Checklist untuk menjadi blogger yang terkenal~!

3:16 PTG

Bismillah

Assalamua'laikum..
ok, ready for the next step untuk menjadi blogger terkenal?
jap, sebelum itu korang mestilah penuhi check list ini untuk melayakkan diri menjadi seorang blogger::

  1. Seorang yang kreatif dan inovasi. Bermaksud seorang yang boleh narik perhatian orang dalam penulisan nya. Sebagai contoh, ayat yang santai dan tidak terlalu complicated.
  2. Seorang yang rajin, Kerana kemungkinan besar anda akn mengupdate setiap hari tentang kehidupan anda. Atau perkara-perkara yang ingin anda ceritakan kepada dunia.
  3. Seorang yang terbuka. Bukan bermaksud terbuka baju atau seluar, tetapi terbuka fikiran untuk menerima kritikan daripada orang-orang yang bakal memberi sebarang komen tentang blog anda. 
  4. Jangan putus asa, dan sentiasa bersedia untuk pelbagai cerita. 
  5. Rajin Selfie atau bergaya di hadapan kamera. Kerana, mungkin anda boleh mengupload banyak gambar dan sedikit caption untuk di letakkan di dalam blog anda dan itu membolehkan anda menjadi blogger yang terkenal juga~!
  6. Bijak berbicara, dan boleh menjadi rujukan orang.
  7. seorang yang di percayai, kerana apabila anda menjadi seorang yang di percayai, mungkin mudah bagi anda untuk mendapat tarikan daripada syarikat-syarikat di luar sana untuk memberi produk mereka untuk di review oleh anda~! wah!
  8. Seorang yang cantik @ hensem. itu bonus lah. Tetapi numi pun bukan nya cantik sangat pun, boleh je jadi blogger. hihi..
  9. Sentiasa mencari idea untuk menulis dan di cerita kan di blog. ok?
  10. last but not least, seorang yang lucu. Itu pun kalau anda seorang yang lucu lah, ada jugak blogger yang serius, sebagai contoh, BlogSerius yang memang amat famous tu. dan beberapa lagi blogger yang terkenal di Malaysia. 
itu adalah beberapa checklist yang anda boleh ikut, tetapi bagi sesetengah orang, dia sangat mementingkan rupa blog yang kemas dan cantik untuk menjadikan dia seorang blogger yang terkenal. Tapi bagi numi, isi kandungan dalam blog tu (cerita) itu lah yang membuatkan seseorang blogger sentiasa menjadi perhatian orang.


All right! nantikan update numi yang seterusnya. Rahsia menjadi blogger yang terkenal~!

You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe