Husband and wife's Tag: Dugaan pengantin Baru

12:23 PTG

Bismillah

Assalamualaikum

Harini nak share about husband and wife. Memandangkan ramai kawan-kawan numi nak kawin yer. Dan ramai jugak yang dah kawin. Meh numi share sikit pengalaman di awal perkahwinan.



Semua orang excited nak kawin, betul tak? Termasuk jugak numi. Kalau boleh tu nak yang paling grand!!!!! Huhu.. itu lah impian ramai orang. Tapi kita masih lagi berpijak di bumi yang nyata okey... tengok bakal lagi nak bagi hantaran berapa. Itu lah baget korang. Kalau ada yang parents kaya boleh mintak sponser kawin hewhew.. senang hidup...!

Masa preparation nak kawin dulu semua benda nak buat sendiri kalau termampu. Macam kami dulu, kami buat sendiri kad kawin, bermula dari design, cetak, potong, menekan dan mengengam rama-rama itu sendiri. Tapi kena ingat, masa yang kami luangkan memang banyak untuk menyediakan kad tersebut.
Hantaran pulak? Nak yang mahal-mahal, branded semuanya. Tapi itu kehendak masing-masing lah kan, kalau bakal laki korang mampu boleh ajer. Jangan nanti bila dah nikah, makan magi.huhuhu..

Sentiasa di ingat, persiapan perkahwinan dan masa majlis berkahwin tu sekejap aje. Tak sampai pun sehari, dah selesai majlis kawin nya. Tapi masa tu lah memakan belanja puluhan ribu. Huhuh. Memang membazir! Walaupun orang kata kawin tu sekali, tapi bersederhana adalah yang paling utama.

Jangan terlalu mengikut orang dan mendengar apa orang kata. Selalunya orang tua lah ni, nak sangat kawin grand2, lastnya anak-anak yang merana. 

Tapikan kebanyakkan nya orang macam nil ah, bila ada orang kawin buat simple pun di ejeknya buat grand pun di tomah jugak. Haiii, mulut manusia. Bilakan nak diam kan. Nak saja aku tutup tudung tempayan aje!



Jadi untuk pengantin baru, termasuklah numi sendiri, kena banyak-banyakkan bersabar. Sentiasa bersangka baik di setiap dugaan yang bakal dihadapi. Kalau nak menangis pun, pergi kat tempat yang sunyi, (jangan sampai hubby tgk) biar dia tetap kuat untuk hadapi semua cabaran dalam berumah tangga ini bersama dengan kita.

antara cabaran yang bakal ditempuhi adalah; wang, tempat tinggal, perangai laki bini, jelousy, masakan dan banyak lagi lah..


Numi memang yakin yang setiap kesusahan itu pasti ada pengakhirannya dan menemui kebahagiaan. Kita Cuma perlu tunggu,berusaha dan doa.

Kepada bakal pengantin tu, pastikan wang untuk kegunaan selepas berkahwin cukup untuk menampung kehidupan kalian laki bini untuk 2 bulan. At least!!! Ok...

Numi doakan korang Berjaya  dan majlis berjalan dengan jayanya. Tahniah kepad Shiela, Kak Adibah dan Ekin..

Doa numi untuk kawan-kawan semua,semoga kalian menjadi isteri yang solehah kepada suami anda dan mama yang penyayang kepada anak-anak. 

Can't wait to see their wedding attire soon.. !

Assalamua'laikum

credits to Google for the lovely pictures. 

You Might Also Like

6 Orang Positif

  1. semoga menjadi isteri yang solehah taat pada suami, insya allah. Visit and follow me

    www.mamamyja.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mama Myja: tq mama myja, Insya Allah, numi doakan ynag terbaik jugak utk kawan2..

      Padam
  2. betul semua org nak kawen..termasuk lah saya!!btw last week first time dpt jd bridesmaid..itupun da sangat teruja..hahahaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. haah, dah tgk post nina pasal bridesmaid.. :) best kan jadi pengapit. Aura kawin meresap.. whaahahhaha

      Padam
  3. Stuju dgn numi...bsderhana tu lebih patut...yg penting adlh kehidupan after kahwin...masa tu la dugaan dtg btalu2..tmbhan kalau ada mslh kewangan...lg semarak api pgaduhan...
    Yg ni harus dititikberatkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. heheh. org yg dah kawin tahu lah kan.. :) ain pun dh kawin kan?

      Padam

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe