DTOX Car Service Kini di Wangsa Maju

1:25 PG

Bismillah

Assalamua'alaikum
Baru-baru ni, numi dan rakan-rakan blogger dapat jemputan untuk membuat servis kereta di Dtox Car Servis di Wangsa Maju. Numi nak ucapkan terima kasih kepada Mr. Jocko dan Owner Dtox Car Servis ni kerana menjemput kami di sini.
Nak tahu cerita lebih lanjut, jomm...
Di pagi yang indah, cheewah! nak bercerita macam ni dah pulak. Okey-okey, let's talk starigh forward lah, sebelum 1hb tu, Hubby ada bagitahu nak buat servis kereta Waja kami tu. Sebab kereta tu selalu di gunakan 'Long Distance' dari KL ke Paka, Terengganu setiap minggu, kira memang WAJIB lah bagi kami untuk bagi kereta tu servis yang terbaik kan. 

Kebetulan masa tu aku dapat jemputan buat servis kereta. Syukur, Alhamdulillah. rezeki datang dalam pelbagai cara kan. Tak dalam bentuk duit, dalam bentuk servis kereta pun jadi jugak. 
Jadi, aku dan Benn pun gerak ke lokasi servis kereta yang berada di Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju. Masuk je front entrace ke parking tu, korang dah boleh nampak dah Dtox Car Servis cabin berwarna hijau. Cantik! 
1 Januari itu merupakan hari perasmian Dtox Car Servis untuk cawangan Wangsa Maju. Oleh itu, pihak mereka ingin memanggil blogger untuk membuat car servis secara percuma di cawangan mereka. 

Kalau perempuan ni, memang tak berapa nak kenal sangat tentang tukar minyak hitam atau engine oil ni. Tapi nasib baik, owner Dtox Car Servis ini ada memberi ulasan sedikit tentang jenis minyak enjin yang sesuai dengan jenis enjin kereta. 

Korang boleh refer di dalam gambar jenis-jenis perkhidmatan yang di sediakan di Dtox Car Servis ini. 
Harga tukar minyak enjin pun MURAH & TELUS. Minyak enjin yang digunakan adalah ORIGINAL. Tiada minyak TIRUAN atau CLONE OIL di gunakan. Mungkin tak ramai yang tahu, minyak enjin kereta pun ada yang tiruan tau! Jadi  korang kene hati2 ketika menukar minyak enjin ye.

Antara kelebihan Dtox Car Servis :
1. Konsep drive-thru, no appointments needed
2. Minyak enjin yang Original
3. Harga servis telus, no hidden fees. 
4. Servis kereta hanya 10ke 20 minit sahaja
5.Menyediakan minuman untuk setiap pelanggan yang menunggu servis kereta. 

Jadi bagi korang yang nak dapatkan servis kereta dengan cepat, lagi-lagi pada musi perayaan, korang kena buat appointment kan sebelum servis kereta, korang boleh je ke Dtox Car Servis cawangan Wangsa Maju atau Petaling Jaya.

Bercerita tentang harga pula, harga yang diberikan oleh Dtox Car Servis ini memang amat berpatutan, dengan khidmat yang di sediakan oleh mereka. Harga menukar minyak enjin bermula dengan RM88.00 (tidak termasuk GST), semi-synthetic oil change untuk RM168 dan fully synthetic oil change beharga RM268.00 .

Selain itu, terdapat juga penambahan untuk pemeriksaan kereta, atau Inspect & Top-up your car bernilai RM30.00. Untuk khidmat pemeriksaan tu, korang boleh refer di gambar ye.
Sepanjang servis kereta tu, Numi dan hubby berada di sisi kereta kami untuk melihat proces tukar minyak enjin itu dilakukan. Selain itu, terdapat jugak pemeriksaan Oil Filter,  Windshield Washer Top up, Pemeriksaan angin tayar kereta, Pemeriksaan lampu, minyak gear, brakes dan power staring. Boleh dikatakan hampir kesemua pemeriksaan di lakukan. 
Masa yang diambil untuk servis kereta ini lebih kurang 30 minit, (lambat sebab kami banyak ambik gambar dan bertanya) kalau ikutkan memang dalam masa 20 minit pun boleh siap. 

Bila dah siap, Chris (owner Dtox Car Servis) memberi kami satu Log book untuk kereta, Jadi di masa akan datang, dia dah boleh track bila last time kami buat servis kereta dan bagaimana keadaan kereta. 

Berbaloi? memang berbaloi!

Untuk keterangan lanjut, boleh refer ke FB page mereka. 

FB: Dtox Oil Change Service

Terima kasih kerana sudi membaca. 

Love, 

post signature

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe