. So I replace his place and we enjoyed the night with some fellow bloggers. 
Tapi sebelum meneruskan cerita Numi ini, ucapan terima kasih kepada Seeties, Obrien's Cafe dan my buddy Ayue Idris untuk jemputan exclusive ini. Tak ramai tau yang di jemput dinner Valentine's ni, hanya Ambassador Seeties sahaja yang di jemput dan Numi turut merasa bertuah kerana berada dalam kalangan Blogger2 awesome pada malam tersebut. Rasa bertuah sangat, selain dapat mengembangkan network jugak.. 
Jadi tanpa membuang masa, mari Numi perkenalkan antara Menu yang menarik untuk hidangan Valentine's ni. Korang boleh refer dekat gambar ni okey. Numi, masa dapt list menu ni rasa maca keccur lidah ni tau. Rasa nak makan semua jer.. hurmmm..!


Ini adalah starter kami, Smoked Salmon with Pesto Dressing. Numi personally memang suka Salmon, tapi bagi korang yang tak berapa minat salmon, boleh request tukar kepada Smoked Chicken breast yer. Tapi Numi memang suka kombinasi salmon dan salad yang segar ini.
 


Next, Garlic Bread with Mushroom soup. Ini memang sedap. Kalau korang nak rasa Mushroom soup yang betul-betul pekat, kene datang ke O'Briens tau.. Kalau ikutkan hati, rasa nak tambah je lagi roti bawang tu lagi. heheheh,..


Next, time for main course, Turkey slice with cheddar and Fresh avocado in Rye Bread. / Beef Pastrami with cheddar and Fresh Avocado in Rye Bread
Nama pun complicated, kan? Tapi rasanya memang korang tak pernah rasa sebelum ni tau. Inovasi baharu dari O'briens yang menggabungkan Fresh avocado paste dan di makan bersama Beef/Turkey Slices dan Rye Bread with chips, Memang rasa yang irresistible!



Numi memilih untuk merasa Turkey slice, sebab Numi kan suka ayam. Memag I'm lovin' it lah!! hehehe.


Jadi, selesai makan main course, sesi bergambar pulak. O'briens dan Seeties memang tau je bloggers ni kaki selfie dan gambar, jadi mereka sediakan props untuk kami guna. heheh. Oh ya! pasangan suami isteri di beri peluang untuk membuat dessert tau! kali ni, lelaki kene buat dessert untuk isteri, hehe, menarik!

Ayue pun turut serta jugak dalam mission membuat dessert ni,  hehehe.. memang betul lah, budak ni memang kreatif tau!! thank you Ayue sayang. buatkan dessert untuk kite..
muah ciked!heheh

Untuk korang yang impikan Romantik Dinner ala-ala cengginih (siap love balloon and roses) bolehlah ke O'briens outlet yer. :)Tak salah rasanya untuk menikmati romantik dinner dengan orang tersayang sesekalikan. hehe, 
Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari : www.facebook.com/Obriens
pasangan Sayaiday, Islam pun ade :) makin meriah tau!
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe