I love you Mama..

3:13 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum

Yippie, happy sangat bila barang yang mama kirim semalam dah pun selamat sampai. Heheh, ada banyak yang mama kirimkan kat kiteorang, mentang-mentanglah kat KL ni numi dengan hubby xda kuih raya. Haaa, amek kau! kuih raya dan kek raya satu kotak besar. heheheh..

Syukur sangat~ ada jugak biskut yang numi suka, iaitu biskut makmor. Dulu pun before balik KL numi dengan mama sempat jugak buat biskut makmur untuk bekalan ke KL, tapi tau jerlah, aku ni jenis tak henti makan biskut lebih-lebih lagi makmur.

Orang kebanyakkan nya dah tak nak makan dah biskut raya, tapi numi memang mengidamkan biskut makmur mama yang sedap tuuuu....

Ok, selain daripada biskut, mama jugak kirim kan tempoyak goreng. Kalau di semenanjung , dorang lebih mengenali nya dengan nama Sambal Tempoyak.  hehe, apa-apa pun, sama je lah barang nya.  Lagi? ikan masin tak boleh tinggal dan jugak kacang pedas di goreng bersama ikan bilis. Wohohoho....

my mama, Hajah Khadijah
Memang kan kasih sayang mama itu tidak terbelah bahagi buat anak nya. Thanks mama untuk kiriman makanan ke sini. Nanti hujung bulan numi kirimkan goodies yer.. ;) nak tau numi bagi apa untuk mama?Tungguu update numi ok......

p/s : I love you mama

Assalamua'laikum

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe