Back To Nature: Program bina Jati Diri Para Pelajar

3:29 PTG

Bismillah
Assalamua’alaikum

Tahun 2016 kami di sambut biasa je tahun ini, or mungkin aku boleh cakap tak de ape pun yang kami sambut. Huahah, kebiasaan setiap tahun baru aku dan benn akan keluar ke HIGHWAY untuk menunggu detik 12 tgh malam.

Di Bandar raya KL akan penuh dengan warna warni bunga api. Itu yang syoknya! Tapi tahun ini, I dengan Ben baru balik dari Terengganu, selepas deliver barang ke Paka(new business, ini I akan cerita lagi nanti)


Then, we olls terus shot balik KL. Takde rehat lansung lah! Jadi sudahnya we alls just ada Dinner Date di Manhattan Fish Market, di IPC, Damansara then, terus balik.

Pada mulanya memang ada hati nak celebrate new year, tapi memikirkan anak-anak I di rumah jadi tak sampai hati pulak nak balik lambat. Lepas dinner, I terus ajak Benn balik.

Oh, itu masa malam new year. Di Ikea atau Ecruve memang penuh dengan banjiran manusia. Benn dah cakap yang malam ni memang ada sambutan tahun baru dan di meriahkan dengan bunga api. Wah! Memang grand yer, sambutan tahun baru di Ecurve. Ramai je budak2 sekolah aku tengok yang meraikan sambutan tahun baru tu, dan tak kurang juga golongan dewasa. I dan Benn di kira golongan dewasa lah kan, tapi, itu lah. Tanggungjawab sebagai seorang Mama kepada 18 ekor kucing ini buat aku rasa “better lah aku balik daripada aku sambut new year ni”

Ok, berbalik kepada cerita sebenar aku tadi, tahun lepas Kak Ellie Toh ada ajak aku untuk join Event ke Genting. Pada mulanya aku memang teragak nak ikut, sebab kalau ikt cerita kak Ellie, program yang dianjurkan ini adalah program budak-budak sekolah. Jadi orang Dewasa macam Benn ini kurang berminat nak join. Rasanya ramai je orang dewasa sekarang dah kurang minat untuk Jungle Tracking and Hiking bagai ni. Jadi untuk menggantikan tempat nya aku pun ajak Ayue. Nasiblah minah tu nak join aku ikut serta program tu. Sebab tu lah aku sayang minah bernama Ayue Idris ni! Muah!


Jadi kisahnya bermula begini, nama program ini adalah Back To Nature Retreat At Awana Genting. Program ini khas untuk para peajar yang terpilih dalam kalangan anak kepada Ibu tunggal dan Yatim. Bagi yang sedia maklum, Genting Highland merupakan salah satu destinasi perlancongan yang terulung di Malaysia. Dengan suasana yang sejuk dan nyaman, memang sesuai untuk aktiviti luar.

Ramai dalam kalangan kita tidak tahu akan kewujudan Long House di Awana Resort and Spa ini, bahkan ini kali pertama Numi menjejakan kaki ke Long House ala-ala di Long House di Sarawak tu.
Jadi, lokasi penginapan bagi peserta dan juga rakan-rakan media adalah di Long House Awana. Bagi pelajar semua, mereka menginap di Long House, dan rakan media pula di Khemah. Memang syok tidur di khemah rupanya, angin dan embun di pinggir Genting Highland tu memang buat kita lebih mengantuk.


Tujuan utama Back To Nature Retreat ini ialah untuk membina jati diri pelajar, menanam sifat kerjasama, saling membantu sesama mereka dan disiplin. Selain itu, mereka juga di ajar untuk menghargai alam sekitar dan mempelajari cara untuk mengekalkan kesejahteraan alam sekitar.


Aktiviti pertama bagi Back To Nature ini ialah Jungle Tracking di Eco Nature Trail sepanjang  1.8 kilometer. Untuk pengetahuan semua, hutan di sekita Genting Highland ini telah pun mencecah usia 130 jula tahun hutan hujan tropika.

Acara diteruskan dengan pelancaran event-Plant a Tree daripada YB Senator Datin Paduka Chew Mei Fun,  bersama Puan Katherine Chew, Vise President World Genting Resort.

Seusai pelancaran majlis tersebut, para pelajar didedahkan dengan Eco Talk daripada En. Fadly Bakhtiar, Ketua Program ini tentang cara-cara mengurangkan pembaziran,  cara bagaimana sampah boleh ditukarkan menjadi sesuatu yang bernilai dalam kehidupan, cara untuk survive di dalam hutan dan banyak lagi! Pelajar memang banyak didedahkan tentang 3 R (Reuse, Rreduce and recycle), dan juga mempelajari cara mengubah pakaian menggunakan alam sekitar dan bahan kitar semula.

Selain dari itu, acara Treasure Hunt turut menjadi highlight dalam program ini, kerana dalam treasure hunt ini lah semua ahli kumpulan berusaha berkerjasama bagi mendapatkan sesuatu. Bagi Numi, Treasure Hunt memang best! Tapi apa kan daya Numi tak dapat meneruskan perjuagan kerana sakit Asma yang numi hadapi ini membataskan pergerakkan Numi hingga ke akhirnya.

Tetapi, ahli kumpulan numi memang cukup2 sporting dan sifat daya saing dorang memang tinggi, mereka memenangi pertandingan Fashion Show dengan mendapat tempat ke 3 dan memenangi acara Treasure Hunt tersebut!Syabas kepada semua adik-adik.

Apa yang penting, objektif utama program Back To Nature ini tercapai dengan adanya perubahan sifat dari para pelajar . Numi harapkan, di masa akan datang lebih ramai lagi pihak yang membuat program seperti ini di tempat2 yang lagi BEST dan MENCABAR.

Kredit gambar daripada my best buddy : Ayue Idris
Terima kasih kerana sudi membaca.
post signature

You Might Also Like

2 Orang Positif

  1. Menarik...sesekali join event macam ni mmg mengigatkan kita pada zaman persekolahan kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang akak. Tapi sebab x larat nak naik bukit tu buat spoil jer. Huhu

      Padam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe