Abil, Dalam Kenangan

1:05 PTG

Bismillah
Assalamua'laikum

satu berita yang amat mengejutkan numi apatah lagi ahli keluarga numi yang telah lama bersama Abil. Perginya abil buat selamanya~ huhu.. Abil telah dilanggar oleh kereta jiran , tak sure jiran yang mana. sebab lepas dia langgar, dia letak mayat abil di depan pagar rumah kami!

 Abil merupakan kucing yang amat disayangi oleh kami sekeluarga, lebih-lebih lagi mama dan bapak. huhu.. Abil ini ialah kucing yang adik ku ambik dari jiran tukang jahit kami, Kak Ros ni sangat manja dan suka di belai. Dia memang tak takut dengan orang dan bak kata bapak 'pusaK paling jahat!'

abil nonton videoclip lagu selena gomez
gambar raya abil.. tahun terakhir beraya dengan kami~! :(

Dia lah peneman tidurku, kalau numi balik ke Kuching kan. dia akan tidur dengan numi di bilik, dia lah teman numi tengok tv, suka ikut bapak pergi surau lepas tu bapak akan cakap, "balik sinun ke rumah abil!"
Huhuh,sekarang dah tak de dah nak tengok kelibat abil di rumah. numi rasa tak lama lagi mama akan datang ambik lagi kucing baru untuk jadi peneman nya di rumah selain Adik.
Baru jer haritu, eh semalam adikku Normah ambik Selfie bersamanya, dan itu lah hobi dorang kalau berjumpa. ambik selfie dengan Abil.

gambar terakhir normah dengan abil



kami bersama abil


 Bila Normah tahu tentang kematian Abil, dia terus bergegas ke rumah mama, nak tengok kubur adil di tepi rumah. Normah memang sayangkan kucing. :)
Lepas ni akak harap akan ada lagi kucing kat rumah kita yang jadi pengganti Abil yang comel tu.. Nanti abil masa dekat akhirat jangan lupa jengah kami sekeluarga ye.. ;)

Salam rinduku pada abil..




You Might Also Like

0 Orang Positif

Blog Design By Naomie. Dikuasakan oleh Blogger.

Follow me Via Bloglovin'



Google+ Followers

Facebook Page Naomie Licouz




Subscribe