Zakat Membawa Berkat

12:16 PG

Bismillah
Assalamua’alaikum semua

Bermula tahun 2016, numi akan menulis balik entri blog numi kepada bahasa Melayu. Untuk entri pertama Numi dalam bahasa melayu ini adalah bercerita tentang hikmah dan kebaikan Zakat. Sebelum ini, Numi dah pun kongsi satu gambar berkenaan BAYARAN ZAKAT ONLINE pada tahun lepas dan kali ini akan lebih memfokuskan dengan kebaikkan zakat, kepada siapa zakat ini di berikan, dan kaedah pembayaran zakat.
Seperti yang semua Umat Islam tahu, Zakat adalah salah satu Hukum Fardhu , seperti sabda 

Rasulullah s.a.w bermaksud;

“Sesungguhnya Allah telah memfardhukan zakat sebagai pembersihan terhadap harta”
Berdasarkan Hadis tersebut


1. Harta adalah satu unsur yang memerlukan pembersihan dan penyucian, kerana bagi mendapatkan dan mengembangkan harta ia sering terdedah oleh perkara-perkara yang syubhah.
2. Antara satu sebab zakat adala untuk memenuhi keperluan golongan fakir miskin, orang yang dibebani hutang dan para musafir. Ia nya juga sebagai satu jalan untuk berjihad ke jalan Allah, mengukuhkan agama dan kedaulatan Negara Islam.
3. Didalam Islam, harta sebenarkan adalah milik Allah SWT secara hakikinya dan manusia hanya ditugaskan untuk memegang harta tersebut dan juga zakat diwajibkan sebagai fungsi salah satu jaminan social dalam Islam.

Disini Numi dah pun menghuraikan maksud hadis tersebut dan sebagai Umat Islam, Wajib bagi kita mengeluarkan zakat. Antara Hikmah mengeluarkan zakat adalah:
1. Membantu orang ynag fakir dan miskin dari segi ekonomi,
2. membersihkan diri daripada sifat mazmumah, dan boleh memdidik diri agar sentiasa memberi dan bersifat pemurah.
3. sebagai tanda kesyukuran kepada kurniaan Allah kerana menikmati kekayaan dan mampu untuk mengeluarkan zakat.
4.Mencegah diri daripada timbulkan sifat kejahatan  jika mengalami kelemahan ekonomi.
5. Mendekatkan hubungan dan menghindari kesenjangan social antara yang miskin dan yang kaya.

Mungkin tidak ramai yang tahu kemana tujunya wang Zakat ini diagaihkan. Mari baca lagi untuk mengetahui 8 golongan Asnaf yang menerima zakat:

1. Asnaf Fakir
Asnaf Fakir ialah orang Islam yang tiasa harta atau pendapatan, atau ada harta atau pendapatan tetapi tidak mencapai 50 peratus daripada had kifayah dirinya dan tanggungannya.

2. Asnaf Miskin
Asnaf Miskin ialah orang Islam yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung lebih 50 peratus keperluan dirinya dan tanggunnganna tetapi masih belum mencukupi had kifayah.

3. Asnaf Amil
Amil ailah pihak yang dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIP) untuk menjalankan tugas-tugas pengurusan zakat meliputi pungutan dan agihan.

4. Asnaf Muallaf
Muallaf adalah seseorang yang baru memeluk Islam atau seseorang yang menjinakkan hatinya dalam kalangan mereka yang belum memeluk agama Islam ayau diharap dapat membela orang Islam atau yang perlu diamankan kejahatan terhadap orang Islam.

5 Asnaf Riqab
Riqab ialah orang Islam yang berhutan untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada keupayaan untuk membayarnya.

6. Asnaf Gharimin
Gharimin ialah orang Islam yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas diri dan tanggungannya atau kepentingan masyarakat dan tiada upaya untuk membayarnya.

Syarat-syarat:
  • Orang yang berhutang itu tidak mampu menjelaskan hutangnya
  • Hutang itu hendaklah dalam perkara taat yag diharuskan syarak
  • Hutang telah sampai tempoh untuk dijelaskan.


7. Asnaf Fisabilillah
Fisabilillah ialah perjuangan , usaha dan aktitviti yang bertujuan untuk menegakan dan mempertahankan agama Allah.

8. Asnaf Ibnu Sabil
Ibnu Sabil ialah orang Islam yang kehabisan belanja semasa memulakan perjalan atau dalam perjalanan yang mendatangkan manfaat serta sesuai dengan hokum Syarak dengan syarat putus bekalan dalam perjalanan:

  • Tidak dapat memanfaatkan hartanya untuk meneruskan perjalanan
  • Memerlukan kemudahan asas dalam masalah perjalanan.
  • Ditinggalkan dalam perjalanan.



Bagi menjalankan kutipan zakat ini di serata Malaysia, PPZ-MAIWP berperanan sbagai satu badan untuk mengukit zakat dari orang awam. Wang Zakat tersebut seterusnya akan disalurkan kepada pihak BaitulmalMajlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk diuruskan ke pengagihan kepada golongan Asnaf. Jumlah wajib bagi zakat adalah 2.5% daripada sebahagian harta yang kita perolehi.
Bagi memudahkan cara pembayaran zakat, kini anda boleh melayarinya hanya di hujung jari anda,

1. Bayaran melalui internet. Layari portal www.zakat.com.my

2. Dengan memuat turun aplikasi i-Zakat di Google Play dan Apps Store.

3. Di kaunter PPZ-MAIWP seperti yang berikut:
  • Wisma PPZ, Taman Shamelin
  • Bangunan Daruzzakah, Lorong Hj Hussirn 2 Kg. Bharu
  • Masjid Negara, Jalan Perdana KL
  • Wangsa Maju, Wangsa Deima 6
  • Presint 9, Putrajaya
  • Presint Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid At-Taqwa, TTDI
  • Masjid Abd Rahman b Auf, Jalan Puchong
  • Masjid Iam Al Ghazali, Kepong
  • UTC Pudu Sentral
  • Labuan Times Square


Waktu Operasi Kuanter:
  • Isnin-Khamis (8.15am-4.45pm)
  • Jumaat (8.15am-12.30 pm) (2.30pm-4.45pm)
  • Ditutup pada Sabtu Minggu pertama dan ketiga
  • UTC Pudu Sentral (8.15am-10.00pm)
  • Dibuka 7 hari seminggu pada Ramadan & Disember


4. Anda juga boleh buat pembayaran melalui perbankan Internet melalui 13 buah bank iaitu:


5. Skim Thohir
Selain itu, pembayaran zakat juga boleh dibuat melalui Potongan Cukar Berjadual (PCB) dan akan disertakna makluamat permotongan di dalam slip gaji.

6. Kaunter Zakat Van Bergerak PPZ-MAIWP.
Bagi memudahkan orang awam untuk membayar zakat, terdapan 2 buah van bergerak telah disediakan di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya. Untuk pengetahuan, mereka dipertangungjawabkan untuk bergerak di kawasan sekitar Wilayah Persekutuan zahaja dan pihak PPZ MAIWP  dan Baitulmal MAIWP bertanggungjawab sepenuhnay bagi memastikan hasil pungutan zakat akan diagihkan kepada yang layak sahaja. Syaratnya:


  • Beragama Islam
  • Warganeraga Malaysia
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan dan berpendapatan rendah


Rasanya cukup sampai disini sahaja coretan Numi. Numi harapkan artikal yang Numi kongsikan akan menjadikan kita Umat Islam yang patuh dan taat.

Untuk maklumat lanjut mengenai Zakat Online, sila layari:

Website Pusat Pungutan Zakat:

Website MAIWP (Agihan Zakat):

Facebook PPZ MAIWP:

Faceboo Baitulmal MAIWP:

Pusat panggilan PPZ MAIWP: 1-300-88-5757
Pusat Panggilan Baitulmal MAIWP: 1-800-88-5222

Love
post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe