Shopping di Time Square

11:00 PG

Bismillah

Assalamua’laikum
Hai you olls.. hujung minggu korang bagaimana? Best tak? Numi hujung minggu ni agak busy sebab teman hubby kerja di Jalan Imbi.

Hari sabtu tu tak berapa best sebab kena tunggu kat bank tanpa buat apa-apa. Just tunggu orang habis kerja. Huhu.

Hari Ahad tu lah yang best! Hubby bagi perlepasan untuk numi keluar jejalan di Time Square. Macam itik aku jalan sesorang di Time Square. Lama dah tak menjejakkan kaki ke sini. Last dulu masa keluar dengan classmate dulu.

Wah! Orang di sini memang ramai gile. Numi yang besar ni pun nampak kecik bila dah bejalan dalam kelompok orang ramai ni.

Ok! Tujuan utama nak g sini adalah untuk beli Sandal Baru!!!!!!!!.. yang Murah daripada Hunny Bunny..

Jalan punya jalan numi berkenan dengan kasut getah ala2 Hunny Bunny ni. Ye ke nama dia hunny bunny. Aku main hentam jer!!

Aku first masuk ke satu shop lot tu tengok harga RM59.90.... ! mak aiii!, mahal nyeeee...


Next aku masuk kat gerai2 luar tu. Tengok brand, cutting, dan jenis yang sama. Tapi harga dia jauh lebih murah.. Murah RM20 tawwwwwwwwww!!!!

Siapa tak nganga mulut.. aku pun terus lah memilih tanpa toleh kanan dan kiri. Hihi..

Ok, dah try. Nampak cantik di kaki. Kachingggg! RM30... dapat sandal baru. Yang selesa di pakai dan sangat berpadanan dengan jeans..

Next numi pergi pulak ke tempat HANDBEG.. uiiii!!!!!!!!, perempuan kalau dapat tengok HB macam tengok apa. Memang heaven lah!

Numi pilih beg tangan Hitam ni, sesuai untuk pakai bila nak kuar date dengan encik abang nanti dan, sepasang skirt dan kimono. Semuanya below RM100 numi leh dapat semua benda ni. Senyum sokmo deh...

Next, numi nak p carik baju untuk Encik Abang. Ni untuk bagi hadiah anniversary setahun perkenalan la konon2 nye. Tapi bagi 2 hari advance. Hehe. Takpe,, siap pilih baju untuk dia, satu polo-T dan satu kemeja.  Syukur.

 Numi sempat jugak grap sepasang jeans biru gelap untuk guna ke kekuliah nanti. Ingat nak grab dua, tapi akal numi mengatakan tak pe, len hari kita shopping lagi yer..

Ok set, semua benda dah beli, tinggal tunggu encik abang kita amek lagi. Muka dah peluh2 dah berjalan di Time square tu, tangan dah sampai biru, bahu dah jatuh sebelah. Hadoii.

Itu jer cerita shopping numi hari Ahad lepas, nanti numi update untuk buat my first Giveaway.. tengah nak fikir nak bagi apa.


Tunggu update dari numi ok. Bye..

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe