Hampir tertinggal flight?

1:19 PTG

BIsmillah
Assalamua’alaikum

Harini merupakan hari clumsy aku! Ma Sya Allah, rasanya memang tak patut pun terjadi. Aku nyaris2 lagi nak tertinggal flight ke Kuching pagi ini. Kalau nak di ceritakan ini, memang panjang ceritanya….



Begini, inilah yang buat aku malas sangat nak amek flight pagi dini hari. Dulu pun pernah kene tinggal flight dari KL ke Kuching, dan kalini pun hampir terjadi benda yang sama. Meh, aku nak cerita sedikit tentang kes hari ni.

Aku dah set jam 4 pagi, katanya nak bagun awal, memang pun aku bangun awal, seusai mandi dan bersiap, kami pun gerak. As usual, Benn lah yang hantar aku ke airport. Masa otw ke airport, boleh2 pulak kereta kami terlanggar bonggol batu di simpang jalan. (sebab jalan tu kecik kan, dengan keretanya yang padan) kami tak expect pun tayar boleh flat. Kebetulan masa tu kami singgah ke Pam minyak dan Benn perasan tayar kereta dah flat! OMG…

Lepas tu, dengan kutdrat lelaki nya yang ada pagitu, dia gigihkan jugak untuk tukar tayar kereta. (kalau bagi aku, memang tak leh!) Punyalah complicated sangat nak tukar tayar tu, kena ada LN Key lah, dengan highjack tak lengkapnya. Memang boleh buat kita patah semangat tau sebenarnya. Tapi nasib baik Benn ni jenis yang CEKAL hatinya. Tak delah buat aku rasa down macam dulu.
Nasib kami memang baik, seusai je tukar tayar kereta tu, kami terus shoot ke KLIA2. Masalah satu je yang semua rakyat Malaysia kene hadap ialah lokasi KLIA yang tersangat lah jauh. Mungkin sebab KL ni ibu Negara, jadi untuk membina sesebuah airport tu kenelah berada di kawasan yang sangat lapang dan luas. Ah! Lantak dialah nak letak dekat mana kan.

Sampai je dekat airport aku terus berlari ke kaunter Y untuk check in. Masalah kedua bila guna Malindo air ni, dia takde pun kaunter layan diri tu, ke aku yang salah tempat carik kaunter layan diri tu. Yang banyak Air Asia je lah. Dan, yang tak best nya jugak adalah tak dapat nak check in online! Hadoh! Angin satu badan aku di buatnya.

Nasib lah sempat aku check in dan masuk ek gate K22! K22 tu jauh kot. Gate K paling hujung sekali dan perjalanannya boleh mencecah 20 minit berjalan tau! Jangan main2. Kalau ko ada 30minit je, memang tak sompat lah den nak naik flight.

Dah sampai tu kan, kawasan area gate K22 tu agak crowded dan panas, so aku decide nak duduk dekat luar. Aku boleh pulak tak sedar passengers semua dah masuk dalam kapal terbang.Bila dah tengok lounge tu kosong aku mula panic dah mintak akak jaga gate K18 tu untuk tolong aku masuk. Nasib sempat wei!!!.

Korang boleh imagine tak perasaan aku time tu macam mana. Kalau korang dekat tempat aku pun pasti korang pun akan gabra kan. Sebab tu lah nama aku NaomieLicouz @ Naomie Clumsy.
Memang padan dengan nama dan karekter kan. Hahahah

Dan aku pun berlari naik flight pagi ni. Sekarang tengah mengarang cerita untuk share pulak dengan korang.

Okey lah korang, untuk next entry adalah cerita tentang makanan. Nanti korang terjah ok.

Adiyos, salam
  
post signature

You Might Also Like

4 Orang Positif

  1. haiyaaa laa puan numi ooiii...kenapa sampai macam tuu...nasib baik tak tertinggal flight kan..huhuhu...xpela...benda pun unexpected kan..mana kita tau nak jadi...take care kat kampung :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks Sally. Nasib tak tertinggal kan. boleh2 pulak khusyuk tengok HP, sampai x sedar semua passengers masuk flight..

      Padam
  2. Ahahahahaha!! I totally understand you babe. I nearly missed my flight too! Also at KLIA2 and the gate.. yes omg we had to walk so far!

    Cheers
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gate K22 memang jauh babe. I jalan macam ape je nak sampai ke gate K22 tu.. 20 minutes of walking..

      Padam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe