EAT.TRAVEL.WRITE : DAY 1

10:43 PTG

Bismillah
Assalamua'alaikum semua.
Korang apa khabar? Numi nak share dekat readers Numi harini tentang pengalaman Numi sepanjang menyertai Eat Travel Write 2 yang berlansung di Putrajaya. Tapi, sebelum Numi memulakan karangan tentang tempat-tempat menarik di Putrajaya, Numi nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Gaya Travel dan Perbadanan Putrajaya kerana mengadakan Eat Travel Write ini khusus untuk para Blogger dan Editor di Malaysia. 
Korang mesti tak tahu kan, di Putrajaya ada banyak tempat menarik sebenarnya.Ramai orang beranggapan, Putrajaya ini adalah satu bandar koloni kerajaan, kerana banyak bangunan kerajaan yang didirikan di sana. Tapi, yang ramai orang tak tahu adalah tempat-tempat perlancongan yang terletak di sana dan tempat makan menarik yang patut di war-warkan kepada penduduk Selangor. 
Apa lagi, jom ikut Numi berjalan sekitar Putrajaya ...
Hari Pertama [16 December 2015]

Destinasi pertama kami adalah di Putrajaya Sentral

Ini merupakan tempat berkumpul para peserta dan untuk perasmian program Eat Travel Write. Kami di arahkaan untuk berkumpul di Putrajaya Sentral pada jam 9.45 pagi. Pada jam 10 pagi, majlis perasmian Eat Travel Write telah di adakan dan penyerahan Poket Money kepada para peserta.
Selepas dapat je poket money, misi pertama kami adalah untuk BREAKFAST di Putrajaya Sentral. Syok kan! Jadi, berbekalakan poket money tu, kami TERPAKSA membeli beberapa jenis makanan yang di sediakan di sekitar PS.
Kalau korang nak tahu, banyak je sebenarkan stall-stall makanan dan beberapa gerai yang tela menapak di PS. Terdapat kedai mee, kedai popiah, ais blended, kedai mamak, kedai roti & pizza, kedai keropok lekor dan banyak lagi lah.
Pada pagi tu, Numi try popia ayam di gerai Sisters Crispy Popiah,. Seedap dan murah!

Untuk minuman, numi try Mocha Ice Blended dari Coffee Rich! harga RM7.90
Dan untuk melengkapkan mission breakfast kita, Numi akhiri dengan Cheezy Mayo Lekor daripada Lekor-Lekor. RM5.20.
Misi breakfast kami tamat pada jam 11 pagi. Kemudian, kami di beritahu ada satu gerai Pizza hendak sponsor PIzza kepada para peserta. Numi yang memang kaki pizza memang tak kan tolak rezeki punya. Homemade pizza memang berbaloi makan uolls! 
Kami di hidangkan dengan Pizza Daging rendang, Pizza Seafood dan aneka roti. Terima kasih Uncle dari Enakk! Korang kene try ok, stall dorang berada di tingkat bawah. (tempat bus)
Dah alang-alang berada di Putrajaya Sentral ni kan, apa kata ikut kami explore tempat di Putrajaya ini dengan menaiki Bas Nadi Putra. Untuk ke next pit stop, kami ke Hotel Everly yang terletak bersebelahan dengan Alamanda Putrajaya. 
Destinasi Ke dua : The Everly Hotel Putrajaya
Ini akan menjadi tempat tidur kami sepanjang berada di Putrajaya. Kami di beri bilik Standard Deluxe yang boleh menempatkan 2 orang. Pasangan Numi sepanjang menignap di The Everly Hotel ialah bakal Pengantin yang cantik : Eina Angle aka Falling Angle. 
adik manis ini memang comel dan banyak cakap tau. walaupun baru 1st time jumpa, rasa macam dah kenal lama. Aduh! rindu rasanya nak tidur sekali dengan budak ni. Hugs.. 
Kebetulan member kuat makan numi sorang lagi pun ada : kak Eyzmiel, memang lah kami ni Trio yang sepadan kan. heheheh. 
Oh! ini adalah view bilik kami. Semua keperluan asas di sediakan seperti :
TV LCD
Vanti Table
Sofa Bed
Shower 
Peti ais dan bar
Almari pakaian
Hair Dryer 
Iron and Iron Table
Sejadah
    
Oh ya! korang jugak boleh memuat turun aplikasi Hotel Quickly. Kenapa? ramai dalam kalangan korang yang suka booking hotel last minit kan, jadi aplikasi ini khas di ciptakan buat golongan merek yang suka booking hotel last minit. Boleh di dapati di Play Store and Google Aps
 
Destinasi ke tiga : PICC Malaysia 
Selepas berehat sekejap di Hotel Everly, destinasi kami seterusnya adalah PICC. Numi memang selalu dengar kawan-kawan Numi sebut PICC ni, sebabnya ramai dalam kalangan mereka yang konvo di sini. tapi memang tak pernah menjejakkan kaki ke PICC.
Ini adalah kali pertama Numi melihat dengan sendirinya PICC  dan berpeluang makan, melawat setiap bilik conferenceyang berada di PICC dan bergambar di tempat yang paling tinggi di Putrajaya. 
Syok nya!
Setibanya di sana, kami di perlawa ke restoren PICC untuk menyaksikan chef PICC membuat demo masakan Lala masak Berlada. Lala Masak berlada ini merupakan antara menu istimewa yang terdapat di restoren PICC. 
Senang je rupanya masak lala berlada ni. lepas ni boleh lah masak untuk hubby. dia tu memang suka makan Lala. hehehe
Selepas itu, ada pula demo untuk menghias pinggan roti jala. Kalau kebiasaannya, kita hidangkan roti jala dengan kuah kari kan, tapi di PICC, mereka menghidangkan roti jala dengan susu, chocolat, dan jem. Ala-ala mat salleh gitu. 
Task ke dua kami adalah untuk menghias pinggan kami dengan susu, chocolat dan jem. Numi memang terrer kan bab-bab menghias ni. last nya gambar Lipan numi lukiskan. Memang tak lalu lah orang nak makan lepas ni. hahahah
Seusai itu, kami di jemput makan di restoren PICC. Untuk makan tengahhari, kami di hidangkan dengan makan buffet daripada local.. Kebanyakkan nya adalah masakan kampung.. Harga untuk makan Buffet di PICC ini adalah RM25.00 (dewasa) dan RM12.00(kanak-kanak)
Untuk makluman semua. restoren PICC ada menyediakan Lunch Delivery servis. Dimana mereka akan menghantar makanan direct ke rumah pelanggan yang duduk di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya sahaja. Memang syok lah korang..! heheh. Untuk maklumat lanjut, sila ke http://www.picc.com.my/ .
Selepas makan tengahhari, kami di bawa melawat ke semua bilik conference. Memang banyak bilik conference dah hall yang cantik-cantik. Tambahan pula, view yag korang lihat dari tingkat paing tinggi di PICC ini memang cantik! Tak rugi kalau buat wedding dekat sini tau!
Destinasi Ke Empat : Medan Selera Precient 9
Selapas balik dari PICC, kami semua balik ke hotel untuk berehat. Ye lah kan, nak rehatkan perut selepas sehari asyik makan aje. Jadi selepas rehat 1 jam, kami di bawa pula ke Medan Selera Precient 9. Tempat ini memang famous dalam kalangan warga Putrajaya. Kenapa?? Sebab, banyak pilihan makanan dan minuman yang di sediakan dengan harga yang murah..! 
kacang pool! Sedap sangat tau.. recommended
Setiap peserta di arahkan untuk memberlanjakan sebanyak RM15.00 untuk makan malam di medan selera ini. Jadi, Numi, Eina dan Kak Mieza memulakan operasi mencari makanan. Numi memilih untuk membeli Sate ayam dan Daging, Eina char kwe tiaw dan Kak Mieza pulak yang paling rare. Kacang Pool. Ini first time Numi makan Kacang Pool, dan ternyata tak rugi siot..! Sedap rupanya makanan ni.. 
Sambil makan tu, korang boleh dengar LIVE BAND jugak.. Selain di lengkapi dengan kemudahan asas seperti Tandas Awam dan Tempat Solat. 
Cerita pada hari pertama pun panjang sebegini. Nanti Numi sambung cerita untuk hari kedua okey.. 
Terima kasih kerana sudi membaca.. 
post signature

You Might Also Like

2 Orang Positif

  1. eeee geramnya nengok lokasi menarik, makanan mengiurkan dan para blogger cute miut ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh, best akak! nape akk x ikut haritu ??

      Padam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe