Business Trending Masa Kini & business apa yang aku nak ceburi...

12:47 PG

Bismillah
Assalamua'alaikum korang!
Malam-malam ni memang banyak je idea nak menuliskan. Numi dengan hubby dah plan dah, nak start a new business. mungkin ramai kawan Numi yang tahu dulu Benn ni seorang contractor cum draft man. Tapi itu dulu lah, sekarang kami nak beralih angin, bertukar passion untuk belajar sesuatu yang baru. Mungkin nak menceburkan diri dalam business. 

Rasulullah sendiri pernah bersabda, "Berniaga ini adalah pintu rezeki"
Oleh itu, apa kata kami ceburkan diri dalam dunia business ni memandangkan demand dalam construction ini dah berkurang. Sekarang kan ekonomi Malaysia sedang teruk, ramai je rakan-rakan aku yang dah grad haritu tak bekerja lagi. Tapi mana yang bernasib baik tu, okey lah kan, Boleh dorang sambung kerja dekat tempat Intern haritu. 
Tapi, mana yang tak berpeluang macam aku ni, huh! susah lah nak cakap. Nanti orang kata kita ni memilih kerja. Nak kerja yang fancy2 bagai, Selama aku habis belajar ni, aku ada satu je pengalaman bekerja dengan orang. Itu pun tak sampai sebulan. 
Betul lah orang cakap kan, andai kata kita ada lebih dari satu kelebihan dalam segi kerja, kemungkinan kita untuk di monopolikan dalam pekerjaan itu tinggi.Dan itu yang aku alami masa aku kerja haritu. Mungkin bagi orang management, benda tu  kecik jer. Tapi, setiap orang dalam satu unit pekerjaan tu mempunyai tugas masing-masing. Dan tidak adil bagi dia untuk membuat kerja selain dari tugasnya tanpa insentif yang sepatutnya. 
Oleh yang demikian, daripada hati ku semakin panas baik aku berhenti bekerja dan mendoakan semoga business dia OK dan aku teruskan hidup ini dengan aman. 
Baiklah, itu cerita berkenaan kisah aku bekerja dulu, ni aku nak cerita sedikit idea yang Benn dan aku nak buat in the future. Aku memang dah rancang nak buat sales untuk pakaian wanita. Ingat tak dulu, aku pernah share dekat korang yang business "COMING SOON" tu. kalau tak ingat, meh baca sini yer.  Hijab by Naela Firafisya
So, aku dan Benn dah mula merancang untuk dapat kan sesuatu yang ada daily basis income. macam dalam bidang Makanan, Pakaian, Kosmetik, Produk Kesihatan dan sebagainya. Antara plan2 masa hadapan aku (sebab aku ni jenis yang suka makan) jadi aku syorkan buat business makan-makan. 
Ramai dalam kalangan kawan-kawan aku dah mula menceburi bidang F&B ni, dan melalui pengamatan aku, bila perut sesorang tu lapar, chances untuk dia membel makanan itu tinggi. Sekarang orang dah tak kisah harga makanan berapa. As long as dia SEDAP dan BERBALOI!
Even, plan untuk aku balik ke Kuching dalam masa terdekat ini adalah untuk setup satu kedai Minuman unutk my sis. Daripada dia kerja GoMEN, bek dia duduk rumah buat air. BIGCUP! 
kan syok gitu! 
ANTARA F&B yang tengah TRENDING SEKARANG:
1. Air big Cup yang orang banyak jual RM5.00
2. Pirate Coffee. 
3.Goreng PIsang Cheese
4. Shell Out! makan atas meja tanpa Pinggan
5. Big Squid! Sotong Goreng Besar
Ok, itu antaranya lah. mungkin di daerah lain, lain lah kot yang trending. Tapi di KL, itu lah yang trending sekarang. Ape2 pun, kalau jual makanan ni yang bestnya Perut sendiri pon sentiasa kenyang kan! Itu yang penting. 
Baiklah, itu bila kita bercakap berkenaan tentang business, Next, marketing! nowadays, kuasa Media Social ini menag sangat mempengaruhi minat masyarakat.
Sekarang tengah hangat kisah sebuah komen yang dilakukan oleh seorang BLOGGER terhadap sebuah restoren ARTIS. HANGAT YOU OLLS!
Jadi, benda ni memang sangat penting. Kalau nak buat business sekarang memang kena ada review by bloggers. Kami ni, bukan nak kata ape lah, ape yang kami tulis ni kebanyakkan adalah hasil usaha kami merasa makanan/servis yang di berikan kepada kami dengan jujurnya. Jika servis yang kami terima itu unpleasent, aku pun tak kan menulis tentang kau noks! daripada aku mengata tentang servis buruk engkau, bek aku tak payah cerita berkenaan pengalaman tragis aku tu. senang cerita! atau, nak cerita yang sebetulnya keluar, memang akan dapat negetif feedback lah jawabnya. 
Ah, gituuuu... 
conclusionnya, kalau nak ajak blogger pergi buat review, atau korang tahu pihak blogger akan datang buat review, layan lah sebaik nya. tak kisahlah newbie ke, waroong baru bukak ke, spa baru operate ke. Yang penting, layanan kene baik, okey.. 
Oh! berbalik dengan cerita business aku ni, pasal marketing ini aku tak risau sangat. Ramai sifu-sifu dalam marketing yang bermurah hati yang sudi nak ajar. Aku pernah tanye dekat seseorang ni, "ape yang perlu ada untuk mulakan business?"
jawabnya , "Ilmu , mentor dan modal"
yes! memang aku setuju dengan 3 perkara yang di perlukan untuk berbusiness. tapikan, lain orang lain cara permikirannya. ada yang berfikir, tak perlu ilmu, nanti pengalaman akan mengajar kita supaya kita boleh berilmu. 
hurrmmmm, ye kerrrr??
Baik lah. kalau kita mulakan business karipap, kalau kita tidak punya ilmu untuk bikin inti karipap yang sedap macam mama saya, dan kulit karipap yang rangup tu, tak jadi karipap yang sempurna macam mama tu!, Mau Lunyai jadinya. 
Kalau tiada ilmu tentang marketing, mau KRIK KRIK tiada pembeli di online dan Offline. Jadi pentingnya ilmu di tuntun daripada mentor2 yang sudah berjaya yang tidak sombong dang bongkak yer!. pastikan mereka sentiasa rendah hati dan tidak lokek. 
Modal diperlukan untuk memulakan business, as a starting capital untuk membeli modal produk, bahan, aset dan sebagainya. 
Sekarang, numi dah ada Modal dan Ilmu. Mentor yang rendah hati dan tidak lokek tak jumpa lagi. Ada tak sifu2 yang nak ambik ambo belajar. kalau ada, sila lah komen di sini yer. 
Sebagai  kata penutup untuk malam ini, numi doakan kalian readers sentiasa dalam kedaan sihat dan sejahtera. 
Selamat malam. 
post signature

You Might Also Like

1 Orang Positif

  1. kalau bisnes shaklee atau homespa, insyaAllah saya boleh jadi mentor sis. kalau bisnes di atas tu den takdo pengalaman lagi

    BalasPadam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe