Kenapa aku 'Up' Status tak nak diganggu.

10:39 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum
Haritu, numi ada up status di FB, dan mungkin ramai yang berteka-teki kenapa dengan hubby numi.
Sakit apa ka ? Kronik ka? 
Nak tahu, kena lah baca lagi...
Pagi Selasa lepas, Benn ada mengadu dekat Numi yang perut nya sakit. tapi numi pun just cakap la, mungkin sebab angin ni kot, itu yang buat perut tu meragam. Benn ni jenis perut sensitif, sikit-sikit perut masuk angin. huhuh, (dia memang selalu macam ni sebenarnya)
Tapi,hari tu sakit dia ni lain macam jer. tengok rupa dia pun takut. Dengan tak boleh bangun nya, dan meracau-racau, buat numi jadi risau. Jadi Numi ambik keputusan untuk ajak dia pergi klinik. Kot2 ada ulcer perut ka, appendix ka. 
 Dah di klinik, tengok rupa gaya macam teruk je laki aku ni, Doctor dah inject dengan pain killer pun masih meracau-racau. RIsau den! siapa tak risau dek oi, laki mu sakit, rasa macam diri ni je yang sakit. 
Doc di klinik suspect Benn mungkin ada batu karang dan sekarang yang menyebabkan dia sakit adalah pergerakkan batu karang tu di sekitar pundi kencing tu yang menyebabkan dia tak boleh nak kencing. 
Aku tau bagaimana rasa tak boleh kencing tu, sebab dulu Numi pun pernah kena kencing kotor. Tapi tak de pulak doc suspect aku kena batu karang. Paling tidak, doc just bagitahu, air kencing aku kotor dan kene minum air ural dan air kosong banyak. lepas tu bagi pain killer. 
tapi, doc dekat klinik tu tak puas hati. dia kata mungkin ada batu yang sedang bergerak dan mintak kami ke Hospital Kerajaan untuk buat diagnose. 
So, kami pun pergi lerr. dekat nak 1 jam menunggu giliran, baru lah no kami di panggil. Doc di Hospital tu pun suspect benda yang sama, dan mintak perut benn di X-ray. Then, bila dah X-ray, memang betul ada batu karang bergerak di pundi kencing dia. Ya Allah, memang aku punya risau tu Tuhan je yang tahu. 
tengok dia terbaring sakit tu, buat hati aku luluh. Aku cuma harap sakit yang dia alami tu cepat-cepatlah hilang. tak sanggup rasanya tengok Benn sakit, sedangkan Kucing aku yang sakit pun aku dah risau ini kan laki. huhuh.
Sebab tu lah aku 'up' status mintak maaf dekat kawan-kawan yang nak contact tu, kalau numi dicontact tak berjawab. sebab Numi utamakan keluarga.
Numi harapkan korang doakan hubby dan numi akan sentiasa sihat dan berkat daripada doa kalian, benn dah kembali pulih, Syukur Alhamdulillah. 
Batu karang yang di Xray haritu dah keluar~
Syukur sangat-sangat.
Sakit dia pun dah mula berkurang, cuma nak pastikan Benn ni makan dan minum ubat mengikut masa dia ni agak payah ler. nasiblah dia ni jenis yang tak susah telan pil, heheh. 
Numi harapkan, di masa akan datang, tak de lagi lah penyakit-penyakit pelik yang kene dekat keluarga aku dan aku doakan Mama dan Bapak Numi di Kuching bersabar yer. Numi akan balik Kuching lepas semuanya sihat dan kembali pulih. 
Aminn. 
Terima kasih kerana sudi membaca. 
 
post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. Allahu...ingatkan kenapa...hmm...get well soon for Benn! take care both of you :')

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe